Social Icons

Biodata Dan Sejarah Ringkas Nabi Muhamad S.A.W


Assalamu'alaikum.

Salam sayang buat semua,berjumpa lagi hari ini.

Alhamdulillah dipanjangkan umur dengan kesihatan yang cukup baik dapatlah sekali lagi saya meluangkan waktu untuk perkongsian kali ini.

Hari ni saya nak ajak kita semua mengenali dengan lebih dekat  seseorang yang selalu kita mengaku kita mencintainya dan merinduinya,tapi adakah kita tahu biodata orang yang kita cinta dan rindu ini.

Mungkin sejak kecil lagi kita mengenali Nabi Muhammad s.a.w namun kadang-kadang kita sendiri terlupa bila baginda dilahirkan dan siapa ibubapanya.

Kira tu soalan senang je kan..tapi memang ada berlaku dikalangan kita.Betul tak?

Sebab tu hari ni saya nak abadikan biodata baginda di dalam blog ini agar saya dan anak-anak saya nanti akan sentiasa dapat membaca dan mengingati baginda.
 
Jom kita sama-sama mengenali Rasulullah s.a.w:


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim.

Tarikh Lahir :Subuh Isnin,12 Rabi'ul awal bersamaan 20 April 571 Masehi(dikenali sebagai tahun gajah).Tahun gajah diambil sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah.

Tempat Lahir :Rumah Abu Talib,Makkah Al Mukarramah.

Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim.

Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh 1:Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman,hamba perempuan bapa Rasulullah s.a.w.

Ibu Susu Pertama : Thuwaibah(hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah(lebih dikenali Halimah As-Saadiah,suaminya bernama Abu Kabsyah).

Usia 5 tahun

-Peristiwa pembelahan dada Rasulullah s.a.w yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud dalam hatinya.

Usia 6 tahun

-Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'(sebuah kampung yang terletak diantara Makkah & Madinah).

-Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman(hamba perempuan bapa Rasulullah)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Mutalib.

Usia 8 tahun

Datuknya Abdul Mutalib pula meninggal dunia.Baginda di pelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Usia 9 tahun(sesetengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

-Bersama bapa saudaranya Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

-Di Kota Busra,negeri Syam,seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira)telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi dikalangan bangsa arab yang akan lahir pada masa itu.

Usia 20 tahun

-Terlibat dengan peperangan Fijar.Ibnu Hisyam didalam kitab 'Sirah'jilid 1,halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhamad ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

-Menyaksikan 'Perjanjian  Al-fudhul',perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

Usia 25 tahun

-Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

-Perjalanan ke Syam ditemani oleh Masairah,lelaki suruhan Khadijah.

-Baginda s.a.w bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya pergi berjumpa Amru bin Asad(bapa saudara Khadijah)untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

-Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

Usia 35 tahun

-Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding kaabah.

-Pembinaan semula kaabah dilakukan dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

-Rasulullah s.a.w diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajaral Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

Usia 40 tahun

Menerima wahyu di Gua Hira' sebagai perlantikan menjadi nabi dan rasul akhir zaman.

Usia 53 tahun

-Berhijrah ke Madinah Al Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al Siddiq.

-Sampai di Madinah pada tanggal 12 rabi'ul awal/24 September 622m.

Usia 63 tahun.

Kewafatan Rasulullah s.a.w di Madinah Al Munawwarah pada hari Isnin 12 Rabi'ul awal 11 Hijrah/8 Jun 632m.

Isteri-isteri Rasulullah s.a.w

1.Khadijah binti Khuwailid
2.Saudah binti Zam'ah
3.Aisyah binti Abu Bakar(anak saidina Abu Bakar).
4.Hafsah binti Umar(anak Saidina Umar Al Khattab )
5.Ummu Habibah binti Abu Sufyan
6.Hindun binti Umaiyah(digelar Ummu Salamah)
7.Zainab binti Jahsy
8.Maimunah binti Harith
9.Safiyah binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab binti Khuzaimah(digelar Ummu Al Masakin:ibu orang miskin).

Anak-anak Rasulullah s.a.w

1.Qasim
2.Abdullah
3.Ibrahim
4.Zainab
5.Ruqaiyah
6.Ummi Kalsum
7.Fatimah Al Zahra'

Anak tiri Rasululullah s.a.w

1.Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah Al Tamimi(anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.)
-Ketika berkahwin dengan rasulullah,khadijah adalah seorang janda.
----------------------------------------

Alhamdulillah sekarang kita dah tahu kan serba sedikit tentang nabi dan rasul yang kita cintai dan rindui.

Orang kata tak kenal maka tak cinta.Nak kenal lagi tentang Nabi Muhamad??

Jom kita layan dengan mendengar nasyid- nasyid ni pula.

Klik sini

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.

Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

Jom selawat


Sekiranya anda rasa entry ini bermanfaat buat anda,sila tekan butang LIKE ok,biar sama-sama kita mendapat manfaatnya.

Terima Kasih. 


Dapatkan ebook usahawan PERCUMA.
Sila download di sini.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee


Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution