Social Icons

Bestnyer Minum Air Gula Ketika Hamil


Assalamu'alaikum...

Haiii semua...sihat ke hari ni?Saya harap semua sihat disamping tugas harian dan juga disamping insan-insan tersayang.

Saya alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati kesihatan yang terindah ini.

Hari ni saya kena pergi Klinik Kesihatan untuk memenuhi jemputan khas yang saya terima 2 minggu lalu.

Jemputan ni untuk sarapan pagi je...hehe.Dah tu ada syaratnya iaitu saya kena berpuasa dulu bermula jam 10 malam semalam.

Hmm ibu-ibu hamil yang pernah alami situasi ni tak cerita pun dah tau kan..hehe,inilah kenangan termanis ibu hamil...haha jangan marah no tapi memang manis sebab kena minum air gula.

Dalam pukul 8 saya dah sampai klinik,tunggu kejap sebelum dipanggil.

Sebelum di beri minum air gula misi akan ambik darah dulu.Lepas tu baru minum air gula.

segelas air gula,mmm sedapnyer hihi

Alhamdulillah berjaya habiskan,bilas tekak dengan air masak plak.

Selepas 2 jam minum air gula,darah akan diambil sekali lagi.

Ujian ni adalah untuk menentukan samada ibu hamil ada masalah kencing manis ke tak ada.

Diawal kehamilan hari tu,saya dah lalui proses ni,kali ni di lakukan sekali lagi di saat kandungan berusia 7 bulan.

Saya harap saya selamat dari masalah kencing manis ketika hamil ni sebab saya pernah mengalaminya ketika kehamilan anak kedua.Namun ianya hilang selepas melahirkan.

Doakan saya yer kawan-kawan.

Setakat ni kesihatan saya alhamdulillah tak de masalah apa sepanjang kehamilan ni.Lagipun saya ada supplement Shaklee yang banyak membantu saya melalui tempoh hamil kali ini dengan lebih baik.

Selepas minum air gula tadi,saya tak boleh buka puasa lagi,kena tunggu 2 jam lagi untuk ambil darah sekali lagi.Lepas tu baru boleh balik dan berbuka puasa.

Sebenarnya lapar juga,tapi masih bersabar.Dalam tempoh 2 jam tersebut macam biasa la,timbang berat badan dulu,check air kencing dan seterusnya berjumpa doktor.

Alahai hari ni doktor lelaki plak bertugas,selalunya doktor perempuan.Dengar kabar dia sedang bercuti terpaksa la diganti dengan doktor lelaki ni.

Dah selesai berjumpa doktor,siap scan perut dan dengar denyutan jantung baby,alhamdulillah tak de masalah,semua ok.

Kena tunggu cukup 2 jam la nak ambik darah ni.Orang boleh tahan ramai juga,doktor sorang je..dah tu ambik masa yang lama untuk seseorang patient.

Mula la terdengar keluhan demi keluhan ibu hamil yang dah penat menunggu.Kesian kan..ada yang berpantang dan bawa baby lagi.




Semuanya nak jumpa doktor.Suasana macam ni la yang menguji kesabaran kan,ye la ada setengah tu datang dari tempat kerja.Diorang ingat nak keluar kejap je tapi bila keadaan macam ni terpaksa la menghabiskan masa yang lebih panjang di klinik.

Maka terdengar la lagi.."kalau macam ni nak minta mc la sat gi kat doktor..."

Hehe saya senyum jer.Alhamdulillah saya suri rumah,tak de terikat dengan majikan.

Saya tak payah mc.Apapun saya tetap ada tugas saya sebagai isteri,sebagai anak dan juga sebagai ibu.

Dan saya bahagia dengan situasi saya sekarang.

Hmm dah cukup 2 jam,nama pun dipanggil.Ambil darah sekali lagi..misi cakap urat tangan saya timbul elok,so senang nak cucuk.

Lega rasa dah selesai,tak sabar nak balik..laapar..huhu

Ok boleh balik..boleh makan.Apalagi sampai je rumah belasah la cucur udang yang saya buat pagi tadi tapi sekadar tengok je..hehe.

Dah kenyang..tangan mula terasa lenguh mungkin sebab kena cucuk nak ambik darah tadi,dua-dua belah plak tu.

Rasa macam nak tidur je,tapi dah pukul 11 ni.
kalau saya tidur,bila pula nak memasak ni.


Tak pa la saya memasak dulu,lepas tu saya tidur merehatkan badan.

Sebenarnya lain orang lain pula pendapatnya tentang minum air gula ni,ada yang ok je,ada yang sampai muntah-muntah bila kena minum air gula ni.

Apapun procedur terpaksa dijalankan juga.Bagi saya kalau diberi pilihan memang la saya pun tak nak minum air gula ni,tapi saya fikir positif jer.Nak tak nak kena lalui juga.

Tak payah la takut sangat,atau berfikir sampai tidur termimpi-mimpi kena minum air gula.

Relax je,bukan suruh minum racun pun kan...hehe jangan la marah.Apapun berdoalah semoga Allah permudahkan urusan kita bila kena minum air gula ni.

In sha Allah bila kita fikir positif,kita akan lebih mudah menghadapinya.

Percayalah...Anda boleh buat!Minum air gula bukan masalah besar.

Terima ia sebagai sesuatu untuk kebaikan anda dan kandungan anda.In sha Allah segalanya akan berlalu jua.

Sekian perkongsian saya kali ini.Terima kasih kerana sudi membaca.

Semoga bermanfaat buat semua.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee


Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution







0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution