Social Icons

10 Nasihat Dari Usahawan Untuk Usahawan



Assalamu'alaikum.

Salam kasih sayang buat semua.

Hari ni sejak subuh tadi lagi hujan turun dengan lebatnya.Alhamdulillah.

Suka saya nak berkongsi bila saya dapat sesuatu yang bermanfaat.

Rasa rugi kalau saya tak abadikan didalam blog ni.

Bukan sekadar dapat berkongsi dengan pembaca-pembaca blog Amnurhuda,malah mungkin menjadi rujukan saya ataupun anak-anak  5 atau 10 akan datang.

Saya suka baca perkongsian dari Coach Bahar dan saya nak orang lain juga dapat manfaatnya.

Biar sama-sama kita mendapat ilmu yang bermanfaat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10 nasihat dari usahawan untuk usahawan

1. Yakin pada diri sendiri

Keyakinan boleh dikaitkan dengan keberanian. Berani mencuba dan berani menanggung resiko. Bila tiada orang lain yang yakin pada anda, anda harus yakin untuk anda bangkit semula dalam bisnes anda. Apabila hanya ada RM50 duit dalam poket anda, anda perlu yakin anda pasti berjaya satu hari nanti.

2. Fokus dengan bisnes yang pertama.

Sebelum memulakan bisnes lain anda harus fokus untuk memajukan bisnes pertama anda hingga berjaya. Jadikan ianya ibu duit . Jika apa pun terjadi dalam bisnes anda, anda masih ada tapak di bisnes pertama anda. Jangan ditinggal bisnes pertama kita tu.

3. Jangan cepat putus asa.

Kemurungan dan kekecewaan hanya akan membunuh jiwa merdeka anda. Siapa pun ada masalah.Lebih lagi mereka yang berbisnes. Anda perlu yakin menyelesaikan masalah tersebut. Teruskan berkayuh supaya tidak jatuh walaupun perlahan. Allah tempat kita mohon petunjuk dan berharap setelah kita berusaha. Mulakan keberanian yang baru.

4. Kejayaan perlukan masa.

Jangan tamak dengan peluang. Kejayaan perlukan masa dan fikiran dan tenaga. Betullah kata mak " yang cepat naik takut takut cepat matinya".

5. Bisnes untuk bantu ramai orang

Bisnes untuk staf, bisnes untuk islam, bisnes untuk keluarga BISNES NI BUKAN HANYA UNTUK KITA. Bisnes memang susah, mana ada yang senang. Bisnes bukan untuk duit. Bila anda kejar duit anda akan dapat duit tapi penat.

6. Jangan harapkan bantuan.

Bisnes kita, kita yang jaga. Jangan harapkan orang lain boleh tolong bisnes kita. Jangan salahkan staf, jangan salahkan kerajaan, jangan salahkan mentor jika bisnes kita teruk. Inikan bisnes kita.

7. Bisnes perlu sabar dan konsistan.

Mak selalu pesan dengan saya, bisnes perlu sabar dengan cabaran dan halangan. Berjalan menuju target impian seperti melangkah kaki kiri dan kanan. Kaki kiri kemenangan dan kaki kanan adalah kekalahan. Yang pasti walaupun kalah dan menang akhirnya kita akan sampai target impian.

8. Bisnes untuk akhirat

Jika kita punya matlamat yang besar untuk akhirat. Bila bisnes sedang baik kita bersyukur dan bila bisnes ada masalah pun kita bersyukur. Allah akan beri rezeki yang melimpah ruah kepada mereka yang bersyukur.

9. Bisnes perlu ada impian.

Ramai usahawan suka-suka je berniaga. Mereka tidak punya matlamat yang jelas untuk impian mereka. Bisnes mereka ikut - ikut.

10. Bisnes perlu ilmu

Ramai rakan usahawan yang bisnes membabi buta. Saya juga begitu suatu hari dulu. Saya membayar yuran kegagalan yang sangat mahal. Dengan ilmu dan berusaha memperbaiki diri setiap hari, anda pasti berjaya. Belajarlah teknik marketing, belajarlah BMC, belajarlah kira untung bukan besar kecil bisnesnya. Jangan sombong, belajarlah dengan siapa sahaja.

Coach Bahar.
Pengasas DIMPAIN GROUP.
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Saya doakan kita semua berjaya dan kaya dunia dan akhirat.

Sekiranya anda rasa perkongsian ini banyak manfaatnya sudilah kiranya tekan butang LIKE dibawah agar dapat kita berkongsi dengan lebih ramai lagi. 


Dapatkan ebook usahawan PERCUMA.
Sila download di sini.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee


Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution



0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution