Social Icons

Nasi daging rendang hitam Sarawak


Assalamu'alaikum...

Hari ni nak tukar topik plak la...hihi..ok la kan sekali sekala.

Lagipun kalau dah bergelar wanita tu,topik masak memasak ni memang tak leh lari la.

Apa yang saya nak tulis ni bukan citer hari ni tapi citer 2,3 hari lepas.Saja nak panaskan,orang utara kata nak perangat sikit.

Cakap tu macam nak perangat lauk plak..hihi.Tak pe la masa menaip ni pun nasinya dan habis...tak sempat nak basi.

Lauk ada lagi..sebab saya buat lebih sikit,boleh lagi nak makan.

Sebenarnya masa tu hujan lebat,saya pun asyik sangat ber online hinggakan dah hampir jam sebelas.

Alamak hari ni nak masak apa yer?baru terfikir,ikan apa semua kat dalam peti lagi..hmm jenuh la semua keras-keras.

Terus bangun buka peti,tetiba nampak seketul daging.

Daging ni ayah beli sehari sebelum raya hari tu.Ha...masak daging la,tapi nak masak apa yer.

Selalunya saya goreng berempah jer.Tapi kali ni biar la ada kuah plak.Nak buat rendang la,teringat satu ketika saya penah buat rendang Sarawak,sedap juga..hihi masuk bakul angkat sendiri.

La..memang sedap,tak semestinya sebab saya masak,tapi olahan resepinya yang menyebabkan rasanya lain sikit.

Di sebabkan saya rasa saya dah terlewat memasak,maka saya tak tunggu dah daging yang keras tadi lembut,saya usahakan juga untuk memotong dan merebus daging tersebut.

Tak pe suami saya ada,dia rajin tolong..tolong apa yang patut.

Mula tu ingat buat rendang ni nak makan ngan nasi putih jer,lepas tu aiii kalau makan ngan nasi beriani baru ngam ni.

Saya tanya suami,kalau dia rajin kekedai nak suruh beli rempah nasi beriani,katanya malas plak.

Bila selongkar-selongkar kat dapur terjumpa rempah nasi daging sebungkus.Nasi daging pun jadi la..bagi lain sikit hari ni.

Semuanya tak dirancang.

Namun apa yang tak dirancang tu akhirnya menjadi juga...alhamdulillah.

Kat sini saya nak kongsikan resepi Rendang Daging Hitam Sarawak ni..nak cuba tak?

Cuba la buat,sedap ni hihi..promot pula.Simpan untuk raya haji ni ok juga sebab raya haji banyak daging korban,tak tau nak masak apa,ha try la resepi ni.

Pas tu makan ngan nasi beriani...fuhh sedap hingga menjilat jari.

Tak caya tak pe buat je..

Nak ganti ngan ayam pun tak de masalah.Sedap juga.

Rendang  Hitam Sarawak

Bahan-bahannya:

500g daging (direbus dan dipotong nipis)
3 keping asam gelugur
150g kerisik
2 sb rempah daging
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 liter santan
40g gula melaka
100ml minyak masak
1 cawan kicap manis

Bahan-bahan untuk dikisar

15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
100g kismis hitam
5 batang serai
4cm lengkuas
4cm halia
3cm kunyit

Cara membuatnya:

1.Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang,bunga cengkih,dan bahan yang dikisar.

2.Masukkan rempah daging,santan,kicap,kerisik,dan daging.
Gaul sebati.

3.Masukkan garam dan gula melaka,reneh sampai garing.

Rasa secukup rasa ok..

Maka dengan itu...inilah hasilnya...





SELAMAT MENCUBA.



0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution