Social Icons

Menu sihat untuk wanita hamil yang selalu lapar


Assalamu'alaikum...

Apa khabar semua?saya doakan kalian sentiasa sihat dan ceria disamping insan-insan tersayang.

Topik kali ni memang kena la dengan saya sekarang ni..hihi.

Memang macam tu agaknya kan wanita bila hamil...lapar je,nak mengunyah je..tambah-tambah lagi bila hamil tanpa alahan atau loya-loya.

Alhamdulillah saya hamil tak de la alahan apa-apa.Bab makan tak de masalah...telan je.

Masalah mengidam pun tak de la yang pelik-pelik,biasa-biasa ja.Tapi kalau saya teringin sesuatu rasa cam nak nangis kalau tak dapat...huhu macam baby plak.

Dari apa yang saya baca,wanita hamil memang mudah berasa lapar kerana mereka memerlukan lebih banyak tenaga dan nutrisi penting bagi perkembangan fizikal anak yang berada dalam rahim.

Bila dah lapar,mula la mengambil makanan ringan bagi mengurangkan rasa lapar,padahal ia adalah amalan yang tidak sihat.

Selain dari makan hidangan berat iaitu sarapan,makan tengahari dan malam,wanita hamil juga boleh mengambil hidangan ringan sebanyak dua kali iaitu sebelah petang dan sebelum tidur.





Hidangan ini tak semestinya berbentuk makanan tetapi juga air jus.

Dinasihatkan agar wanita hamil kurangkan hidangan yang terlalu manis kerana boleh meninggikan risiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi ketika hamil atau mengalami kaki bengkak.

Antara cadangan hidangan ringan buat wanita hamil:

1)Ambil beberapa biji gajus yang dijual dipasaraya besar sebagai hidangan ringan ketika rehat.

Gajus sangat kaya dengan protein dan zat besi yang sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim.

Ia juga membekalkan serat agar ibu terhindar daripada masalah sembelit.

2)Ambil 2 keping roti gandum dan sebiji telur.

Roti gandum sangat kaya dengan magnesium  dan zink.

Telur pula sumber vitamin D dan kalsium yang sangat penting bagi pembentukan tulang anak dalam rahim.

3)Ambil sepotong ikan salmon goreng bersama sayur bayam.

Sesekali wanita hamil juga boleh mencuba menggoreng sepotong ikan salmon menggunakan sedikit minyak sayuran bersama sayur daun bayam.

Ikan salmon sangat kaya dengan Omega-3 yang sangat baik untuk pembentukan sel-sel tubuh dan saraf otak janin.

Sayur daun bayam pula mengandungi asid folate,yang membantu mencegah janin mengalami spina bifida,atau kecacatan pada tulang belakang.

4)Jus lobak merah dicampur susu.

Lobak merah kaya dengan vitamin A,manakala susu pula kaya dengan protein & kalsium.

Nutrisi lengkap untuk wanita hamil.

Selain daripada nutrisi yang diperolehi daripada makanan diatas,wanita hamil juga boleh mendapatkannya dengan pengambilan supplement-supplement yang dicadangkan untuk wanita hamil.

Bagi saya pula,saya sudah sediakan supplement yang mengandungi semua keperluan nutrisi untuk saya dan kandungan saya.

Saya pilih supplement Shaklee sebab ianya sentiasa selamat,berkesan dan semulajadi,malah ianya boleh digunakan sehingga selepas bersalin.

Berikut adalah supplement Shaklee yang di cadangkan untuk ibu hamil ialah:




1)Vitalea

2)B Complex

3)Vitamin C

4)Ostematrik

5)ESP

6)Omega

Anda boleh baca di sini untuk mengetahui fungsi dan kebaikan setiap supplement diatas.

Semoga anda dan kandungan anda sentiasa dalam lindungan Allah selalu.

Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.

Sila tekan butang LIKE dibawah sekiranya ia memberi manfaat kepada anda.Semoga ianya juga turut memberi manfaat kepada orang lain.
---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee


Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution