Social Icons

Kebaikan dan Khasiat Susu Ibu



Assalamu'alaikum...

Khas buat ibu-ibu dan bakal ibu-ibu.Saya doakan kalian dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dirahmati Allah.

Setiap wanita ada keistemewaan ini,khas dianugerahkan Allah hanya untuk kaum Hawa iaitu susu badan.

Susu ibu tiada gantinya

Bila seseorang wanita melahirkan anak..Allah bagi peluang untuknya merasai hubungan batin yang cukup istimewa dengan baby melalui penyusuan.

Tempoh yang Allah bagi cuma lah sekadar 2 tahun.

Alangkah ruginya wanita bila melepaskan peluang yang bukan semua wanita dapat menikmatinya.

Jadi kepada para ibu dan bakal ibu janganlah anda melepaskan peluang ini selagi anda diberi peluang.
Jangan nafikan hak anak anda

Sebenarnya banyak sangat kebaikan dan khasiat susu ibu,sebab itu penyusuan susu ibu amat digalakkan.

Manfaat yang diperolehi bukan sekadar oleh baby malah ibu juga merasainya.

Kebaikan susu ibu untuk bayi.

1)Membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.

Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.

2)Susu ibu terutamanya kolustrum menguatkan sistem imuniti bayi anda.

Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit-birit,selsema,bronkitis,dan radang paru-paru.

3)Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma,ekzema dan kolik bayi.

4)Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak.
Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.

5)Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

6)Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa.Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.

7)Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.

8)Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasihsayang antara ibu dan anak.

Kebaikan untuk ibu:

1)Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

2)Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.

3)Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

4)Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.

Lain-lain kebaikan:

1)Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.

2)Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol,tin dan kotak-kotak.




Banyak kan kebaikan yang di perolehi bersama bila seorang wanita itu menyusu.

Selain daripada kesihatan lebih terjamin,dari segi ekonomi pun lebih menjimatkan.

Mesti kaum bapa tersenyum je kan...ye la kan dah jimat dari bajet untuk membeli stok susu setiap bulan.

Apa?? Anda kekurangan susu badan?Masalah susu tak de bila bersalin?

Semua tu adalah masalah yang kebanyakan ibu-ibu alami.

Ada wanita bila selepas melahirkan merasa kecewa disebabkan air susu yang tidak turun.

Kesian baby terpaksa minum susu formula sejurus selepas dilahirkan disebabkan masalah susu ibu.

Persediaan awal ibu sebelum melahirkan.

Sebenarnya susu ibu itu ada,cuma kemungkinan salurannya yang tersumbat menyebabkan susu tersebut tak dapat keluar.

Jadi,bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan tak lama lagi buatlah persediaan sebelum melahirkan terutamanya bila usia kandungan anda memasuki trimester ke tiga.

Saya pernah diajar oleh seorang misi ketika saya hamil 7 bulan beberapa tahun lepas.

Dia mengajar saya bagaimana cara urutan payudara setiap kali kita mandi untuk memastikan setiap saluran pada puting payudara kita mengeluarkan susu.

Jadi bila kita bersalin nanti,tak de masalah susu tak keluar atau tersumbat.

Dan nampaknya waktu tu susu sudah pun ada walaupun due untuk bersalin lambat lagi.

Tengok...Allah dah sediakan rezeki untuk kandungan kita sebelum dia dilahirkan lagi.

Mungkin ada ibu-ibu yang sebelum ni terpaksa memberi susu formula kepada baby mereka disebabkan masalah kekurangan susu.

Di sini saya cadangkan anda untuk mencuba mengambil supplement bagi membantu untuk menghasilkan susu yang lebih meriah untuk kesayangan anda.

Berusahalah yang terbaik untuk melengkapkan penyusuan susu ibu.

Supplement Shaklee untuk membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih banyak:


Supplement semulajadi menghasilkan susu yang lebih berkualiti


1.Energizing Soy Protein (ESP)

Minuman protein untuk pekatkan susu ibu supaya baby cepat kenyang dan juga memberi kecergasan kepada ibu sepanjang hari.

2.Alfalfa-adalah herba untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Malah ibu yang menyusu turut di syorkan untuk mengambil supplement:

3.Vitalea-untuk mengelakkan keletihan supaya mudah menyusukan baby.

4.B Complex-untuk mengelak stress akibat tak cukup tidur malam.

5.Ostematrik-untuk mengelakkan sakit-sakit tulang,pinggang,kebas kaki,sakit gigi kerana kekurangan kalsium akibat disalurkan kepada susu ibu.

6.Vitamin C-untuk meningkatkan immunisasi.

7.Omega-membekalkan DHA untuk perkembangan otak baby,dan juga membantu membakar lemak untuk ibu cepat kurus.

Anda juga boleh baca disini tentang Set bersalin dan berpantang.

Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kita bersama dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Sekiranya anda rasa entry ini bermanfaat buat anda,mohon tekan butang LIKE agar ia dapat memberi manfaat yang sama buat insan lain.

Terima kasih kerana sudi membaca.





0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution