Social Icons

Gaji RM 2500 sebulan..Cukup Ke???


Assalamu'alaikum...


Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menulis entry ini.

Sebenarnya topik ni dan cukup tercabar buat saya.Saya takut sebenarnya nak menulis entry pasal topik ni.

Topik yang saya cuba sentuh hari ini adalah berkaitan gaji siswazah sekarang ini sedangkan saya bukanlah seorang siswazah mahupun seorang yang berkerja.

Saya hanyalah seorang surirumah yang mengharapkan gaji dari suami yang makan gaji.

Walaupun begitu saya terpanggil untuk berkongsi juga isu yang sangat penting yang dipaparkan melalui akhbar ini.

Ini kerana berdasarkan kajian Jobstreet Malaysia terhadap siswazah Malaysia gaji rm2500 sebulan mendapati sebanyak 77% daripada mereka gagal membuat simpanan kerana desakan hidup yang begitu mencabar zaman ini.



Kalau siswazah gaji rm2500 pun tak boleh buat simpanan,bagaimana pula dengan saya yang bukan siswazah dan bukan seorang pekerja?

Mampukah saya?Anda pula bagaimana?

Kalau tanya saya la gaji rm2500 ni cukup ke tak,untuk kehidupan dikampung boleh kata cukup makan la.



Tapi perit juga la..ye la,banyak benda tak boleh buat,nak belanja pun takut.

Nak bagi mak ayah pun tak boleh lebih

Nak bagi sedekah pun berkira

Nak tolong orang yang susah tak mampu

Nak derma kat Gaza pun fikir banyak kali

Nak simpan??

Aduhhh...dapat gaji pun pening kepala.

Sebenarnya kemana semua duit ni mengalir?

Cuba senaraikan dan cuba kira sendiri..cukup ke ?

Bil api/air/internet
sewa rumah/bayar loan rumah
loan kereta
loan PTPTN
Barang dapur
Belanja seharian
Keperluan anak-anak
Belanja sekolah anak-anak
Minyak kereta/tol
Topup talifon
Untuk ibubapa/ibubapa mertua
simpanan

Banyak kan..fuhh berpeluh juga nak senarai semua ni kan.

Tu belum termasuk kes-kes kecemasan lagi seperti tiba-tiba jatuh sakit,kereta rosak,insuran,roaxtax,terpaksa balik kampung tiba-tiba,atau malapetakan alam.

Semua tu nak pakai duit juga kan.

Sampai bila harus begini?

-masih tak nak berubah?
-masih tak mahu hidup luar biasa??
-masih suka hidup biasa-biasa saja?

Persoalannya bila nak berubah ni????
(Soalan sentap untuk diri sendiri)

Nasihat saya kali ini ditujukan khas untuk diri sendiri dan juga untuk pembaca blog Amnurhuda yang ingin berubah,yang masih selesa dengan hidup biasa-biasa...

Jom kita mulakan hari ini,sekarang juga!

Kita ubah hidup kita kepada yang luarbiasa.Ceburilah sebarang bentuk perniagaan ,tak kisah la perniagaan apa yang penting mulakan.

Cari pendapatan sampingan.

Jangan putus asa dalam mencuba.

Saya selalu berpegang pada satu pepatah...

"Usaha tanpa jemu pasti ada hasilnya"

Sekarang saya sudah mulakan dan saya sedang berusaha untuk mengubah hidup saya yang selama ni hanya biasa-biasa.

Saya sudah serik,perit,penat dan puas menangis akibat hidup biasa-biasa.

Bukan bermakna saya tak bersyukur dengan apa yang saya ada,tapi saya ingin menjadi lebih bermanfaat kepada orang lain.

Dengan hidup yang biasa-biasa,saya tak mampu nak memberi yang terbaik buat orang yang saya sayang.

Saya hanya mampu mendengar rintihan mereka yang lebih susah dari saya tapi bagaimana saya mampu menolong kalau saya sendiri tak cukup??

Saya terkilan dengan anak-anak,sedih dan kadang-kadang saya menangis bila tak mampu memenuhi keinginan anak-anak.

Saya bukan seorang yang menurut je kehendak anak-anak ,tapi kalau selalu keinginan yang sama diluahkan,saya rasa malu sendiri.

Saya ada ibubapa,tapi bila saya tak dapat penuhi kehendak mereka,saya rasa amat bersalah..saya rasa saya gagal menjadi anak yang baik.

Saya gagal memberi yang terbaik buat semua mereka yang saya sayang.

Sekarang saya terfikir...kalau kita susah sekarang,takkan selamanya nak susah.Pesan saya buat diri sendiri,jangan la berputus asa.

Bangkitlah!! Saya yakin dengan janjiNya.

Saya akan meneruskan perjuangan saya hingga saya mampu hidup secara luarbiasa.

Sekarang saya dah ada mentor dalam perjuangan ini,in sha Allah sentiasa ada yang membimbing saya agar tak tersesat lagi.

Saya mendoakan semua pembaca juga sentiasa ingin berubah agar menjadi lebih baik.

Kalau hari ini kita hidup biasa-biasa,apa salahnya kita cuba ubah kepada hidup yang lebih dari biasa.

Kita takkan pernah gagal selagi kita mencuba.



Ok dah la tu,rasa panjang  pula saya meluahkan apa yang terpendam.

Tapi saya bersyukur Allah mengejutkan saya untuk berubah.Kalau tak, saya masih dalam keadaan yang kononnya selesa sangat la tu.

Semoga kita semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Sekiranya anda rasa perkongsian saya ini sedikit sebanyak memberi manfaat,mohon tekan LIKE agar ianya turut memberi manfaat kepada insan lain diluar sana.

Terima kasih.Jumpa lagi.


Sila dowmnload ebook percuma ini.Ebook ini banyak menyedarkan saya agar bangkit dari mimipi.

Download di sini





0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution