Social Icons

Dalam Sekelip Mata.


Assalamu'alaikum...

Hari ni saya cuma nak citer kisah kelmarin.Kisah yang menyebabkan memori lama saya terungkap kembali.


Pagi kelmarin,berlaku satu kebakaran di kampung saya melibatkan sebuah rumah jiran berdekatan.

Saya yang ketika itu masih didapur dikejutkan dengan suara kakak yang memberitahu ada kebakaran.

Apa lagi bergegas la keluar untuk mengetahui keadaan sebenar.Ya Allah pandang je keatas asap hitam sedang maraknya.

Selang 2 buah je dari rumah saya,rumah jiran saya hangus dalam sekelip mata.

Hati saya berdegup kencang,badan terasa menggigil kembali terkenang kisah 25 tahun yang lalu.Anda boleh baca kisah tersebut di sini.

Ini kali ke-2 saya melalui sendiri melihat kebakaran yang berlaku di depan mata.
Gambar yang sempat diambil oleh suami.

Sedih tak tahu la nak citer bagaimana perasaan tu,hanya orang yang pernah melaluinya saja akan memahaminya.

Walaupun hari ini bukan saya yang kehilangan tempat tinggal,tapi saya cukup terasa apa yang mereka sedang alami.

Didalam hati kecil ini,saya hanya mampu berdoa agar mereka diberikan kekuatan untuk melalui semua dugaan ini.

Alhamdulillah,walaupun mereka sekeluarga kehilangan segalanya(hanya sebuah motor dan sebuah kereta yang dapat diselamatkan),tapi mereka semua selamat tanpa sebarang kecederaan.

Antara yang sempat dirakamkan.

Bila berlaku kejadian seperti ini banyak ikhtibar yang dapat kita sama-sama ambil antaranya:

1.Ingatlah...apa yang milik kita hanya pinjaman,sekelip mata akan dikembalikan kepadaNya.

Bersyukurlah setiap saat apa yang kita ada.

2.Beringatlah jika ingin meninggalkan anak-anak sendirian di rumah walaupun hanya sebentar.

Apa yang berlaku kelmarin lenyap tak sampai 2 minit.

3.Sentiasa mengawasi anak-anak bermain didalam rumah terutamanya melibatkan eletrik dan bahan api.

Kejadian kelmarin dikatakan berpunca dari anak berusia 3 atau 4 tahun bermain pemetik api.Namun sejauh mana kebenaran itu wallahu a'lam.

Apapun segalanya sudah terjadi.Kita yang melihatnya ambillah pengajaran dan ikhtibar bersama.

Tak guna disalahkan siapa-siapa kerana itu hanyalah sebab musabab untuk kejadian yang telah tertulis.


Apa yang berlaku di sekitar kita,anggaplah ia sebagai ujian dan tarbiah dari Allah untuk kita.

Sama-sama menginsafi diri.




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution