Social Icons

Malaysia...Disini Lahirnya Sebuah Cinta.



Assalamu'alaikum sahabat-sahabat dan pembaca blog Amnurhuda.

Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah dan dimurahkan rezeki yang halal.

Hari ni 31 Ogos 2014 genaplah 57 tahun negara kita Malaysia menyambut kemerdekaan.

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Merdeka dan juga selamat bercuti.

Alhamdulillah tahun ni sambutan merdeka cukup sederhana dan di sambut tanpa acara hiburan-hiburan yang tak bermanfaat.

Ini adalah sebagai tanda  kesedihan negara terhadap tragedi pesawat Malaysia MH17 dan juga kehilangan MH370.

Semoga kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar-benarnya.

Lagu tema sambutan kemerdekaan tahun ini.
 "Disini Lahirnya Sebuah Cinta"

Lirik Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya


Bersyukur dilahirkan di Malaysia
 

 Merdeka!! Merdeka!! Merdeka !!

 Dapatkan Ebook Percuma selagi berpeluang!!!
Download di sini

 
 Terima kasih.

 


Ibu hamil...Boleh ke cabut gigi ??


Assalamu'alaikum...

Semoga semua yang sedang membaca blog ini di beri kesihatan yang baik dan ceria-ceria selalu.Jangan lupa senyum tau..

Boleh ke cabut gigi semasa hamil? ha yang ni la saya nak citer hari ni..hehe

Dulu saya ingat semasa hamil tak boleh cabut gigi,sebenarnya boleh je atas nasihat doktor la.

Kemungkinan akan memberi kesan sekiranya kita cabut gigi ketika kandungan di bawah 4 bulan,juga berisiko sekiranya cabut gigi ketika usia kehamilan melebihi 6 bulan keatas.

Jadi apa yang doktor beritahu saya,tempoh selamat untuk ibu hamil melakukan rawatan gigi adalah antara 4-6 bulan usia kandungan.

Pengalaman sakit gigi ketika hamil

Dulu waktu hamil anak sulung dan kedua,saya memang tak terlepas dari sakit gigi.

Tapi bila pergi ke klinik apa yang saya dapat hanyalah ubat tahan sakit.Waktu sakit mana boleh cabut gigi kan.

Saya pun ingat orang hamil tak boleh cabut gigi,hmm makan ubat tahan sakit je la.

Lagipun saya memang takut nak cabut gigi..hihi.



Hamil kali ketiga

Kali ni saya memang merancang,sebelum hamil saya sudahpun mempersiapkan diri untuk membuang semua gigi yang rosak.

Walaupun saya takut,saya kuatkan hati juga sebab saya dah rasa betapa azabnya sakit gigi apatah lagi waktu hamil.

Memang azab kalau sakit gigi,kalau doktor offer cabut gigi waktu tu gerenti angguk je.Tapi bila dah baik,lupa dah kat doktor gigi.

Alhamdulillah bila dah hamil selamat la saya dari sakit gigi.

Supplement Shaklee dan kehamilan ke empat

Alhamdulillah sejak saya bersama Shaklee dan mengamalkan sebahagian dari supplement ini,saya kurang mengalami masalah sakit gigi lagi.

Antara supplement yang saya amalkan untuk kesihatan gigi adalah Ostematrik.Dengan Ostematrik saya sudah mendapat bekalan kalsium yang mencukupi untuk membantu menguatkan gigi-gigi saya.




Apalagi ketika hamil,dimana kebanyakkan kalsium disalurkan kepada baby yang dikandung.

Ini menyebabkan ibu hamil mengalami kekurangan kalsium dalam badan.

Klik sini untuk mengetahui tentang Ostematrik.

Rawatan gigi ketika hamil

Sebab dah tak sakit gigi,saya pun terlupa nak merancang cabut gigi  sebelum hamil kali ini.

Dah hamil baru la terfikir..apasal tak pegi cabut gigi dulu.Risau juga takut kejadian lama berulang.

Bulan puasa lepas bila doktor buat pemeriksaan gigi,awal-awal saya dah mengaku  ada gigi rosak.

Doktor pun syorkan masa yang sesuai untuk saya menjalani rawatan.

Hari ni baru saya pergi klinik.Usia kandungan saya saat ini lima bulan lebih,kira ok la dan setakat ni saya tak de masalah-masalah kesihatan lain .Jadi tak de masalah la nak cabut gigi.

Setelah beberapa kali tertangguh,akhirnya saya berjaya mengumpul kekuatan untuk pergi menyerah diri.Segalanya untuk kebaikan saya juga.



Apapun gigi yang rosak tetap perlu disingkirkan.Takut juga tak sakit waktu hamil kang sakit sewaktu berpantang plak.

Aduhhh ...lebih baik saya sakit sikit hari ni daripada saya bertambah stress dan sakit saat berpantang.

Sepatutnya hari ni buat pemeriksaaan dan temujanji je,hari yang sepatutnya cabut gigi hari selasa,Tapi disebabkan orang tak de lagi,saya buat pemeriksaan dan sekali ngan cabut gigi terus.

Sebenarnya ada hikmahnya cabut gigi waktu hamil ni,tau tak layanan untuk ibu hamil ni special sikit.

Doktor berlemah lembut je..hiihi suka saya.
Nak cabut dah ni tanya dulu...sakit tak?saya kata sakit dia stop,tiga kali ditanya,tiga kali juga la saya kata sakit...haha kalau camni bila nak tercabut gigi ni.

Nampak tak doktor cukup berhati-hati kan.Akhirnya saya kata tak pe boleh tahan lagi..maka tercabut la gigi gerahamku.

Akhirnya kau ku lepaskan

Berakhirlah riwayatmu disini wahai gigiku...selamat tinggal.

Doktor tanya nak bawa balik ker??Ishh tak nak la nak buat apa.just say good bye...hehe

Terima kasih doktor.

Melangkah keluar bilik dengan senyuman.Sedikitpun tak rasa sedih meninggalkan gigi gerahamku bersama doktor dan misi.

Alhamdulillah dah berjaya melalui detik-detik ini dengan sedikit ketakutan tetapi segalanya berjalan dengan baik.
 
Terima kasih kerana sudi membaca entry kali ini.

Sila tekan butang LIKE sekiranya anda rasa ianya bermanfaat buat anda.Semoga manfaatnya turut dirasai oleh yang lain.


Kepulangan Yang Tetap Di Nanti.


Pesawat khas MAS yang membawa pulang 20 mangsa nahas MH17

Assalamu'alaikum...

Hari ni hari jumaat 22/8/2014 jenazah mangsa MH17 akan dibawa pulang ke Malaysia.

Tepat jam 10.54 pagi,seluruh negara bertafakur selama seminit untuk memberi penghormatan kepada jenazah mangsa MH17 manakala jalur gemilang pula dikibarkan separuh tiang.

Saya mula scroll fb,banyak cerita tentang mangsa dan keluarga mangsa dikongsikan hari ini.Sedihnya bila membaca kisah mereka.

Salam takziah buat semua keluarga mangsa MH17.

Tiba-tiba hati kecil saya tersentuh..

Saya selalu macam ni..saya bayangkan saya salah seorang dari keluarga mangsa.Kuatkah saya?

Cukup dengan hanya membayangkan sudah membuatkan airmata mampu jatuh berderai,bagaimana pula kalau betul saya yang sedang melalui detik ini.

Mampukah saya melaluinya dengan tabah?

Apalagi yang boleh saya suarakan selain hanya mampu berdoa untuk keluarga mangsa.

Semoga Allah memberi mereka kekuatan untuk melalui saat-saat yang cukup sukar ini.

Seberat manapun mata ini memandang,saya tahu berat lagi bahu mereka yang memikulnya.

Suasana sayu menyambut kepulangan jenazah mangsa MH17.

20 mangsa MH17 yang dibawa pulang ke Malaysia


Hanya airmata yang mampu mengiringi

Semoga mereka tabah
 

 Al fatihah buat semua mangsa beragama islam yang terkorban dalam nahas MH17.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa mereka dan menempatkan mereka dikalangan orang-orang yang soleh.

"Setiap yang hidup itu pasti akan mati.
Dan sesungguhnya mati itu semakin menghampiri kita".




Tak payah beli tepung rangup dah...


Assalamu'alaikum...

Santai petang-petang ni kalau minum teh dengan  pisang goreng panas-panas mesti sedap kan??

Apakata hari ni kita buat sendiri je,bukan payah pun nak goreng pisang,rajin dengan segan je..

Kalau pilih rajin maka jadi la.Ye tak??

Hari ni saya nak share resepi tepung goreng pisang.Nak tak?

Nanti tak payah duk beli tepung rangup dah,buat sendiri je.

Resepi asal saya ambik dari Blog Hairul,tapi yang ni saya dah edit ikut suka hati saya je..hehe

Saya dah cuba,malah saya dah menjual...alhamdulillah sambutan boleh dikatakan semua yang beli tu kata sedap..bukan perasan ni tapi kenyataan.

Tak payah percaya la...buat jer.

Itu dulu la,sekarang saya dah tak menjual dah.Buat makan sekeluarga je.

Ni resepi yang selalu saya buat sekarang bila saya rasa nak makan goreng pisang/cempedak/ubi/apa-apa je la.

Saya tak suka pisang goreng yang tebal,so..saya belah empat.

Jom la cuba...

1 cawan tepung Beras/jawi(saya panggil tepung jawi)

1/2 cawan tepung gandum

1/2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh garam

sedikit serbuk kunyit.

Bancuh biar pekat.

Dah tu goreng je la..hihi siap,cuba rasa..apa macam??

Satu lagi..nak goreng tu,minyak biar panas betul-betul dulu tau. 
Goreng sampai kekuning-kuningan


Simple je kan..sebab yang tu saya dah edit,saya suka yang simple2 tapi sedap.

Ok saya bagi yang asal plak..ikut la nak try yang mana satu.

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sb santan pekat
1/2sb baking powder
1/2sk serbuk kunyit
1 bj telur & air secukupnya
2sb marjerin yang dicairkan
garam secukup rasa

1.Cairkan marjerin didalam periuk.Biarkan sejuk.

2.Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali marjerin dan air.

3.Masukkan sedikit air dan gaul menggunakan tangan.
 
Saya pakai yang ni kalau buat bancuhan banyak2(nama apa saya lupa la).


Bancuh tepung biar pekat.

Masa berniaga dulu saya cuba sukatan hingga 1 kilo tepung.Pandai-pandai la adjust..hehe
kalau nak berniaga la.

Sekarang saya buat 1 cawan je.Cukup la untuk makan sendiri.

Kalau tanya saya bancuhan yang mana lebih sedap?mestilah yang asal..masa buat untuk jual dulu saya ikut yang asal cuma tak letak santan jer.

Lagi sedap Pisang goreng panas-panas cicah pula dengan sambal kicap.Pernah cuba ker?

Rugi kalau tak pernah..pas ni cuba tau...tak rugi pun.Itulah pengalaman..bila orang citer nanti...ooohh aku pun dah try..camtu..hihi 

Nak try buat sambal kicap juga?

Senang je..

30 biji cabai melaka
15 ulas bawang putih
2sb gula
2sk garam
kicap 
air

Blender semua tu..siap!

Jangan ikut sukatan diatas...banyak tu,nak jual boleh la.



Try la sebiji atau 2 biji pun cukup la kalau nak makan sikit-sikit ni.

Ikut la sapa suka pedas kan.Kalau tak nak pedas sangat sebiji dah cukup.

Ikut selera anda.Jangan takut untuk mengubah apa yang ada.Mana tau resepi anda lagi mantop.

Buat apa pun,jangan takut mencuba.Tak jadi buat lagi sampai jadi. 


 

Hmm dah siap pun..boleh la makan.Gambar sambal kicap tak de la kat sini sebab saya malas nak buat la plak.

Kalau dulu hari-hari makan pisang goreng,jadi vitamin E tak leh tinggal sebab vitamin E ni akan mengawal kandungan minyak dalam kulit kita.

Takde la berminyak sangat muka ni..hehe

Ok selamat mencuba yer...hujan-hujan lagi lapar kan..

Sekiranya anda rasa entry ini memberi manfaat buat anda mohon tekan butang LIKE agar ianya turut memberi manfaat kepada insan lain.

Terima kasih.




Idea Bisnes Part Time


Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik hari ini.Dapatlah saya menulis blog lagi.

Saya tertarik dengan apa yang saya baca di facebook Coach Bahar tentang idea buat duit ni.

Jadi saya rasa tak salah kalau saya berkongsi di blog saya untuk tatapan pembaca-pembaca blog Amnurhuda.

Kepada yang ingin menambah pendapatan,mungkin idea-idea ini dapat membantu kalian memulakan langkah pertama.

Semoga apa yang dikongsikan oleh Coach Bahar memberi manfaat kepada kita semua.

..............................................................................................



12 kerja part time yang boleh buat duit cepat.

1. Menjual produk orang lain

Jika anda baru nak berniaga saya nasihatkan untuk anda belajar menjual. Menjual adalah nadi sebuah perniagaan.
Oleh itu anda jual dulu barangan orang lain yang mudah laku. Anda boleh menjual dengan cara online atau menjual secara offline.
Sahabat saya menjual Al-Quran kepada rakan pejabatnya. Dia berpendapatan lebih RM2000 sebulan dengan hanya menjual 10 - 15 buah naskah Al-Quran tafsir. Banyak barangan lain anda boleh jual.

2. Menjalankan seminar atau mengajar apa yang anda pakar.

Jika anda pandai membuat biskut, jika anda pandai menjahit atau anda ada rahsia teknik mengajar anak membaca dengan cepat. Anda boleh kongsikan semua yang anda tahu melalui kelas dan seminar.
Buat kelas sekecil dari rumah. Sahabat saya hanya mengajar mengait baju dan mengubah bunga boleh berpendapatan ribuan ringgit sebulan.

3. Buat benda yang ramai orang malas nak buat.

Tawarkan perkhidmatan memotong rumput ditaman anda, bersihkan rumah, betulkan paip. Buat semua kerja tu sabtu dan ahad atau balik dari kerja jam 5 petang.

4. Berniaga kecil-kecilan secara online.

Ramai orang yang telah masuk dalam bidang online. Saya menjual hand beg wanita secara online. Jual barangan atau tawarkan perkhidmatan secara online.
Empat bidang yang laku keras dalam bisnes on-line adalah bidang kesihatan, kewangan, kecantikan dan barangan keperluan terutamanya barangan wanita.
Jika anda pandai fb, jual perkhidmatan mengurus fb.

5. Masuk MLM atau menjual produk kewangan

Walaupun bidang ini tidak populer sebagai satu cara terbaik untuk buat duit tetapi ramai juga yang telah buat duit dengan sistem MLM. Ianya berkadar sementara, bila anda sudah cukup modal anda boleh membuat pilihan untuk meneruskannya atau tidak.

6. Menjadi agen hartanah

Ini bidang yang baru. Jika anda di bandar besar anda boleh menjadi agen hartanah , membantu menjualkan rumah , kedai atau tanah. Pendapatannya lumaian.

7. Bisnes kecil berbentuk perkhidmatan

Sahabat saya membuka kedai gunting rambut dan mencari 10 orang yang ingin bekerja sebagai pengunting rambut dan berkongsi keuntungan. Dia mempunyai 10 cawangan kedai gunting rambut di sekitar lembah kelang.

8. Jual barang asal boleh jadi duit

Saya berikan formula ini pada anda. Target untuk anda menjual dan mendapat untuk 10 sehari, bila sudah mahir tukar target ke 100 sehari. Barangan yang dijual tak penting.

9. Sewakan kereta

Kekadang kat rumah tu ada banyak kereta, sewakan kereta anda untuk public atau kawan-kawan. Sekurangnya boleh bayar duit kereta bulanan.

10. Home cafe

Masak masakan sedap-sedap masa cuti. Ajak kekawan makan dirumah dengan berbayar. Masak nasi arab ke...mungkin dapat tempahan catering.

11. Tanam sayur

Kalau anda dikampung, buat usaha kecil-kecilan seperti tanaman serai, kangkung , cili dan lain-lain.

12. Ternakan kecil-kecilan

Anda boleh buat ternakan ayam kampung dan kambing.

Saya boleh berikan 1001 idea bisnes kepada anda . Perkara yang lebih penting adalah keyakinan untuk anda lakukan. Saya doakan anda berjaya. Share dan like.

Coach bahar
..........................................................................................................

Saya bahagia dengan apa yang saya lakukan sekarang iaitu berbisnes online.

Saya memilih Shaklee sebagai idea untuk saya memulakan bisnes hanya di rumah.

Bagi saya Shaklee banyak memberi manfaat kepada manusia sekeliling,kepada saya dan family saya untuk menjalani hidup dengan lebih sihat.

Shaklee banyak menyelesaikan masalah-masalah kesihatan dan ianya lebih semulajadi.

Jadi bisnes saya sekarang bukan sekadar mencari pendapatan untuk saya malah lebih daripada itu.

Saya mahu bantu orang sekeliling saya agar menyedari bahawa pentingnya supplement untuk kesihatan dan mengamalkan kehidupan yang lebih sihat.

Saya nak masyarakat kita lebih sedar bahawa "Mencegah itu lebih baik dari merawat".

Itu pilihan saya.Anda berhak memilih bisnes apa yang anda selesa dan memberi manfaat kepada manusia sekeliling.


Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.


Seandainya entry ini bermanfaat buat anda,jangan lupa tekan butang LIKE agar ianya dapat dikongsikan bersama dengan yang lain.

Semoga bermanfaat buat kita semua.

Terima kasih ,jumpa lagi. 



PERCUMA!!

Download sekarang.

Klik di SINI






Virus menyerang!!!!


Assalamu'alaikum....

Semoga semua pembaca blog Amnurhuda sentiasa sihat dan dilimpahi kasih sayang.

Hari ini saya di uji lagi...

Kepada sahabat-sahabat Fb saya yang ter'menerima' video dari Fb saya saya mohon sejuta KEMAAFAN atas apa yang berlaku petang tadi.

Ceritanya bermula begini...

Sedang saya online Fb,tiba-tiba ada seseorang pm saya,lalu saya buka dan ada satu link video dan gambar profil saya.



Saya cuba klik tanpa berfikir yang negatif.Bila saya klik satu arahan meminta saya add chrome(kalau boleh saya nak prt sc nak bagi kawan-kawan tengok tapi takkan saya nak ulangi sekali lagi kan...cari naas namanya tu).

Saya tak ikut arahan tu,saya close je pm tu.Ok je setakat tu.

Waktu petang(selepas asar) saya sekali lagi terima pm yang sama dari orang berbeza.

Kebetulan waktu tu suami ada di sebelah,saya  tanya dia camna nak buat ni..nak tengok video apa,dah 2 orang antar.

Bila dia suruh saya try klik,saya klik la..then klik add chrome.Apa berlaku...

Hmm tak de video apa pun keluar.Arahan yang sama pada mula tadi yang keluar.

Suami cakap"dah..dah tak yah cuba dah..ada yang tak kena ni.."

Sejurus selepas tu..satu pm masuk dari rakan Fb beserta video gambar profilnya.Dia tanya saya...video apa ni??



Saya pun pelik la..apasal tanya saya?dia kata saya yang hantar...ahhh sudah.

Belum habis saya menjelaskan kepada seorang rakan fb apa yang berlaku...berderet-deret pm masuk.

Semua sama.Ada yang marah saya,tapi saya tak de la marah balik,ye la bukan salah diorang pun.

Saya sedaya upaya memberi penjelasan apa yang berlaku.

Semoga mereka mengerti dan dapat menerima penjelasan saya.

Bukan saya yang buat semua ini.

Malam ni saya dah tak dapat buka Fb saya melalui Chrome,bila saya buka Fb suami ternyata Fbnya turut terkena virus tersebut.



Ada 2,3 orang kawan-kawan suami yang pm bertanyakan tentang video yang dia antar.

Saya tanya dia adakah dia juga menerima pm seperti saya terima dan dia klik juga?

Jawapannya dia tak de buat apa-apa pun.Belum buka Fb lagi katanya.

Adakah ianya merebak di sebabkan saya yang membuka Fb suami menggunakan Chrome di laptop ini?saya pun tak tau..

Kepada sahabat-sahabat saya di Fb mahupun blog,harap berhati-hati bila anda mengalami situasi ini.

Kalau anda terima pm video seperti ini,jangan di klik.Biarkan saja.

Semua ni virus,ianya akan merebak sekelip mata je.

Saya harap apa yang saya cuba kongsikan masih belum terlambat.

Apapun sekali lagi saya memohon maaf atas apa yang telah berlaku.Semuanya bukan kehendak saya mahupun kalian juga.

Ambil pengajaran dari apa yang berlaku kepada saya hari ini.

Sekiranya anda rasa apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada semua ,mohon tekan LIKE agar yang lain juga dapat mengetahui tentang hal ini.

Semoga kalian tidak terlambat untuk menghindarinya.


Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Yang Kaya Dunia & Akhirat 2


Assalamu'alaikum...

Amacam best kan kisah ni,banyak formula kejayaan  yang dapat kita kongsikan...ada lagi tau...jom kita sambung lagi kisah ni.

Semoga sama-sama kita mendapat manfaat dari kisah ni.

...................................... 
Jika anda ingin baca kisah bahagian 1 sila klik dibawah:

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Yang Kaya Dunia & Akhirat 1


Saya cari dia sepanjang bulan puasa. Selepas asar di tempat biasa. Dia tiada. Tidak ada lagi pada sudut tepi tiang di masjid. Di mana dia? Apakah dia sakit? Atau pergi umrah.

Pagi tadi, dengan izin Allah jua saya temui dia. Tenang bersahaja. Kali ini berjubah. Selepas subuh dia ambil al Quran dan baca. Bacaan lancar dengan tajwid yang sedap didengar. (Nota: Saya tidak boleh kata betul, kerana itu bukan bidang yang saya berpengetahuan).

Lama dia baca. 1 jam 26 minit. Lepas itu dia sambung solat, dari kejauhan saya perhatikan. 4 rakaat Dhuha. Dia berdoa panjang juga, memohon keampunan dan dipermudahkan kehidupan zuriat dan keturunan, diberi keamanan buat bumi yang tercinta. Selesai lelaki tua itu bersolat saya datang menghampiri dia.

Dia terlebih dahulu memberikan salam. Senyum mesra menyapa. Dia berkata, sebelum saya sempat bersuara.

"Selalu lepas Asar tiada di tempat biasa, Pak Cik keluar lihat lihat juadah berbuka. Hidup ini kena nikmati jua. Apa yang boleh makan dan terasa mahu makan, belilah. Dihujung usia, adalah merasa nikmat yang Maha Esa.Itulah namanya nikmat yang tidak dapat kita dustakan. Beli tanpa berkira. ramai peniaga cari rezeki.

Bahagi kepada jiran tetangga dan sanak saudara. Inilah waktu kita beramal dan merapatkan jalinan saudara. Jiran adalah saudara kita terdekat. ia umpama tubuh badan kita."

Saya kata, "ramai orang mahu petua pak cik lagi". Dia pun tenang merenung panjang. Kata beliau, (saya notakan dalam bilangan)

#21. Berusahalah untuk jadi orang kaya. Kaya tidak menambah sombong, besar, berlagak. Kita berharga di sisi Tuhan apabila kekayaan kita menambah manfaat pada orang. Kita mulia disisi Tuhan apabila miskin kita tidak menambah beban. Miskin tidak menyusahkan orang.

#22. Sepanjang hidup kita bakal diuji. Ujian miskin. Ujian kaya. Orang yang tahan ujian itu umpama emas. Jatuh ke tanah ia emas. Letak dibadan, ia emas. Letak di kepala, ia emas. Ujian datang dalam bentuk kesakitan, kerugian, kehinaan. Ujian juga boleh datang dalam bentuk kesenangan, kemewahan dan kekayaan. Berhati hatilah dengan ujian.

#23. Anak mahu tahu apakah perkara yang menyebabkan malaikat rasa cemburu pada kita? Apabila kita beri madu tatakala kita diberi racun sebelumnya. Tanya saya, "maksudnya? (saya pohon pencerahan). Lelaki Tua itu berkata, apabila kita membalas kebaikan pada kejahatan orang. Tiada dendam melainkan rasa insaf diri mahu membawa kebaikan walaupun kita pernah dikhianati dan dikerjakan teruk oleh orang itu.

#24. Pada detik ini dia menangis teresak esak. Kata beliau, "Pak Cik rindukan emak. Emak adalah himpunan khazanah kaya yang tidak ternilai harga. Pada teman teman anak, detik ini kembalilah kepada emak.Buka puasa dengan emak dan ayah. Suapkan emak. Seluruh harta dunia yang kita miliki tiada kan sama dengan emak dan ayah"

#25. Apabila emak dan ayah sudah tiada bertimbang rasa pada keluarga. Pak Cik pernah dengar orang alim kata, orang yang paling sempurna imannya adalah orang baik budi, mulia pekerti. Orang yang bertimbang rasa dan bertolak ansur pada keluarga". Jadi orang mulia anak. Mulia bukan mahsyur nama. Mulia bukan berkuasa. Mulia kita apabila akhlak terpelihara.

(Nota: Rasulullah SAW bersabda, "Aku diutus oleh Allah untuk menyempurnakan akhlak" (HR Ahmad) ).


Lama dia merenung saya. Pandangan beliau jauh dalam genangan air mata. Dia nyata menerobos masa sekarang pulang ke masa silam. dalam hati saya berkata, orang tua memang begitu. Mudah pilu.

"Pak Cik boleh kaya jauh lebih kaya dari sekarang, andai halal haram Pak Cik letak ke belakang. Dulu dulu ramai orang mahu kerja kerajaan. Yang berniaga tidak ramai. Jadi, peluang untuk Pak Cik banyak. Malah Pak Cik pernah ditawar AP Kereta. Tapi semuanya Pak Cik tolak"

"Pak Cik senang berdagang cara buka kedai macam sekarang. Ada untung simpan. Cukup simpan labur. Beli bangunan. Alhamdulillah adalah sikit sikit. Namun petua hidup tenang, yang Pak Cik nak kongsi untuk teman teman anak adalah seperti ini"

# 26. Jaga maruah kawan kawan. Usah cerita keburukan orang lain. Apabila cerita itu tidak benar, jatuh pada fitnah. Apabila cerita itu benar, itu mengumpat namanya. Ghibah itu berdosa dan menambah gelap hati kita. Pak Cik dengar ustaz mengajar atas masjid ini, apabila kita dengar saudara seagama diumpat dan kita tidak membelanya maka kita ikut tanggung dosa umpatan itu di dunia dan di akhirat.

Habis mengajar, Pak Cik dan kawan kawan bawa ustaz itu pergi makan, tiba tiba ustaz itu bercakap pasal keaiban orang. Pak Cik bangun, bayar semua makanan dan pergi. Pak Cik bukan orang sufi. Pak Cik tetap ambil ilmu dia, sebab mutiara tetap berharga walaupun penyelamnya orang hina. Pak Cik pergi,cuma mahu jaga hati sendiri, tidak mahu dinodai.

Apabila hati bersih, senyum kita nampak ikhlas dan bisnes kita jadi mudah.Cerminan hati terpancar di muka dan apa yang kita niaga jadi mudah belaka. Di terima dan pelanggan datang beli sokmo. (nota: sokmo adalah bahasa Kelantan yang membawa maksud berulang ulang)

# 27. Untuk bisnes maju, doakan kebaikan teman teman. Apabila kita doakan sahabat sahabat yang jauh, malaikat mendoakan kita pula. Bayangkan malaikat yang doakan kita. Berkat. Amalkan ini anak. Amalkan selalu. Amalkan doakan untuk sekurang kurangnya 100 orang sahabat kita setiap hari. Amalan ini besar khasiatnya untuk hati kita jadi lembut dan bisnes kita berkembang.

#28. Bertahajud. bermunajat. Apabila kita tidur syaitan ikat kita dengan tiga ikatan. sebaik tersedar sebut nama Allah. Kemudian berwudhuk. Dan terus Tahajud. Lepaslah tiga ikatan syaitan. Tahajud adalah cara kita syukur pada Allah atas segala nikmat.

Anak tahu rumah Pak Cik paling besar di kawasan ini. Ia seakan cantuman 3 buah rumah banglo. Padahal Pak Cik hanya peniaga kecil berbanding dengan orang lain. Anak tahu semua yang tinggal kawasan ini orang bernama. Kenapa di hujung usia mereka tidak kaya?

Ianya nikmat yang disyukuri. Nikmat apabila tidak didustakan lekat tidak tiris. Sesiapa yang tahajud terus menerus ada 9 kurniaan. Lima kurniaan di dunia dan empat kurniaan di akhirat. Anak, bertahajud lah. InsyaAllah selamat.

Pantang besar orang tua dahulu dahulu untuk terus tidur apabila ayam telah mula berkokok pada hujung malam. Kita bangun dalam gelap mencerah hati menghadap Tuhan pemilik alam.

#29. Anak, untuk berjaya dalam bisnes, kita mesti berhati hamba. Siang kita dambakan pada pelanggan. Mereka betul. Kita bukan salah, cuma kita mengalah. Mereka rasa serlahan jiwa kita dan mereka datang secara berulang ulang. Malam kita hamba merintih pada Pencipta.

Anak, ibadah, bukan sekadar rukuk dan sujud. Bukan sekadar gotel (baca:gentel) tasbih zikir dan tahmid. Ibadah juga bukan sekadar zakat dan sedekah. Ibadah adalah hati yang ingat sokmo pada Allah. Hati yang tidak ingat Allah hati seorang Tuan. Seorang yang rasa diri "tuan pemilik" sukar untuk dapat nikmat berTuhan.

Hanya belas kasihan Allah dapat jauhkan kita daripada segala bala bencana.

Anak. hari sudah tinggi. Pak Cik mahu balik. Sambil berjalan balik ke luar masjid, beliau memberikan petua terakhir untuk hari itu.

#30. Bangun pagi. Tadi tahajud. Kemudian Subuh. Seboleh mungkin usah bangun dari sejadah sampai Dhuha. Baca Al Quran. Zikir. Lanjutkan sampai Dhuha. Beribadat pada Allah. Kemudian cari nafkah halal. Ia mendatangkan keberkatan rezeki.

Tatkala berpisah, dia membaca surah an Naba ayat 11, "Dan kami jadikan waktu siang untuk mencari penghidupan (rezeki)."

Doakan kami bertemu lagi.

.....................................................................................

Jika anda rasa perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua,mohon tekan LIKE agar ianya juga dapat memberi manfaat yang sama kepada insan lain diluar sana.

Terima kasih.


Download segera selagi ianya FREE
Download di sini.



Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Yang Kaya Dunia & Akhirat 1



Assalamu'alaikum...

Kisah ni saya terbaca dari facebook Dato Hj Roslan Ab Hamid.

Semoga ia memberi manfaat buat kita semua.

........................

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.

Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.


6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.





11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) 
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.


16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"

17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.

(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja. 


.....................................................................................

Jika anda rasa perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua,mohon tekan LIKE agar ianya juga dapat memberi manfaat yang sama kepada insan lain diluar sana.

Terima kasih.


Download segera selagi ianya FREE

Download di sini.



 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution