Social Icons

TIP BERBUKA PUASA UNTUK ELAKKAN PERUT KEMBUNG


Assalamu'alaikum...

Masalah kembung perut?Anda pernah alami tak situasi ini?

Kembung perut terjadi akibat daripada gas berlebihan didalam perut dan usus.Ia juga boleh terhasil dari bakteria usus yang menghasilkan gas karbon dioksida dan hidrogen(kedua2nya tidak berbau)akibat dari pemecahan karbohidrat dan protein.

Lebih banyak jumlah gas yang tercampur,lebih tajam bau gas yang dihasilkan.Sebahagian besar gas iniakan masuk semula melalui laluan yang sama iaitu mulut menghasilkan sendawa.

Sebahagian gas ini pula akan ditolak kedalam usus dan dan dikeluarkan dari badan melalui kentut. 

Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan.


Cara mengelakkan kembung perut selepas berbuka dengan cara:

1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat maghrib dan terawih.

2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa bekerja lebih untuk menghadamkannya. Pedas pula akan meningkatkan asid dalam perut.

3. Jangan makan dengan cepat atau terlalu gelojoh. Minum air dahulu dapat menyediakan perut untuk bekerja semula setelah berehat ketika berpuasa. Makan secara perlahan-lahan. Walaupun kita makan sedikit, rasa kenyang akan dapat dirasakan selepas 20 minit mula makan.

3. Banyakkan makan buah-buah seperti kurma, pisang dan tembikai untuk memudahkan penghadaman.

Selain ubat-ubatan dari klinik dan hospital anda juga boleh atasi masalah kembung perut dengan supplement shaklee..



Antara testimoni Peppermint Ginger Plus:






Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Jaga pemakanan anda di bulan yang mulia.

Terima kasih kerana sudi membaca
Semoga memberi manfaat bersama.


Sumber rujukan:

1) http://knowyourmedicine.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=96&action=view&retrieveid=159&lang=BM

2)Dr Zubaidi Hj Ahmad


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution