Social Icons

SP-Dua dalam satu


Assalamu'alaikum..

Rasa macam dah lama tak menulis blog,hari ni rasa nak menulis ...tapi masih blur nak citer pasal apa.


Saya rasa saya nak abadikan cerita dibulan puasa tahun ni kat blog saya,so..saya nak menulis cerita hari Sabtu lepas.

Tak de yang menarik pun hari sabtu tu..suka-suka je nak berkongsi.

Dua malam sebelum Sabtu saya ada terbaca poster ni di FB.

Saya tertarik sebab salah satu lokasi yang diadakan adalah di Sungai Petani.Lagipun masanya dari pukul 10.30 pagi -12 tengahari.Sekejap je..kalau saya bawa anak2 skali pun rasanya tak de masalah.

Saya tengok tarikh dan bertanya suami waktu bertugasnya.Dia kata malam,jadi boleh la pergi sama-sama.Suami pun setuju.Lagipun talk ni free je.

Bertolak ke Sungai Petani.

Pagi Sabtu tu tunggu suami balik kerja sambil bersiap-siap.Suami balik terus mandi then kami bertolak.Talk ni diadakan kat Swiss Hotel Sungai Petani.

Sebenarnya saya pun tak tahu kat mana hotel ni,suami pun tak tahu.Tapi alhamdulillah semalam tu dah tanya kakak dan dia pun plan la camna nak sampai situ.Tak de lukis2 kat kertas just ingat camtu je.Tapi saya yakin saya nampak jalan tu sebab tu eksyen sikit..hehe

In sha Allah niat menuntut ilmu Allah permudahkan.Alhamdulillah kami tak sesat pun,Kami sampai 5 minit lagi pukul 10,kira awal lagi la sebab talk tu bermula 10.30.


Saya memang suka pergi awal2 kalau majlis apa2 pun..tak suka jadi yang last sekali kecuali atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Masuk je hotel sorang staff sedia melayan kami dan menunjukkan arah kebilik ceramah Shaklee.Siap melalui kolam renang lagi..hehe anak2 suka je rasa macam nak mandi kolam plak..siap pesan lain kali kita mai tido sini yer...in sha Allah.


Naik tingkat 3 dan cari bilik yang di tempah Shaklee untuk talk tersebut..ha dah jumpa


Sebenarnya saya terkejut juga masa sampai tadi sebab tengok waktu yang ditulis kat sini bermula 10.00am.Aik dah start ke ni..

Pelan2 buka pintu..alamak ada la baru 3 orang,memang start 10.30,yang tulis tu silap le.


Tak pe sampai awal..relax dulu,sembang -sembang ngan orang sebelah.

10.30 terus start.Apa yang dibincangkan hari ni adalah berkaitan vitamin dan supplement Shaklee yang sesuai diambil ketika bulan Ramadhan.



Kami juga diberi penerangan tentang kebaikan berpuasa dan juga cabaran -cabaran yang biasanya kita lalui ketika berpuasa.

Dan semestinya supplement Shaklee banyak membantu memberi kecergasan dan tenaga tambahan untuk kita lebih aktif di bulan puasa.

Antara yang dicadangkan adalah Mighty 3 Gems adalah amat sesuai untuk kita di bulan puasa ini.Boleh baca disini .

Selain dari Mighty 3 Gems VIVIX juga dapat membantu kita berpuasa dengan lebih sihat dan aktif.Jemput baca tentang VIVIX (sila klik).

Sebenarnya banyak lagi supplement Shaklee yang mampu memberi kesihatan yang baik untuk kita menjalani ibadah berpuasa ini seperti Vitalea,b Complex,vitamin C,phytocol-st,Cinch dan lain-lain.

Jalan-jalan SP

Tepat 12pm selesai talk Shaklee.Anak-anak dah tak sabar ni nak pergi jalan-jalan.

Hari tu dah beli baju raya,hari ni cuma nak cari t-shirt je untuk diorang.

Sebelum keluar hotel lepak dulu tepi kolam,posing-posing..saja je.




Dah-dah jom kita teruskan plan kita.yeaw...

Kami pergi satu tempat je..tak pusing2 pun..haha buat cari penat kan..duk setempat je tak larat nak memilih dah.Kami pilih The Store SP Plaza.

Saya ok lagi sebab sahur tadi dah telan vitalea dan b complex.ESP pun saya dah minum.

Anak-anak je la yang tak puasa tu sibuk lapar,yang puasa plak cool je.

Kami solat zohor pun kat dalam SP plaza je,pastu sambung jalan2 kat dalam tu cari apa yang patut.

Semuanya anak2 yang punya,saya dan suami punya?tak pe la belakang kira.Anak-anak dulu...


tengah tunggu giliran nak test seluar jean

Sebelum memilih untuk kakak dan angah terpaksa layan si Kayyis dulu sebab yang dia tahu mainan jer,so..kena cari mainan dulu.Ala..cari yang murah2 je janji dia dapat baru senang nak buat keja lain.

Dah dapat tak sabar nak balik plak..bukan apa nak buka dan main mainan la,pujuk punya pujuk ok la boleh bertahan lagi.

Ok...adik lepak kat sini kalau tak larat nak berdiri dah.

Nak main mainan kat sini boleh ker??

Asyik merungut lambat la,jom la balik..adusss

Ok la dah hampir pukul 3 dah,abah pun dah letih tak tidur lagi,malam ni nak masuk keja plak...sian abah.Jom balik.

Singgah Bazar Ramadhan kat Gurun,siap beli nasi bungkus..tahu la kan apa tandanya.

Sampai rumah dah hampir asar.Sempat la abah baring kejap sebelum pergi kerja pukul 7.Yang penting solat dulu..

Ok rehat-rehatkan badan semua sebelum berbuka.Tetap kena masuk dapur siapkan sikit2 persiapan berbuka.

Yang penting abah tetap bawa bekal..lebih jimat katanya,lagipun malas nak kena keluar cari makan masa sahur nanti.Bawa siap-siap dari rumah.

Terima Kasih kerana sudi membaca perkonsian saya hari ini.
Selamat Berbuka semua.Kawal nafsu makan ok..jangan terlajak.

Salam sayang buat semua.



0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution