Social Icons

PASTI ADA HIKMAHNYA


Assalamu'alaikum...

20 Ramadhan 1435H..Dunia masih dalam kesedihan dengan suasana serangan dan kekejaman yang berlaku ke atas umat islam terutamanya di Gaza.

Kisah sedih MH370 hampir dilupakan,namun
semalam kita dikejutkan pula dengan apa yang berlaku terhadap pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh dan terhempas di UKraine,dekat sempadan Rusia.

Penerbangan tersebut membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Sebak rasa hati bila mengenangkan tak lama lagi kita nak sambut kedatangan syawal,tinggal lebih kurang seminggu je lagi.

Sukar untuk menyelami perasaan mereka yang terlibat kan..berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Semoga Allah memberi mereka kekuatan untuk melalui saat2 sukar ini.

Kita hanya memandang dikejauhan,mengikuti perkembangan demi perkembangan.Apa yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa yang terbaik buat mereka...dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat mereka.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi.Redhalah dengan ketentuanNya.

Jangan sampai kita menyalahkan takdir atas apa yang berlaku.

Semoga kita semakin dekat dengan Allah diatas setiap yang terjadi.

Al Fatihah.

#pray4MH17 #Pray4Gaza #Pray4MH370






0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution