Social Icons

DI AKHIR RAMADHAN


Assalamu'alaikum....

Hari ni last kita berpuasa,alhamdulillah tahun ni saya berjaya puasa sepenuhnya tanpa sebarang keuzuran.

Esok konpom raya,tahun ni berbeza sikit dari tahun2 lalu...rasa meriah la.Sebabnya semua adik beradik balik beraya bersama-sama di kampung.

Cuma terasa sedikit terkilan sebab saya dah lama tak balik beraya bersama ibu mertua kat Kelantan,bukan sengaja tapi keadaan tidak mengizinkan.

Hari ni last ramadhan,nak citer tentang hari ni sebenarnya.

Ayah buat perancangan untuk majlis berbuka puasa bersama anak-cucu-cicit ayah dan juga anak-cucu-cicit menakan.

Fuhh ramai la,kebetulan tahun ni semua sepupu pakat balik beraya di kampung.Memang seronok sangat bila tengok kereta bersusun,itu tandanya ramai yang balik.

Hari ni memang hari masak sedunia.Hehe sibuk dengan ketupat,rendang pahtu juadah untuk berbuka beramai-ramai lagi.Buat la simple-simple jer.

Tapi bila ramai-ramai memasak tak de la rasa teruk sangat.Itulah pentingnya kerjasama.

Namun di celah-celah kegembiraan ini datang ujian kecil buat diri ini.Mengalir juga airmata ini melaluinya namun masih mampu bersabar dan bersangka baik.

Biarlah ujian ini menjadi rahsia,tak perlu la diceritakan dengan lebih lanjut lagi di sini.

Cuma sekadar meluah isihati yang sedikit terguris.

Hanya kepada Allah tempatku berserah.

Semoga ada hikmahnya.

Sambung balik citer iftar tadi ye...pukul 7 semua dah berkumpul,makanan pun dah terhidang.

Boleh la pakat-pakat mula mengambil makanan sementara menunggu azan berkumandang.




Selesai berbuka,masing-masing apalagi...solat maghrib la plak.

Maka bermula la bunyian dan dentuman yang menyakitkan telinga di sekeliling rumah,bukan ahli rumah ni yang bermain tetapi anak2 jiran.

Alhamdulillah tahun ni dalam keluarga ni tidak ada sesiapa yang membeli atau membakar bunga api mahupun mercun.

itulah yang terbaik,anak2 saya pun tak teringin.

Oooop dah jam 12.00am,badan pun penat dah..terima kasih kerana sudi membaca sampai disini coretan menjelang syawal ini.

SELAMAT HARI RAYA buat semua sahabat yang membaca blog ini.

Maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.Semoga kita menyambut hari raya kali dengan penuh kesyukuran.

Selamat malam :)


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution