Social Icons

Betul ke Shaklee terlibat???


Assalamu'alaikum...

Salam sayang buat semua.

Tak tahu nak mula camna,bukan senang nak bagi penerangan kat semua bila berlaku salahfaham atau kekeliruan bila timbul sesuatu isu.

Apapun menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang Shaklee Independent Distributor (SID) untuk membuat penjelasan berkaitan isu ini.

Setiap kali kita dikejutkan dengan serangan2 israel terhadap negara2 islam khasnya Gaza yang sedang dizalimi sekarang ,maka isu boikot barangan akan timbul akibat sumbangan yang mereka lakukan terhadap israel.

Memang patut kita boikot senarai list syarikat yang menyumbang kepada israel tetapi boikotlah dengan ilmu bukannya dengan emosi.

Bila boikot dengan emosi maka terjadilah apa yang berlaku terhadap Shaklee Corporation baru2 ini.Sebenarnya Shaklee tak de dalam senarai pun antara syarikat yang menyumbang terhadap Israel.

Apa punca isu ini timbul?

Segala fitnah dan kekeliruan ini timbul bilamana ramai dari masyarakat kita menjadikan satu web/blog iaitu Keneseth Israel(KI) sebagai rujukan.


Lebih merumitkan apabila web ini turut meletakkan logo Shaklee Corporation.

Bertambah la kekeliruan masyarakat  dalam isu ini.

Siapa Keneseth Israel ?

Sebenarnya Keneseth Israel ni juga SID seperti saya dan teman2 yang lain juga.Dalam web tersebut , secara terang-terangan diberitahu bahawa mereka menyumbang kepada Israel/Zionist.


Logo Shaklee Corporation yang diletakkan di dalam web  tersebut sebenarnya adalah bertujuan untuk pengguna laman web tersebut membuat pembelian secara terus dari Shaklee.

Ini adalah kemudahan yang disediakan oelh Shaklee Corporation untuk setiap SID dalam proses jualbeli.

Bermakna bila anda klik pada logo tersebut anda akan dibawa kepada satu page untuk urusan jualbeli secara direct dengan Shaklee tapi diatas ID Keneseth Israel.Faham ke?

Perlu ditegaskan disini,page tersebut adalah page milik SID tersebut bukannya website rasmi Shaklee.

Setiap SID yang membuat jualan mencapai tahap yang ditentukan,maka Shaklee akan membayar dalam bentuk bonus.

Dan...bonus inilah yang Keneseth Israel sumbangkan kepada Israel.Kami juga sebagai SID yang beragama islam turut menggunakan bonus yang sama untuk menyumbang kepada Gaza atau Palestin.

Jadi bonus yang SID dapat adalah miliknya sepenuhnya.Dia berhak nak buat apa pun dengan bonus tersebut dan ianya tidak ada kaitan dengan Shaklee Corporation.

Isu ini sebenarnya bukan kali pertama timbul,malah dah berkali2,tetapi sebelum ini kami hanya mempunyai verbal explanation daripada pihak atasan Shaklee mengenai isu ini.

Alhamdulillah...semalam dengan rasminya Shaklee International membuat official announcement berhubung hal ini.

Pengesahan daripada Shaklee

Ini adalah mesej yang diterima beberapa hari sebelum Shaklee mengeluarkan penyataan secara rasmi.


Ini pula adalah penyataan rasmi Shaklee berkaitan isu sumbangan kepada Israel/Zionist.



Reply from Shaklee:-

Q: Does Shaklee Corporation contribute in funding Israeli's Military exercise on Palestine?A: No.

Q: What is your personal stand towards this issue?
A: Because this is a corporate question you and your customers and other distributors have raised now and in the past, we wanted to make it very clear that Shaklee is against violence of any kind anywhere in the world.

Shaklee is a neutral company and is not involved in any conflict, is not affiliated with any religion and is not aligned with any political party or cause.

Q: Is there any link of Shaklee and Israel / Zionist that we need to know?
A: There is none.

Sincerely
Bradford Richardson
President, Shaklee International



Saya harap apa yang saya cuba jelaskan diatas dapat menghilangkan segala kekeliruan dan salahfaham terhadap Shaklee Corporation.

Saya sendiri tak sanggup  jika apa yang saya lakukan menyumbang kearah kekejaman terhadap umat islam.

Niat saya buat bisnes biarlah memberi kebaikan kepada manusia sekeliling bukannya membawa kemudharatan atau membunuh orang lain.

Saya akan buat bisnes selagi berlandaskan agama islam dan saya mencari keberkatan dalam berbisnes.

Dan apa yang saya dapat sejak berbisnes Shaklee adalah dikelilingi orang2 yang membimbing saya kearah jalan Allah.

Bersama group MFMS menjadikan saya semakin hampir dengan Allah dan kami sama-sama mencari redhoNya dalam berbisnes.

Bagi kami bisnes bukan sekadar mengejar keuntungan semata2 tetapi kami mengejar dunia dan akhirat.

Tiada sebab lagi

Selepas ni  saya harap siapa yang berhasrat nak boikot Shaklee sebelum ni berpuas hati dengan penjelasan diatas.

Shaklee adalah HALAL.Anda boleh baca disini.

Shaklee juga adalah selamat,berkesan dan sentiasa mesra alam.

Jadi tidak ada sebab lagi untuk anda merasa takut atau berbelah bagi dengan produk Shaklee lagi.


Ok..terima kasih kerana sudi membaca sampai habis tentang isu ini.

Sila like sekiranya entry ini bermanfaat agar orang lain juga dapat manfaat yang sama.














0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution