Social Icons

Supplement tak berkesan???


Assalamu'alaikum..

Sebelum ni saya ada menulis tentang supplement shaklee tak boleh diambil?anda boleh baca di sini .Hari ni saya nak sentuh pasal betul ke supplement shaklee tak berkesan pun??

Anda adalah PENGGUNA SHAKLEE?? anda pernah tak mengalami situasi dah telan berbotol2  supplement Shaklee  tapi x nampak apa2 kesan pun.. 

Sebenarnya vitamin Shaklee adalah berkesan sekiranya kita mengamalkan segala pantang larangnya dan cara makan yang betul,sebab tu kita sebagai pengguna dinasihatkan bukan sekadar membeli tetapi juga kena bertanya bagaimana cara2 nak makan yang betul.

Bagi distributor Shaklee pula dinasihatkan bukan sekadar menjual aje tapi kena beri tunjuk ajar bagaimana nak makan vitamin dan juga jadual waktu makan bagi vitamin yang customer beli. 

Saya ambil sedikit perkongsian dari rakan Shaklee yang berkongsi di fb tentang pantang larang mengambil supplement ni.

Sekarang jom kita check  apa dia  PANTANG LARANG dalam mengambil supplement nie??

Ada beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN..

Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah…berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

PANTANG LARANG MENGAMBIL VITAMIN
 

 1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing crisis? 


Healing crisis adalah satu keadaan yang sentiasa berlaku kepada seseorang apabila baru mencuba suplimen. Healing crisis ini berlaku disebabkan oleh badan sedang mengambil masa untuk sesuaikan diri dengan suplimen tersebut. 

Ada yang baru kejap amik suplimen, terus kena healing crisis ni..ada juga yang berbulan2 amik baru dapat healing crisis ni. Makin banyak toksik dalam badan seseorang, makin lama healing crisis itu akan berlaku. Setiap orang berbeza.
Contoh healing crisis: pening2, loya, sakit2 badan, demam..

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air.





Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.

 Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.



Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.

-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:

Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa

Pesakit talasemia: Vitalea

Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. 


Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.


Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.
Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada kita agar supplement yang kita amalkan lebih berkesan terhadap tubuh kita.

~Kesihatan itu menjadi terlalu indah bila kita mula menghargainya~



0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution