Social Icons

SOLAT TERAWIH - Senaman terbaik di bulan ramadhan.


Assalamu'alaikum

Hari ni dah hari kedua ramadhan tahun ini,semoga kita semua diberikan kesihatan yang terbaik agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna.

Dah 2 malam saya berterawih sendirian dirumah.Niat dihati memang nak pergi masjid,nak berjamaah.Tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan saya tetap menjalani ibadah ini walaupun bersendirian didalam bilik.

Dibulan puasa inilah waktu terbaik untuk kita beristirehat sambil beribadah,Setelah berbuka menjamah pelbagai hidangan..ni la masanya kita membakar lemak-lemak dengan solat terawih,ibarat kita sedang bersenam.

Cuba bayangkan kalau tak solat terawih,keja apa lagi kan..makan je la sambil tengok tv.Ada orang kata dah siang puasa,waktu malam belasah la puas-puas.Lepas tu dah tak boleh nak bangun...teramat kekenyangan.Dah jadi macam ular sawa kan...bertambah la berat badan sempena raya ni..hehe jangan marah...betul pe


Waktu mana nak senaman?nak bangun pun tak larat.Waktu siang lagi la..nak senaman?fuhh  tidur ada la...

Ha solat terawih ni la senaman terbaik di bulan ramadhan ni,tambah-tambah untuk yang nak berdiet tu..memang terbaik.

20 rakaat lagi bagus.

Solat Terawih

Solat terawih sama je ngan solat sunat yang lain.Ditunaikan dua-dua rakaat bermula dengan takbir dan diakhiri dengan memberi salam.

Bacaan juga sebagaimana biasa dibaca didalam solat-solat yang lain.

Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat tidak la wajib.Ia hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan.Ia bukanlah sabit dari amalan2 nabi s.a.w secara khusus.

Niat Solat Terawih




Jom malam ni kita berterawih...ni la masanya kita nak mengadu segalanya dengan Allah,nak memohon segala hajat terpendam.Nak menambah pahala di bulan yang mulia ini.

Setahun hanya sekali.Bulan ni jer..bulan lain tak yah duk pandai -pandai nak solat terawih plak yer...




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution