Social Icons

BERUNTUNGNYA SAYA...


Assalamualaikum...

Tiba-tiba terasa nak meluahkan perasaan yang terpendam dihati plak hari ni...rasanya tak salah kalau saya berkongsi sesuatu yang baik...betul tak?

Group MFMS memang hebat

Sejak saya menyertai group ni terasa seolah-olah saya semakin berubah,sedikit demi sedikit.Kalau dulu saya apa yang dilakukan sorang-sorang je ataupun berdua dengan suami tetapi sekarang ni terasa lebih bersemangat sebab saya tahu semua ahli group ni turut melakukan aktiviti yang sama.


Contohnya solat dhuha.Dulu saya buat juga..tapi kadang-kadang tak,kiranya bukan hari-hari la..kadang-kadang tu bukan tak nak buat tapi terlepas waktu akibat kesibukan tugas harian.Lagipun tak de sapa yang tolong ingatkan pun...

Semakin manja dengan Pencipta

Tapi sejak bersama group MFMS ni..peringatan tu sentiasa ada dikalangan ahli menyebabkan saya tak sempat nak lupa.Hari-hari kalau kita sentiasa amalkan terasa best je,tiba-tiba terasa kosong bila kita tinggalkan...tak caya cuba la.



Master saya selalu ingatkan..dah solat dhuha belum?kalau belum masih sempat.Bukan dhuha je,tapi tahajud,taubat serta amalan-amalan lain.Walaupun kami sebenarnya adalah group bisnes,tapi matlamat kami adalah jutawan yang bertakwa.

Mendekatkan diri kepada pencipta...itu yang paling utama.Jaga hubungan  dengan Allah,in sha Allah,Allah akan jaga hubungan kita sesama manusia.

Jangan takut untuk memberi

Satu lagi yang amat ditekankan adalah sifat memberi.Ramai dikalangan kita lebih suka menerima daripada memberi sedangkan tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.

Kata mentor saya,memberi...memberi...memberi...in sha Allah kita akan menerima.Memberi tanpa syarat...semakin banyak kita memberi semakin banyak kita menerima.


Memberi bukan bermakna memberi wang ringgit semata-mata,tapi ia lebih luas maksudnya termasuk memberi pertolongan ,nasihat ,kata-kata perangsang,memberi waktu,dan banyak lagi yang boleh dikategorikan sebagai memberi.

Hatiku semakin kental

Dulu saya seorang yang mudah patah semangat,mudah mengalah tapi bila bersama MFMS..saya sentiasa rasa bersemangat.Sebab apa? sebab...banyak kata-kata semangat dan perangsang yang saya dapat bukan sekadar dari mentor,tapi dari rakan-rakan seperjuangan.



Sebab tu bila saya rasa give up,saya akan masuk group untuk mencari kekuatan.Rupanya kita lebih kuat bila berkumpulan kan...tak kira la dalam bisnes atau aktiviti apa skalipun.

Sekarang saya cuba amalkan apa yang mentor saya sentiasa ingatkan terutamanya hubungan dengan Allah.Terasa diri semakin tenang dan semakin positif dalam menghadapi apa jua situasi.Bila hati tenang dan diri semakin positif,in sha Allah segalanya semakin mudah.Nak sabar pun..lebih mudah..hehe.

Alhamdulillah syukur sangat Allah dekatkan diri saya dengan ramai orang-orang yang positif,orang-orang yang berjaya ,orang-orang yang menjaga hubungan dengan Allah kerana matlamat saya adalah ingin berjaya dunia dan akhirat.

Saya nak jadi jutawan bertakwa

Bila saya mula berniaga,matlamat saya adalah ingin menjadi jutawan bertakwa.. bila sebut jutawan bertakwa sudah semestinya hubungan dengan Allah terjaga dan sifat pemurah dan dermawan ada dalam dirinya..kira satu pakej la.


Dan  sekarang orang-orang seperti inilah yang Allah hadirkan dalam hidup saya saat ini.Saya kagum dengan mereka..kadang-kadang mengalir airmata membaca kisah-kisah mereka.Saya bangga bila mereka berjaya menjadi jutawan Allah tetap nombor 1 dihati mereka.Ini yang saya cari dan impikan.

Semoga impian saya tercapai..in sha Allah.

Disinilah segalanya bermula

Ebook ini banyak rahsianya..saya kenal mentor saya dan MFMS bila saya mula membaca ebook ini dan saya memilih untuk menyertai mereka.Dan sekarang saya masih bersama mereka kerana saya yakin dengan apa yang lakukan.

Jangan percaya cakap saya..baca jer ebook ni,saya tak caj pun..saya dapat pun free je..tapi ada lagi ebook yang best-best kat group ni..terlalu banyak mentor saya memberi kepada kami.Semoga rezekinya sentiasa melimpah ruah.

Baca le yang ni dulu..kalau nak baca yang lain terpaksalah join group MFMS.

Walaupun ebook ni free saya sayang sangat sebab ada sesuatu yang mengubah saya bila membacanya.Jangan tengok saja..klik link tu dan download..pahtu baca,anda akan terasa auranya.


Terima kasih kerana sudi membaca.


"Allah jadikan kehidupan kita didunia ini saling memerlukan antara satu sama lain.

Tidak ada orang yang sanggup mengatakan dia tidak memerlukan orang lain dalam hidupnya."










0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution