Social Icons

Apa salah saya???


Assalamu'alaikum...

Orang mengandung ni kan macam2 ceritanya kan..ada yang pasal alahan ,ada yang pasal mengidam pelik2...saya pula tak de la alami alahan yang teruk...alhamdulillah.

Saya pun tak der mengidam benda yang pelik2,teringin yang biasa2 aje..hihi,janji kena dapat la .Kalau tak tidur tak lena.

Sebenarnya saya nak cerita tentang hari esok dan  cerita bulan lepas,ada apa dengan esok dan bulan lepas?

Jumpa Doktor

Esok saya kena pergi klinik kesihatan jumpa doktor.Saya tak sakit pun hehe tapi saya bersalah sebab berat badan saya naik melebihi had yang ditetapkan.Makanya saya dijatuhkan hukuman.

Sebelum ni saya tak pernah diet pun,tiba2 hamil 3 bulan saya terpaksa control makan...huhu orang tengah berselera makan ni..dah kena pantau plak...harap2 doktor tak marah saya.




Ni kali kedua saya nak jumpa doktor,kali pertama jumpa untuk scan perut bulan lepas.Masa tu saya bawa skali supplement shaklee (B complek ngan Ostematrik je).

Sebenarnya ada lagi supplement shaklee untuk ibu hamil,saya tak de la bawa semua,kang doktor kata saya nak buka kedai plak...
Nak tahu tentang set hamil klik sini.

Saya nak tunjuk kat doktor,saya nak tau pendapatnya.Kalau tak tanya pun saya dah tahu Shaklee memang terbaik untuk ibu hamil.

Saja je saya nak test doktor tu...hehe..rupanya memang dia sendiri tak nafikan kebaikan supplement shaklee.,ingat nak marah tadi..

Memang terbaik la shaklee,tak dapat disangkal2 lagi .

Sembang Shaklee

Lepas tu dia plak tanya saya.."akak ni pengedar shaklee ke?"..
hehe saya senyum lagi.."a'a betul la saya pengedar shaklee?".

Sambil2 scan perut tu,dia buka cerita tentang dia plak..katanya...
"saya dah lama kahwin,tapi belum ada anak lagi..."...

Alamak apa saya nak jawab ni,orang macam ni selalunya cukup sensitif,saya takut hatinya terguris kalau saya silap cakap nanti..saya diam je.

Sambungnya lagi.."saya pernah dengar pasal GLA,yang tu untuk dapat anak kan?..

Sambil tersenyum saya menjawab.."betul la GLA dan Alfalfa.."

Apalagi saya pun berceritalah pasal GLA dan  set kesuburan  plak.Kalau anda nak tahu juga tentang Set kesuburan sila klik di sini.

saya cakap dia .."nanti doktor try la,mana tau ada rezeki...in sha Allah.."

Dia diam jer sambil menulis..saya faham perasaan dia,tiba2 rasa sebak..hati saya tersentuh.

Cuba bayangkan kerja dia kat klinik bahagian ibu mengandung dan kanak2 plak tu,tapi dia belum ada anak..dugaan besar buat dia..mesti dia sedih kan..hari2 jumpa ibu hamil,hari2 tengok baby..dia pun ada perasaan..saya tau dia nak anak..cuma belum ada rezeki lagi.

Dia manusia biasa,pasti ada masanya dia stress..saya faham..

Saya doakan satu hari nanti dia dia akan terima juga rezeki anak..Allah tu kan maha penyayang...Dia pasti bagi..cuma belum masanya.

Rindu kawan lama

Tiba2 saya teringat sorang kawan saya ni,masa saya kahwin dan hamil tahun 2004,masa tu dia dah kawin 10 tahun tapi belum ada anak..saya baru kawin terus hamil,satu lagi ujian buat dia,saya cukup berhati2 bila bercakap dengan dia.

Tapi alhamdulillah berkat kesabarannya,setahun selepas itu dia hamil..last saya contact dia tahun 2008(saya agak je,lupa la) masa tu kami dah tak kerja sekali dah..masing2 bawa diri.

Mak aiii,anak dah nak masuk 3 ,saya baru 2...saya seronok sgt dengar cerita dia,dia pun ya Allah banyak citer pasal anak,walaupun hanya melalui talifon jelas terbayang kegembiraan dia.Sekarang saya dengan dia dah terputus hubungan,no.phone hilang.

Itulah kan..siapa tahu rahsia Allah untuk setiap hambanya.Perancangan Allah ternyata lebih cantik dan hebat dari apa yang kita rancang.

Semuanya berkat sabar,kalau tak sabar macam2 hal boleh berlaku.

Kepada kawan2 yang mengalami situasi yang sama macam kawan saya dan doktor tu,satu saja kata2 saya..bersabarlah...berusahalah...berdoalah..

Hari tersebut pasti akan tiba juga.

SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jika anda suka entry ini,mohon tekan LIKE button dibawah.Semoga ianya turut memberi manfaat kepada orang lain. 


 ---------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan  
keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk 
 
di rumah ?  Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee
 

 Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
 
 Sila Like Page   : Annur Falah Solution







 





0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution