Social Icons

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN





Assalamu'laikum...

Anak saya dah berkali-kali bertanya "mama...bila nak puasa ni,tak sabar la.."

Saya pun tak tahu apa  maksud dia sebenarnya,tak sabar nak puasa..apa yang dia bayangkan sebenarnya.

Kalau zaman saya masa kecik dulu tak sabar nak puasa tu maksudnya tak sabar nak raya la..apa lagi..terbayang bunga api la,baju raya la,kuih raya la..yang paling best duit raya...heheh.Yang ni bab paling penting bagi kanak-kanak bila berhari raya.

Anak saya siap dah buat permintaan nak beli baju melayu macam upin la.Saya sendiri tak tahu macammana...kena tengok upin beraya la pulak..ada yang nak baju merah,ada yang nak warna oren...pandai betul budak-budak la kan..

Ok la tu sekurang-kurangnya mereka belajar buat keputusan untuk diri mereka,tak macam saya dulu..apa ayah beli itu yang saya pakai.Tak de banyak cakap,tapi bila sekali diberi  peluang untuk buat pilihan saya sendiri tak tahu yang mana satu...sudah fening ma..last-last...mana-mana je la.

Sebab tu saya tak kisah kalau anak-anak buat pilihan sendiri,cuma kalau pilihan itu tak sesuai saya akan terus terang kenapa dan saya bagi dia pilihan yang lebih baik.

Lor cakap pasal raya pula,sepatutnya pasal ramadhan.Ye la minggu depan nak puasa dah.Sebenarnya saya pun exited juga nak puasa ni tapi tak der la macam waktu kecik-kecik lagi.

Saya exited sebab datangnya Ramadhan..bulan yang cukup mulia dan penuh keberkatan.Satu bulan yang cukup istimewa yang mana didalamnya terdapat Lailatul Qadar yang menjadi buruan muslimin muslimat setiap tahun.Saya juga mengimpikannya.

Saya tak sabar menyambut ramadhan tahun ini kerana saya rasa terlalu banyak yang nak saya bicarakan dengan Allah.Terlalu banyak permintaan saya dan bulan ramadhan adalah masa yang cukup sesuai dan mustajab untuk doa.Pastinya saya takkan lepaskan peluang ini.

Saya harap tahun ini ramadhan saya lebih sempurna dari tahun-tahun lepas.Saya akan cuba sempurnakannya.

Tahun ni saya berpuasa bersama supplement Shaklee.Semoga saya dan kandungan sentiasa sihat dan bertenaga menjalani ibadah puasa ini.Ini baru dikatakan melentur buluh biar dari rebungnya...hehe
Kita puasa yer sayang...


Antara supplement yang dicadangkan sempena Ramadhan

Kalau anda juga nak kekalkan kesihatan dan kecergasan dibulan puasa ni,ha elok sangat ambik Set Mighty 3 Gems ni.

Harapan Ramadhan 

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



Selamat berpuasa diucapkan kepada semua pembaca blog Amnurhuda.

Sama-sama kita isikan ramadhan kali ini dengan ibadah-ibadah yang terbaik dan semoga segala amalan kita diterima Allah.

Semoga kita dapat yang terbaik di ramadhan kali ini.

Pesanan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan sempena bulan ramadhan... jangan terlalu ikut nafsu makan sehingga berlaku pembaziran.


SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERAMAL 

Anda nak tahu lebih lanjut tentang  Mighty 3 Gems??Klik  dibawah

ESP           MEALSHAKE        PERFOMANCE


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution