Social Icons

SOLAT TERAWIH - Senaman terbaik di bulan ramadhan.


Assalamu'alaikum

Hari ni dah hari kedua ramadhan tahun ini,semoga kita semua diberikan kesihatan yang terbaik agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna.

Dah 2 malam saya berterawih sendirian dirumah.Niat dihati memang nak pergi masjid,nak berjamaah.Tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan saya tetap menjalani ibadah ini walaupun bersendirian didalam bilik.

Dibulan puasa inilah waktu terbaik untuk kita beristirehat sambil beribadah,Setelah berbuka menjamah pelbagai hidangan..ni la masanya kita membakar lemak-lemak dengan solat terawih,ibarat kita sedang bersenam.

Cuba bayangkan kalau tak solat terawih,keja apa lagi kan..makan je la sambil tengok tv.Ada orang kata dah siang puasa,waktu malam belasah la puas-puas.Lepas tu dah tak boleh nak bangun...teramat kekenyangan.Dah jadi macam ular sawa kan...bertambah la berat badan sempena raya ni..hehe jangan marah...betul pe


Waktu mana nak senaman?nak bangun pun tak larat.Waktu siang lagi la..nak senaman?fuhh  tidur ada la...

Ha solat terawih ni la senaman terbaik di bulan ramadhan ni,tambah-tambah untuk yang nak berdiet tu..memang terbaik.

20 rakaat lagi bagus.

Solat Terawih

Solat terawih sama je ngan solat sunat yang lain.Ditunaikan dua-dua rakaat bermula dengan takbir dan diakhiri dengan memberi salam.

Bacaan juga sebagaimana biasa dibaca didalam solat-solat yang lain.

Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat tidak la wajib.Ia hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan.Ia bukanlah sabit dari amalan2 nabi s.a.w secara khusus.

Niat Solat Terawih




Jom malam ni kita berterawih...ni la masanya kita nak mengadu segalanya dengan Allah,nak memohon segala hajat terpendam.Nak menambah pahala di bulan yang mulia ini.

Setahun hanya sekali.Bulan ni jer..bulan lain tak yah duk pandai -pandai nak solat terawih plak yer...




COACHING BLOGGER


Assalamu'alaikum....

Malam ni ada coaching dengan master saya dan ahli group MFMS BLOGGER.Saya ada berkongsi sebelum ni tentang group MFMS,sila baca disini.

Walaupun saya terlewat membaca pengumuman tentang sessi coaching ni,alhamdulillah saya tak terlepas dan sempat mengikutinya sehingga selesai.

Group ni memang happening,best sangat...enjoy,semua sporting.Terlalu banyak sharing sampai saya tak terkejar,dah la handphone pun sekali skala macam kura-kura berjalan.

Tapi tak pa,saya follow juga walaupun pelan-pelan.

Apa yang kami bincangkan adalah berkaitan cara menulis blog dengan lebih berkesan.

Sebenarnya saya pun masih baru dalam dunia blog,jadi banyak yang kena saya belajar lagi.Dengan adanya group ni rasa beruntungnya saya sebab banyak yang dapat saya belajar dan banyak dapat ilmu-ilmu berkaitan blog.

Antara yang ditekankan oleh mentor kami apabila menulis blog adalah menulis dari hati.Kongsikan keseronokan kita setiap hari.

Bila kita menulis dari hati..sesuatu yang ditulis tu nampak lebih ikhlas dan rasa seronok membaca.

Orang seronok bila kita banyak memberi,beri motivasi dan inspirasi,berkongsi ilmu berkaitan sesuatu bidang yang kita pakar ,atau berkongsi apa saja yang memberi manfaat kepada orang yang membaca,jadi berkongsilah..memberi...memberi dan terus memberi.

Sebenarnya banyak lagi tip-tip yang dikongsikan bersama dalam group telegram tadi..seperti tiruvasi,teknik jemput-jemput,macammana nak pilih tajuk yang power untuk entry kita dan banyak lagi la.

Kalau ikutkan hati semua ahli tak nak tidur,nak coaching je terus..sebab makin lama makin panas...fuhh..berbisa!

Hampir melebihi 2 jam bercoaching,akhirnya mentor pun mengalah dah..terpaksa la anak-anak melepaskan.Tapi tak pa kami tak berhenti di situ je,bukan noktah lagi...koma je.

Andai ada sumur diladang..
Boleh hamba menumpang mandi..
Andai ada umur yang panjang..
Boleh kita berjumpa lagi.

Master kata nanti kita sambung lagi....best-best...akan ku tungguuuuu


Terima kasih kerana sudi membaca.

Nurul,
Empayar MFMS..
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia












AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN





Assalamu'laikum...

Anak saya dah berkali-kali bertanya "mama...bila nak puasa ni,tak sabar la.."

Saya pun tak tahu apa  maksud dia sebenarnya,tak sabar nak puasa..apa yang dia bayangkan sebenarnya.

Kalau zaman saya masa kecik dulu tak sabar nak puasa tu maksudnya tak sabar nak raya la..apa lagi..terbayang bunga api la,baju raya la,kuih raya la..yang paling best duit raya...heheh.Yang ni bab paling penting bagi kanak-kanak bila berhari raya.

Anak saya siap dah buat permintaan nak beli baju melayu macam upin la.Saya sendiri tak tahu macammana...kena tengok upin beraya la pulak..ada yang nak baju merah,ada yang nak warna oren...pandai betul budak-budak la kan..

Ok la tu sekurang-kurangnya mereka belajar buat keputusan untuk diri mereka,tak macam saya dulu..apa ayah beli itu yang saya pakai.Tak de banyak cakap,tapi bila sekali diberi  peluang untuk buat pilihan saya sendiri tak tahu yang mana satu...sudah fening ma..last-last...mana-mana je la.

Sebab tu saya tak kisah kalau anak-anak buat pilihan sendiri,cuma kalau pilihan itu tak sesuai saya akan terus terang kenapa dan saya bagi dia pilihan yang lebih baik.

Lor cakap pasal raya pula,sepatutnya pasal ramadhan.Ye la minggu depan nak puasa dah.Sebenarnya saya pun exited juga nak puasa ni tapi tak der la macam waktu kecik-kecik lagi.

Saya exited sebab datangnya Ramadhan..bulan yang cukup mulia dan penuh keberkatan.Satu bulan yang cukup istimewa yang mana didalamnya terdapat Lailatul Qadar yang menjadi buruan muslimin muslimat setiap tahun.Saya juga mengimpikannya.

Saya tak sabar menyambut ramadhan tahun ini kerana saya rasa terlalu banyak yang nak saya bicarakan dengan Allah.Terlalu banyak permintaan saya dan bulan ramadhan adalah masa yang cukup sesuai dan mustajab untuk doa.Pastinya saya takkan lepaskan peluang ini.

Saya harap tahun ini ramadhan saya lebih sempurna dari tahun-tahun lepas.Saya akan cuba sempurnakannya.

Tahun ni saya berpuasa bersama supplement Shaklee.Semoga saya dan kandungan sentiasa sihat dan bertenaga menjalani ibadah puasa ini.Ini baru dikatakan melentur buluh biar dari rebungnya...hehe
Kita puasa yer sayang...


Antara supplement yang dicadangkan sempena Ramadhan

Kalau anda juga nak kekalkan kesihatan dan kecergasan dibulan puasa ni,ha elok sangat ambik Set Mighty 3 Gems ni.

Harapan Ramadhan 

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



Selamat berpuasa diucapkan kepada semua pembaca blog Amnurhuda.

Sama-sama kita isikan ramadhan kali ini dengan ibadah-ibadah yang terbaik dan semoga segala amalan kita diterima Allah.

Semoga kita dapat yang terbaik di ramadhan kali ini.

Pesanan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan sempena bulan ramadhan... jangan terlalu ikut nafsu makan sehingga berlaku pembaziran.


SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERAMAL 

Anda nak tahu lebih lanjut tentang  Mighty 3 Gems??Klik  dibawah

ESP           MEALSHAKE        PERFOMANCE


PERFOMANCE-Rahsia Kekal Bertenaga


Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah dipanjangkan umur dapat lagi saya menulis di blog ini.Semoga semua pembaca blog amnurhuda juga sentiasa sihat dan senyum sokmo :)

Hari ni saya nak bercerita tentang minuman tenaga atau minuman sukan yang pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat.




Perfomance juga telah direka khusus dan menjadi pilihan utama para angkasawan NASA,Amerika Syarikat,Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka.Ini kerana minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam sukan atau aktiviti pengembaraan.

Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda,memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.

Berbanding dengan minuman sukan yang lain,Perfomance mempunyai lebih 67% otot glikogen(sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Manfaat Utama Perfomance:

1. Meningkatkan Daya ketahanan badan-memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat,menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal,meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

2.Membekal tenaga &daya ketahanan fizikal .

3.Mencegah penyahhidratan - mengurangkan kehausan,mencegah penyahhidratan,melembabkan kulit dan kelihatan muda.

4.Mengekalkan paras gula- Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.


Golongan yang sesuai mengambil Perfomance sebagai hidangan :


  • Para atlet
  • Mereka yang berpuasa
  • Sebelum dan selepas pembedahan
  • Mereka yang suka tidur lewat malam
  • Orang yang keletihan
  • cirit-birit
  • Tiada selera makan
  • Rendah paras gula
  • Kepeningan
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu

Testimoni penggemar Perfomance 











Perfomance sesuai diminum pada bila-bila masa dan dimana sahaja.Enak diminum begitu sahaja atau dicampurkan bersama minuman lain.


Jadikan Perfomance minuman enak seisi keluarga.Minggu depan dah nak puasa.Set yang amat digalakkan sempena puasa ialah set Mighty 3 Gems ( Performance,ESP dan Mealshake).Ha elok la tu..boleh buat persiapan dari sekarang,nanti tak de la lesu je dibulan puasa.


Terima kasih kerana sudi membaca.

Jika anda suka entry ini,mohon tekan LIKE button dibawah.Semoga ianya turut memberi manfaat kepada orang lain. 

 ---------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan  
keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk 
 
di rumah ?  Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee
 

 Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
 
 Sila Like Page   : Annur Falah Solution





KU SANGKA ORANG GILA..


Assalamu'alaikum...

Entry kali ni saya copy paste je dari posting kat facebook,bagi saya kisah ni cukup menyentuh hati saya.

Bila saya membaca kisah ni tanpa saya sedar airmata saya bergenang sehingga melimpahi pipi...ya Allah kenapa tiba-tiba saya jadi sensitif sangat ni.Adakah disebabkan kehamilan saya sebab saya dengar ramai orang kata ibu mengandung ni sensitif.

Saya terpaksa berhenti membaca kisah ni sebab dah tak tertahan,jadi saya menangis la dulu puas-puas.Bila dah redha baru saya sambung balik pembacaan saya sampai habis.

Sungguh tersentuh,sungguh terharu.

Sebenarnya saya dah share kisah ni kat facebook minggu lepas lagi,tapi hari ni tergerak dihati saya nak cari balik dan kongsikan kat blog pula.Lain kali senang kalau saya nak baca semula kerana kisah ni banyak memberi keinsafan kepada kita .

Semoga perkongsian saya di blog turut menyentuh lebih ramai lagi insan diluar sana agar kita tidak terlalu memandang rendah kepada orang lain.

Jangan sangka luaran kita hebat,maka kita hebat pada pandangan Allah,kerana di sisi Allah hanya iman dan takwa yang membezakan kita.Dari sudut lain kita sama saja.


gambar sekadar hiasan



Ku Sangka Orang Gila

......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain peli
kat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)

Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt.



Sila SHARE Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat Untuk Orang Lain. 


BERUNTUNGNYA SAYA...


Assalamualaikum...

Tiba-tiba terasa nak meluahkan perasaan yang terpendam dihati plak hari ni...rasanya tak salah kalau saya berkongsi sesuatu yang baik...betul tak?

Group MFMS memang hebat

Sejak saya menyertai group ni terasa seolah-olah saya semakin berubah,sedikit demi sedikit.Kalau dulu saya apa yang dilakukan sorang-sorang je ataupun berdua dengan suami tetapi sekarang ni terasa lebih bersemangat sebab saya tahu semua ahli group ni turut melakukan aktiviti yang sama.


Contohnya solat dhuha.Dulu saya buat juga..tapi kadang-kadang tak,kiranya bukan hari-hari la..kadang-kadang tu bukan tak nak buat tapi terlepas waktu akibat kesibukan tugas harian.Lagipun tak de sapa yang tolong ingatkan pun...

Semakin manja dengan Pencipta

Tapi sejak bersama group MFMS ni..peringatan tu sentiasa ada dikalangan ahli menyebabkan saya tak sempat nak lupa.Hari-hari kalau kita sentiasa amalkan terasa best je,tiba-tiba terasa kosong bila kita tinggalkan...tak caya cuba la.



Master saya selalu ingatkan..dah solat dhuha belum?kalau belum masih sempat.Bukan dhuha je,tapi tahajud,taubat serta amalan-amalan lain.Walaupun kami sebenarnya adalah group bisnes,tapi matlamat kami adalah jutawan yang bertakwa.

Mendekatkan diri kepada pencipta...itu yang paling utama.Jaga hubungan  dengan Allah,in sha Allah,Allah akan jaga hubungan kita sesama manusia.

Jangan takut untuk memberi

Satu lagi yang amat ditekankan adalah sifat memberi.Ramai dikalangan kita lebih suka menerima daripada memberi sedangkan tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.

Kata mentor saya,memberi...memberi...memberi...in sha Allah kita akan menerima.Memberi tanpa syarat...semakin banyak kita memberi semakin banyak kita menerima.


Memberi bukan bermakna memberi wang ringgit semata-mata,tapi ia lebih luas maksudnya termasuk memberi pertolongan ,nasihat ,kata-kata perangsang,memberi waktu,dan banyak lagi yang boleh dikategorikan sebagai memberi.

Hatiku semakin kental

Dulu saya seorang yang mudah patah semangat,mudah mengalah tapi bila bersama MFMS..saya sentiasa rasa bersemangat.Sebab apa? sebab...banyak kata-kata semangat dan perangsang yang saya dapat bukan sekadar dari mentor,tapi dari rakan-rakan seperjuangan.



Sebab tu bila saya rasa give up,saya akan masuk group untuk mencari kekuatan.Rupanya kita lebih kuat bila berkumpulan kan...tak kira la dalam bisnes atau aktiviti apa skalipun.

Sekarang saya cuba amalkan apa yang mentor saya sentiasa ingatkan terutamanya hubungan dengan Allah.Terasa diri semakin tenang dan semakin positif dalam menghadapi apa jua situasi.Bila hati tenang dan diri semakin positif,in sha Allah segalanya semakin mudah.Nak sabar pun..lebih mudah..hehe.

Alhamdulillah syukur sangat Allah dekatkan diri saya dengan ramai orang-orang yang positif,orang-orang yang berjaya ,orang-orang yang menjaga hubungan dengan Allah kerana matlamat saya adalah ingin berjaya dunia dan akhirat.

Saya nak jadi jutawan bertakwa

Bila saya mula berniaga,matlamat saya adalah ingin menjadi jutawan bertakwa.. bila sebut jutawan bertakwa sudah semestinya hubungan dengan Allah terjaga dan sifat pemurah dan dermawan ada dalam dirinya..kira satu pakej la.


Dan  sekarang orang-orang seperti inilah yang Allah hadirkan dalam hidup saya saat ini.Saya kagum dengan mereka..kadang-kadang mengalir airmata membaca kisah-kisah mereka.Saya bangga bila mereka berjaya menjadi jutawan Allah tetap nombor 1 dihati mereka.Ini yang saya cari dan impikan.

Semoga impian saya tercapai..in sha Allah.

Disinilah segalanya bermula

Ebook ini banyak rahsianya..saya kenal mentor saya dan MFMS bila saya mula membaca ebook ini dan saya memilih untuk menyertai mereka.Dan sekarang saya masih bersama mereka kerana saya yakin dengan apa yang lakukan.

Jangan percaya cakap saya..baca jer ebook ni,saya tak caj pun..saya dapat pun free je..tapi ada lagi ebook yang best-best kat group ni..terlalu banyak mentor saya memberi kepada kami.Semoga rezekinya sentiasa melimpah ruah.

Baca le yang ni dulu..kalau nak baca yang lain terpaksalah join group MFMS.

Walaupun ebook ni free saya sayang sangat sebab ada sesuatu yang mengubah saya bila membacanya.Jangan tengok saja..klik link tu dan download..pahtu baca,anda akan terasa auranya.


Terima kasih kerana sudi membaca.


"Allah jadikan kehidupan kita didunia ini saling memerlukan antara satu sama lain.

Tidak ada orang yang sanggup mengatakan dia tidak memerlukan orang lain dalam hidupnya."










Tolonglah....jangan racuni dirimu lagi.


Assalamualaikum...



Hari ni tergerak dihati nak bercakap pasai rokok.Bukan apa hati saya kadang2 pelik ,hairan malah membuatkan saya berfikir tak henti2 pasai rokok ni.Apa yang best sangat rokok ni????sampai susah sangat orang nak tinggalkannya..

Rokok...cuma hisap je..pahtu kuar asap,habis sekotak pun saya rasa takkan kenyang ...sebab saya tak pernah dengar pun orang yang abih merokok dia cakap alhamdulillah..,



Untuk pengetahuan semua ,kos rawatan pesakit yang menghidap 3 penyakit berkaitan merokok mencecah RM3 billion setahun,kira2 17% daripada perbelanjaan perkhidmatan kesihatan negara(1 Oktober 2006 BH).Jumlah ini kira2 0.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)negara.

Banyak kan?maknanya semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang membunuh diri sendiri.Sedar ke buat2 tak sedar ni??

Nak tahu 3 penyakit tu apa?Itulah penyakit jantung karonari,kanser paru2 dan penyakit sekatan saluran pernafasan kronik(COAD).
Semua ni adalah berkaitan dan berpunca dari rokok dan semuanya antara penyebab kematian.


Kajian penyelidik dari tiga fakulti perubatan universiti tempatan dan Kementerian Kesihatan,mendapati kos tu turut meliputi 27% daripada peruntukan Kementerian Kesihatan pada tahun 2004.

Kata Profesor ekonomi kesihatan,Fakulti Perubatan,UKM,Dr.Sayed Mohamed Al-Juned,setiap penghidap jantung karonari membelanjakan RM22,000 setahun untuk dapatkan rawatan.

Penghidap Kanser paru pula belanja sebanyak RM45,000 dan penghidap COAD sebanyak RM32,000.


Kata Dr.Sayed lagi,"kos itu sangat besar dan membazir untuk merawat penyakit yang sepatutnya dapat dielakkan dengan tak payah merokok".

Itu baru untuk 3 penyakit sedangkan penyakit yang berkaitan merokok ada antara 150 -200 penyakit.



Bayangkan betapa banyak sumber dan nyawa dapat diselamatkan.Negara kehilangan produktiviti kalau tabiat  ini tak dihapuskan.

Tak insaf lagi...memang sayang kan nak tinggalkan tabiat ni kalau dah terjebak. Nasihat saya kepada yang belum merasa bahang merokok ni lebih baik jangan duk nak cuba2 sebab kalau dah cuba takut terkena badinya..susah nak buang.

Lagi takut...baru2 ni tergempar..






INGAT!!!

MENCEGAH  ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT.

Kalau rasa tak insaf lagi,kalau duk teringin juga nak cuba merokok ni ,sebelum tu jom kita  dengar dulu apa kata ustaz dan alim ulama tentang hukum merokok ni dan apa kesannya.




 Dah tu nak merokok juga?tak nak berhenti lagi?tolonglah...jangan racuni dirimu lagi kerana dirimu cukup berharga.Sayangi diri sendiri dan juga orang2 tersayang..jangan biarkan kerana sikapmu orang sekelilingmu turut merasa tempiasnya.

Maafkan saya kerana membebel pasai rokok ni...saya membebel kerana saya sayang...sayang anda semua.

Selalunya kaum lelaki lah yang merokok tapi jangan pelik sebab sekarang kaum wanita pun dah ada yang berjinak2 dengan rokok..
Bagi saya wanita yang merokok hilanglah kecantikan dalam dirinya.


Kalau anda serius nak berhenti merokok saya akan cuba membantu dengan izin Allah.

Ramai yang telah merasai dan mengakui bahawa Vivix Shaklee mampu membantu seseorang dalam proses berhenti merokok.Yang penting sejauh mana keinginan kita nak berhenti merokok?

Nak seribu daya,tak nak seribu alasan.Yang penting ada usaha dan doa.




 Hanya 1 sudu teh saja setiap malam in shaAllah keinginan merokok sedikit demi sedikit akan lenyap.

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jika anda suka entry ini,mohon tekan LIKE button dibawah.Semoga ianya turut memberi manfaat kepada orang lain. 

Akhir sekali jom kita layan video ni...klik sini.


 ---------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan  
keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk 
 
di rumah ?  Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee
 

 Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
 
 Sila Like Page   : Annur Falah Solution
















Berhenti Merokok dengan VIVIX Shaklee



Apa salah saya???


Assalamu'alaikum...

Orang mengandung ni kan macam2 ceritanya kan..ada yang pasal alahan ,ada yang pasal mengidam pelik2...saya pula tak de la alami alahan yang teruk...alhamdulillah.

Saya pun tak der mengidam benda yang pelik2,teringin yang biasa2 aje..hihi,janji kena dapat la .Kalau tak tidur tak lena.

Sebenarnya saya nak cerita tentang hari esok dan  cerita bulan lepas,ada apa dengan esok dan bulan lepas?

Jumpa Doktor

Esok saya kena pergi klinik kesihatan jumpa doktor.Saya tak sakit pun hehe tapi saya bersalah sebab berat badan saya naik melebihi had yang ditetapkan.Makanya saya dijatuhkan hukuman.

Sebelum ni saya tak pernah diet pun,tiba2 hamil 3 bulan saya terpaksa control makan...huhu orang tengah berselera makan ni..dah kena pantau plak...harap2 doktor tak marah saya.




Ni kali kedua saya nak jumpa doktor,kali pertama jumpa untuk scan perut bulan lepas.Masa tu saya bawa skali supplement shaklee (B complek ngan Ostematrik je).

Sebenarnya ada lagi supplement shaklee untuk ibu hamil,saya tak de la bawa semua,kang doktor kata saya nak buka kedai plak...
Nak tahu tentang set hamil klik sini.

Saya nak tunjuk kat doktor,saya nak tau pendapatnya.Kalau tak tanya pun saya dah tahu Shaklee memang terbaik untuk ibu hamil.

Saja je saya nak test doktor tu...hehe..rupanya memang dia sendiri tak nafikan kebaikan supplement shaklee.,ingat nak marah tadi..

Memang terbaik la shaklee,tak dapat disangkal2 lagi .

Sembang Shaklee

Lepas tu dia plak tanya saya.."akak ni pengedar shaklee ke?"..
hehe saya senyum lagi.."a'a betul la saya pengedar shaklee?".

Sambil2 scan perut tu,dia buka cerita tentang dia plak..katanya...
"saya dah lama kahwin,tapi belum ada anak lagi..."...

Alamak apa saya nak jawab ni,orang macam ni selalunya cukup sensitif,saya takut hatinya terguris kalau saya silap cakap nanti..saya diam je.

Sambungnya lagi.."saya pernah dengar pasal GLA,yang tu untuk dapat anak kan?..

Sambil tersenyum saya menjawab.."betul la GLA dan Alfalfa.."

Apalagi saya pun berceritalah pasal GLA dan  set kesuburan  plak.Kalau anda nak tahu juga tentang Set kesuburan sila klik di sini.

saya cakap dia .."nanti doktor try la,mana tau ada rezeki...in sha Allah.."

Dia diam jer sambil menulis..saya faham perasaan dia,tiba2 rasa sebak..hati saya tersentuh.

Cuba bayangkan kerja dia kat klinik bahagian ibu mengandung dan kanak2 plak tu,tapi dia belum ada anak..dugaan besar buat dia..mesti dia sedih kan..hari2 jumpa ibu hamil,hari2 tengok baby..dia pun ada perasaan..saya tau dia nak anak..cuma belum ada rezeki lagi.

Dia manusia biasa,pasti ada masanya dia stress..saya faham..

Saya doakan satu hari nanti dia dia akan terima juga rezeki anak..Allah tu kan maha penyayang...Dia pasti bagi..cuma belum masanya.

Rindu kawan lama

Tiba2 saya teringat sorang kawan saya ni,masa saya kahwin dan hamil tahun 2004,masa tu dia dah kawin 10 tahun tapi belum ada anak..saya baru kawin terus hamil,satu lagi ujian buat dia,saya cukup berhati2 bila bercakap dengan dia.

Tapi alhamdulillah berkat kesabarannya,setahun selepas itu dia hamil..last saya contact dia tahun 2008(saya agak je,lupa la) masa tu kami dah tak kerja sekali dah..masing2 bawa diri.

Mak aiii,anak dah nak masuk 3 ,saya baru 2...saya seronok sgt dengar cerita dia,dia pun ya Allah banyak citer pasal anak,walaupun hanya melalui talifon jelas terbayang kegembiraan dia.Sekarang saya dengan dia dah terputus hubungan,no.phone hilang.

Itulah kan..siapa tahu rahsia Allah untuk setiap hambanya.Perancangan Allah ternyata lebih cantik dan hebat dari apa yang kita rancang.

Semuanya berkat sabar,kalau tak sabar macam2 hal boleh berlaku.

Kepada kawan2 yang mengalami situasi yang sama macam kawan saya dan doktor tu,satu saja kata2 saya..bersabarlah...berusahalah...berdoalah..

Hari tersebut pasti akan tiba juga.

SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jika anda suka entry ini,mohon tekan LIKE button dibawah.Semoga ianya turut memberi manfaat kepada orang lain. 


 ---------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan  
keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk 
 
di rumah ?  Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee
 

 Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
 
 Sila Like Page   : Annur Falah Solution







 





BUAT MASKER DENGAN VITAMIN E


Assalamu'alaikum...

Sapa yang suka buat dan pakai masker? Dengan vitamin Shaklee juga ada yang boleh dibuat masker.

Hari ni meh kita buat masker dengan menggunakan vitamin E Shaklee.

Cara Pertama.

1.Mula2 ambik sebiji vitamin e 

2.Ambik jarum dan cucuk vitamin e ni sehingga nampak keluar minyak.

3.Lepas tu sapu la kat muka,kat tempat2 berparut tu.Boleh juga diletakkan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Cara ke dua.

1. Gunakan 1 sudu yogurt perisa asli sebagai base masker.

2.Tambah 1/2  sudu besar ESP kedalam yogurt dan gaul rata.

3. 1 biji vitamin e diambil minyaknya.

Gaul ketiga2 bahan sehingga rata dan sapukan sebagai masker.






Selamat mencuba.Amalkan setiap malam sebelum tidur.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jika anda suka entry ini,mohon tekan LIKE button dibawah.Semoga ianya turut memberi manfaat kepada orang lain. 


 ---------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan  
keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk 
 
di rumah ?  Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee
 

 Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
 
 Sila Like Page   : Annur Falah Solution







VITAMIN E


Assalamu'alaikum..diharapkan semua pembaca blog AmirNurul sentiasa dalam keadaan yang ceria.

Kalau sebut pasal cantik semua orang mesti suka kan,sapa yang tak suka sesuatu yang cantik...tak kira la baju ke,kasut ke,orang ke,apa2 je la...

Sebenarnya semua yang Allah cipta ada kecantikan yang tersendiri.Cuba tengok baby yang baru lahir..comel je kan..mana ada jerawat atau parut2.kulit licin je...

Tapi kita berubah bila mula membesar,kebanyakannya berpunca dari pemakanan dan pesekitaran kita.Mula la hadirnya jerawat2,parut2 dan luka2 ,kulit kusam dan sebagainya.

Jadi sudah menjadi hak kita untuk menjaga kecantikan kita.Bukan sekadar cantik diluar malah cantik didalam juga.

Hari ini saya nak kongsikan tentang khasiat Vitamin E.
 

Tahukah anda  untuk mendapatkan khasiat 400IU Vitamin E ( bersamaan dengan sebiji capsule Vitamin E Shaklee) anda perlu makan:

1 kilogram gandum
500ml minyak safflower
8kg badam
500g badam

Ada juga yang membezakan antara Vitamin E yang berada di pasaran, dengan Vitamin E Complex Shaklee.


[Jadi berhati-hati apabila memilih vitamin dan lihat label, biasanya ia dilabelkan dengan huruf "l" bagi vitamin sintetik yang membahayakan tubuh badan, berbanding huruf "d" bagi  vitamin semulajadi.]


 Vita-E Complex Shaklee diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum (yang kaya dengan Vitamin E), dihasilkan dari jenis d-alpha tocopherol dan digabungkan dengan 8 jenis Vitamin E yang lain (alpha, beta, gamma, delta). 

Setiap kapsul Vita-E Complex Shaklee mengandungi 400IU. Ia juga mengandungi 10mg Selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap Vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu otot. 

Selain itu, ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina. 

Ini membuatkan Vita-E Complex Shaklee adalah Vitamin E yang paling lengkap di pasaran.


KEBAIKAN PENGAMBILAN VITA-E COMPLEX : 

1. Vita-E Complex tidak sempurna tanpa Selenium. Pengambilan Vita-E Complex haruslah lengkap dengan Selenium untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum. Tanpa Selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.



2. Melindungi jantung dengan pengambilan 800IU sehari. Ia melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat pada dinding arteri, menghalang anemia, penyakit jantung dan lain2.



3.Vitamin untuk awet muda (anti-penuaan). 1 kapsul Vita-E Complex sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, jeragat, garis halus, parut, dan bintik penuaan. Ia juga mampu memulihkan tekstur dan tona kulit, dada, otot dan peha dan membantu mengurangkan jerawat dan menyerikan kulit. 





4.  Membantu menghalang sunburn sekiranya diambil bersama2 vitamin C.
5. Antioksidan yang kuat. Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambat pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas, memperbaiki masalah oksidasi-katarak dan masalah penglihatan.



6. Membantu mempercepatkan proses pembaikan luka. Oleh itu, ianya amat sesuai bagi ibu-ibu menyusu yang mengalami masalah nipple crack atau puting melecet. Pengambilan Vita-E Complex secara teratur dapat mencerahkan bahagian puting yang telah menjadi gelap berikutan kehamilan serta mengurangkan kesan regangan kulit atau stretch mark.



7. Membantu mengekalkan kelembapan kulit dan seterusnya mengelakkan kekeringan, kegatalan dan kulit yang merekah.



8. Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan atau parut jerawat.



9. Vita-E Complex menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat.



10. Mengatasi masalah kedinginan atau low sex drive yang sering dialami oleh ibu-ibu menyusu berikutan kehadiran hormon prolaktin yang tinggi. Ia juga merangsang LIBIDO (keinginan seks) yang membantu merawat masalah kedinginan suami isteri.  Sebab itulah Vita-E Complex turut dikenali sebagai vitamin cinta.



11. Vita-E Complex boleh meningkatkan kesuburan, bukan sahaja wanita malah ia juga menambah pengeluaran air mani lelaki. Membantu mereka yang mempunyai masalah Low Count Sperm.

12. Membantu meningkatkan kesuburan. Kajian pada tahun 1924 mendapati Vita-E Complex mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU Vita-E Complex sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. sekaligus meningkatkan peluang kepada yang ingin mendapatkan zuriat. 



13. Menghalang risiko penyakit Alzheimer dengan pengambilan sekurang-kurangnya 400IU sehari.



14. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu dan sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome (PMS) dan penyakit fibrocystic buah dada. Bagi mereka yang sering menghadapi senggugut yang teruk, sehingga berguling-guling disebabkan sakit perut, bolehlah mencuba Vita-E Complex dan GLA.

Masker vitamin E
Selain dimakan Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker untuk mengurangkan parut2 dan menjadikan kulit semakin  cantik dan licin.

Nak tahu cara nak buat masker vitamin E ?? klik sini.

AWAS!!!

1. Elakkan pengambilan vitamin e bersama alfalfa kerana alfalfa akan mengganggu penyerapan vitamin e.

2. Vitamin e tidak digalakkan untuk wanita hamil kerana vitamin e mengandungi antioksidan yang tinggi dikhuatiri akan memberi kesan kepada baby dalam kandungan.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jika anda suka entry ini,mohon tekan LIKE button dibawah.Semoga ianya turut memberi manfaat kepada orang lain. 

 ---------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan  
keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk 
 
di rumah ?  Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee
 

 Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
 
 Sila Like Page   : Annur Falah Solution



 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution