Social Icons

BETUL KE SUPLEMENT SHAKLEE TIDAK BOLEH DIAMBIL!!


Assalamu'alaikum...

Kali ni saya nak menulis plak tentang kenapa tak boleh ambik supplement Shaklee?bukankah selama ni saya yang selalu duk sarankan supplement Shaklee adalah yang terbaik.

Ya memang betul.Shaklee yang terbaik..sebab ianya supplement semulajadi.
Sentiasa selamat...Sentiasa berkesan dan Sentiasa mesra alam.


Sebenarnya supplement Shaklee memang tak boleh diambil oleh mereka  yang ada tanda tanda seperti dibawah:


1.Jangan ambil Alfalfa atau Vitalea sekiranya anda seorang pesakit Systemic lupus erythematosus atau selalunya dipanggil SLE atau Lupus. 


Ini kerana dalam kedua-dua produk ini mengandungi Alfalfa yang mungkin akan menyebabkan simptom-simptom Lupus menjadi lebih teruk.

2.Jangan ambil Vitalea atau Alfalfa sekiranya anda seorang pesakit Talasemia. Ini adalah kerana kedua-dua produk ini mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi dan mungkin mengakibatkan komplikasi dalam pesakit Talasemia.

3. Jangan ambil GLA, Alfalfa, Vivix, Collagen Powder atau Vitamin E sekiranya anda sedang mengandung. Ini kerana produk-produk tersebut mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi dan ada yang mungkin akan mengganggu paras hormon tubuh kita. Pengambilan produk-produk tersebut semasa mengandung dikhuatiri boleh menyebabkan keguguran.


Untuk ibu mengandung disarankan mengambil SET HAMIL SHAKLEE.sila klik untuk keterangan lanjut.

4.Jangan beri supplement Shaklee kepada kanak-kanak yang berusia bawah setahun. Kanak-kanak yang berusia bawah setahun sepatutnya tidak diberi makan atau minum apa-apa yang terlalu kompleks kerana sistem penghadaman mereka belum lagi berkembang sepenuhnya dan tidak mampu memproses bahan-bahan tersebut.

Apa yang terbaik untuk mereka adalah susu ibu.Klik sini untuk mengetahui tentang supplement yang sesuai untuk ibu menyusu.



Berilmu dan beramal.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Semoga bermanfaat buat semua.



0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution