Social Icons

BETUL KE SUPLEMENT SHAKLEE TIDAK BOLEH DIAMBIL!!


Assalamu'alaikum...

Kali ni saya nak menulis plak tentang kenapa tak boleh ambik supplement Shaklee?bukankah selama ni saya yang selalu duk sarankan supplement Shaklee adalah yang terbaik.

Ya memang betul.Shaklee yang terbaik..sebab ianya supplement semulajadi.
Sentiasa selamat...Sentiasa berkesan dan Sentiasa mesra alam.


Sebenarnya supplement Shaklee memang tak boleh diambil oleh mereka  yang ada tanda tanda seperti dibawah:


1.Jangan ambil Alfalfa atau Vitalea sekiranya anda seorang pesakit Systemic lupus erythematosus atau selalunya dipanggil SLE atau Lupus. 


Ini kerana dalam kedua-dua produk ini mengandungi Alfalfa yang mungkin akan menyebabkan simptom-simptom Lupus menjadi lebih teruk.

2.Jangan ambil Vitalea atau Alfalfa sekiranya anda seorang pesakit Talasemia. Ini adalah kerana kedua-dua produk ini mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi dan mungkin mengakibatkan komplikasi dalam pesakit Talasemia.

3. Jangan ambil GLA, Alfalfa, Vivix, Collagen Powder atau Vitamin E sekiranya anda sedang mengandung. Ini kerana produk-produk tersebut mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi dan ada yang mungkin akan mengganggu paras hormon tubuh kita. Pengambilan produk-produk tersebut semasa mengandung dikhuatiri boleh menyebabkan keguguran.


Untuk ibu mengandung disarankan mengambil SET HAMIL SHAKLEE.sila klik untuk keterangan lanjut.

4.Jangan beri supplement Shaklee kepada kanak-kanak yang berusia bawah setahun. Kanak-kanak yang berusia bawah setahun sepatutnya tidak diberi makan atau minum apa-apa yang terlalu kompleks kerana sistem penghadaman mereka belum lagi berkembang sepenuhnya dan tidak mampu memproses bahan-bahan tersebut.

Apa yang terbaik untuk mereka adalah susu ibu.Klik sini untuk mengetahui tentang supplement yang sesuai untuk ibu menyusu.



Berilmu dan beramal.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Semoga bermanfaat buat semua.



Bisnes dahulu vs Bisnes sekarang



Assalamu'alaikum....salam sayang buat semua ...

Biarpun saya bertukar bidang bisnes dari offline ke online...saya masih tak tinggalkan dunia bisnes.Memang saya akui saya masih banyak kelemahan dalam dunia ini,namun itu bukan penghalang untuk saya menjadi seorang usahawan berjaya,apa yang penting sekeping hati yang kental.

Sekali saya terjun kebidang bisnes terasa rugi untuk meninggalkannya biarpun jalan yang dilalui bukanlah seindah mata memandang.Bidang ini terlalu banyak mengajar saya mengharungi hidup ini.Biarpun sekarang bisnes yang berbeza tetapi matlamat tetap sama.Saya akan terus berjuang...doakan saya yer.

Kalau dahulu buat bisnes setiap bulan mesti fikir duit untuk bayar sewa kedai,dah cukup ke belum...tiap2 hari kena tambah stok barang kedai lagi.
Kadang2 sampai tak sempat nak pusing modal.

Dulu buat bisnes berdua,setiap masalah selesaikan berdua,kadang2 dua2 pening mencari idea dan jalan keluar.

Dulu nak mula bisnes pun paling kurang kena ada ribu juga la.

Tapi sekarang saya buat bisnes online je,modal pula rasanya semua orang mampu.Cuma RM65 je seumur hidup.

Saya tak perlu pening2 lagi fikir tentang sewa kedai atau nak topup barang hari2.Bisnes saya berjalan anytime,dimana jua selagi ada internet.



Kalau cukup uv,setiap bulan dapat bonus..alhamdulillah hasil kerja dalam rumah jer.

Bila hadapi masalah atau sebarang kesulitan tak der la pening kepala macam dulu lagi nak setel..ye la fikir berdua jer.Sekarang berbisnes ada group lagi,boleh berbincang dan selesaikan bersama2...ada mentor lagi menjadi tempat rujukan,tempat mengadu...hehe

Masalah pun cepat selesai.

Nampaknya bisnes online ni lagi mudah dan saya lebih sukakannya.Sambil buat keja rumah pun bisnes boleh jalan.Sambil baring2 pun tak kisah..ada sapa nak kisah? bangun tengah malam pun boleh bisnes lagi..ikut suka hati

Best ke best??

~Saya sayang bisnes saya~

Segalanya bermula dengan ebook ini.Saya dapat percuma je walaupun ianya cukup bernilai..kalau anda inginkan motivasi sila download dan baca sampai habis ebook ini,tak kiralah bisnes apa yang anda sedang jalankan..saya bagi percuma juga.


http://www.ebookniaga.com/sorryboss/nurulhudaramli

Nurul,
Empayar Maria Firdaus.
'The most happening Shaklee group in Malaysia'


Omega: Bagaimana memberi anak2 makan.


Assalamu'alaikum...

Rasanya semua orang dah tahu pasal Omega Shaklee ni...sebab apa?sebab Omega Shaklee adalah yang terbaik antara omega2 lain.

Kepada yang belum kenal apa tu omega dan kebaikan2 omega sila baca disini.

Hari ni saya nak cerita pengalaman saya memberi anak2 makan Omega ni.

Omega berbentuk softgel memang tak de masalah bagi orang dewasa untuk  menelannya,namun bagi kanak2 malah ada juga orang dewasa yang gagal menelannya...jadi macamana nak amalkan supplement ni kalau susah nak telan.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

1-Anda boleh pecahkan Omega menggunakan gunting dan picit keluar minyak yang terdapat didalamnya kedalam minuman atau makanan anak2.

2-Kalau anak anda masih minum susu botol,anda boleh picitkan omega kedalam susu botolnya,kalau cara ni tak berkesan anda boleh cuba masukkan kedalam makanannya.

seperti saya,anak2 saya tak dapat terima omega bila saya letak dalam minuman mereka sebab ianya berbau.Terus diorang tak nak minum..

Jadi saya cuba pula letakkan omega kedalam makanan contohnya nasi.bila omega bergaul dengan lauk2 lain bau dan rasanya dah tak perasan,jadi anak2 makan sampai licin pun diorang tak tahu ada omega kat dalam tu...

Itu anak2 saya..berbeza pula dengan sorang sahabat saya ni..terpaksa sorok omega sebabnya anaknya tak leh jumpa ,mesti dia ambik makan...kunyah macam tu je...hehe..

Sebenarnya cara penerimaan anak2 ni tak sama...ada yang nak dan ada yang tak nak supplement ni,ada yang pandai telan atau kunyah,ada pula yang tak pandai menelan ,nak kunyah lagi la tak nak,jadi kita sebagai ibubapa kena la cari altenatif lain nak bagi anak2 makan supplement ni...semuanya untuk kebaikan diorang juga kan.

Tapi bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'.Kalau hari2 kita buat perkara tu dah tak de dah istilah susah atau sukar sebab benda tu dah sebati ngan diri kita.

Kepada ibubapa yang punyai anak2 yang tak suka telan omega macam anak2 saya...cubalah pelbagai cara untuk mereka,pasti ada yang sesuai dan mereka suka.

Selamat mencuba.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Anda ada cara lain yang lebih kreatif?? apakata kongsikan di ruangan komen dibawah agar lebih ramai yang dapat manfaatnya.

Sharing is Caring.




Aduhhh!!! Sakitnya Pinggang..

Assalamu'alaikum....

Saya mula kenal Shaklee baru tahun lepas(2013).Sebelum ni saya tak pernah dengar pun nama Shaklee.

Alhamdulillah saya dah 8 bulan mengamalkan supplement Shaklee dan sekarang saya hamil.Nampaknya kali ni saya hamil bersama produk Shaklee la.

Sebelum ni saya tak pernah ambil sebarang supplement pun samada ketika hamil ataupun tak hamil.

Bersama Shaklee saya rasa lebih sihat dan bertenaga walaupun saya hamil,mabuk sikit2 tu biasa la kan bagi wanita hamil.

Sebenarnya saya nak cerita pasal sakit pinggang ketika hamil anak ke3 sebelum ni,baru 2 bulan hamil saya alami sakit pinggang yang cukup teruk bagi saya .


Perut belum besar,tapi pergerakan saya cukup terbatas.Saya cuma duduk diatas kerusi jer.Bukan apa,kalau saya duduk atas lantai cukup lambat dan susahnya saya nak bangun.Itu siang2..kalau malam2...saya tidur cuma berlapik tilam tanpa katil.Saya memang tak beli katil..hehe

Ya Allah bila terjaga tengah malam rasa nak kebilik air...saya menangis.Saya tak boleh bangun berdiri..terpaksa kejutkan suami bangun tolong pimpin saya,dah bangun pun saya tak boleh  nak melangkah..tersiksanya saya .

Sehinggalah jiran2 menasihati saya agar pergi cari bidan untuk mengurut.Dan seorang jiran telah syorkan seorang bidan kepada saya.

Maka bersama2 dengannya pada satu malam kami pun pergi la kerumah bidan tersebut.

Bila mula proses mengurut,bidan tu bersuara kepada jiran saya ni,kayanya 'ada yang nak menumpang ni'...heee ni la yang saya tak sukaaa dengar.Tapi saya buat2 tak dengar je...dia terus mengurut.

Dalam hati 'tak mai dah lepas ni...'

Azab sakit pinggang ni bukanlah sepanjang tempoh kehamilan.Ianya hilang sedikit demi sedikit bila tempoh kandungan semakin bertambah...dan bulan2 berikutnya saya lalui seperti biasa.
Alhamdulillah.

Sekarang saya hamil lagi...dah masuk 2 bulan,mula terasa sakit pinggang menyerang apalagi sekarang ni saya banyak mengadap laptop.Memang bertambah sakit pinggang la...

Tak macam dulu ,saya mana ada mengadap laptop macam la ni..hehe dulu mengadap tv banyak la.

Walaupun sakit pinggang saya masih menyerang,alhamdulillah saya ada produk Shaklee yang banyak membantu saya.Dan untuk sakit pinggang ni...saya amalkan Ostematrik setiap malam sebelum tidur.Walaupun sebelum tidur saya sakit pinggang,dengan Ostemartik bangun pagi esok saya lebih segar tanpa sakit pinggang...syukur sangat.



Ostematrik ni memang salah satu diantara supplement2 untuk ibu hamil sebab ibu hamil perlukan kalsium yang mencukupi.Kalau kurang kalsium mula la lenguh2,sakit badan,sakit pinggang,kebas2 dan susah tidur.

Saya sebut penting untuk untuk ibu hamil sebab ibu hamil akan berkongsi kalsium dengan baby yang dikandungnya.Tak bermakna orang tak hamil tak perlu ostematrik ni...bukan begitu yer.

Semua orang perlukan kalsium..dan Ostematrik bukan sekadar kalsium.

Ostematrik turut mengandungi magnesium,vitamin D,boron,mangan,tembaga dan zink.



Lepas ni saya memang la tak berenggang dah ngan Ostematrik dan supplement Shaklee yang lain sebab saya dah rasa selesa bersama Shaklee.

Kepada ibu2 yang hamil sama macam saya dan ada masalah ataupun tak de masalah macam saya,saya syorkan ambillah supplement untuk kesihatan.

Untuk supplement Shaklee sila klik disini

Jangan tunggu sakit baru nak cari supplement.Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat??

Saya doakan agar semua ibu hamil kat luar sana diberi kesihatan yang  baik sepanjang tempoh kehamilan dan semoga segala urusan dipermudahkan....aamin.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Jumpa lagi.








Bengkel Nutrisi Shaklee


Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah hari ni saya diberi peluang dan kesempatan  untuk bersama2 rakan Shaklee yang lain untuk menimba ilmu berkaitan produk2 Shaklee.

Sepatutnya bengkel ini berlangsung bulan lepas,tapi ditunda kebulan ini,apapun syukur sangat Allah masih memberi peluang untuk saya menghadirinya.Seronok sangat.


Bengkel bermula jam 10 pagi dan disampaikan oleh pakar nutrisi Shaklee iaitu Wan Siti Zulaicha.Orangnya lemah lembut dan comel sangat..




Walaupun majlis ni berjalan sehingga jam 5 petang,tapi tak rasa pula penat atau jemu atau mengantuk...kira ok ler kan..lagipun sepanjang program,kami disediakan minuman ESP dan Performance ...layan diri...hehe..sapa nak bancuh sendiri.

Lunch disediakan...syukur sangat.Dengan bayaran rm40 sahaja,bukan saja dapat ilmu..malah dapat makan sedap lagi...tak sempat nak snap gambar makanan...nampak nak makan jer...hihi.

Lupa plak nak bagitau...bengkel ni diadakan kat Hotel StarCity Alor Setar.Ini kali kedua saya sampai kat sini...tujuan yang sama untuk menuntut ilmu.Sebelum ni program percuma Dr Azizan punya.

Semasa perbincangan berkaitan produk Shaklee sekali sekala diselitkan video antaranya bagaimana proses pembedahan 'Bypass' dilakukan dan proses pembedahan lutut untuk menanam besi sebagai ganti.
Eeee ngerinya saya...

Bila menuntut ilmu berkaitan kesihatan,baru kita akan sedar betapa pemakanan kita seharian amat perlu dititik beratkan kerana segala penyakit adalah berpunca dari makanan.

Dan barulah kita akan sedar betapa pentingnya supplement berbanding ubat-ubatan.


Selesai perbincangan,kami ada sedikit aktiviti.Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan nama produk.Then kami diberi kertas besar dan marker untuk melukis dan melakarkan tentang produk tersebut.




Setiap kumpulan akan naik kepentas untuk buat presentation berkaitan tugasan yang diberi.

Dan akhirnya...ada hadiah untuk kumpulan yang terbaik dan juga untuk speaker terbaik.

Dan untuk semua peserta..sijil diberikan sebagai tanda penghargaan.


Dah dapat ilmu mesti la rasa lebih bersemangat nak tambahkan kesihatan kan...kalau dah diberi kesedaran tapi masih tak nak jaga kesihatan...tak tahu la...tak sayang diri la namanya.

Saya sayang diri saya,saya sayang orang sekeliling saya...
saya nak jaga diri saya agar lebih sihat..begitu juga orang sekeliling saya..saya nak tengok diorang sihat juga.

Kadang2 tengok orang semakin sihat kita pun terasa seronok jer,bersyukur dan automatik kita pun terasa sihat sekali.

Itulah misi kami ahli2 Shaklee..membantu orang lain agar hidup lebih sihat.


Bengkel nutrisi ini berakhir dengan sessi penggambaran bersama rakan2 Shaklee yang hadir.

Saya harap saya mendapat peluang sebegini lagi di masa akan datang ..in sha Allah.

Semoga Allah permudahkan.




ESP Shaklee - Saat aku jatuh cinta


Assalamu'alaikum...

Hari ni 1 rajab bersamaan hari pekerja,so...saya nak ambik kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut 1 rajab dan selamat hari pekerja kepada semua pembaca.

Hari ni saya nak bercerita tentang saya dan ESP.Mula2 daftar jadi ahli shaklee saya tak kenal lagi dengan ESP ni.

Semakin hari saya dok baca testimoni tentang diorang yang duk minum ESP ni...macam best ja,macam bagus je...

Saya pun order ESP untuk pertama kalinya.Bila saya buka penutupnya saya cuba bau..hmm tak bau apa pun,(sebelum tu saya beli mealshake...baunya wangi).



Saya try la bancuh ngan air suam,bila minum eee tak sedap la..camna nak abiskan ni...ESP ni susu soya.Walaupun saya minum memang minum air soya,tapi ESP ni saya tak berapa la...

Selepas tu saya cuba campur ngan milo plak..ntah la tekak saya kut..minum tak penah abis.

hmmm tak leh jadi ni..aku dah beli,aku kena minum juga,lagipun khasiatnya banyak sangat...rugi kalau tak minum.


Maka saya pun mula la google camna nak bagi ESP ni sedap di tekak saya..

Dicelah2 tu saya jumpa testimoni ni..berbetulan dengan apa yang sedang saya alami.Ha...boleh la saya try test power kan...


Saya pun tekad lepas ni nak minum hari2 nak tengok..saya dapat result macam tu tak.

Apalagi macam2 resepi la saya try buat...alhamdulillah tekak saya semakin menerima ESP..saya kata tekak saya jer sebab bila saya tanya kawan saya camna rasa ESP sedap ker..dia kata sedap,tak der campur2 ngan apa dah...lorrr...ok le camtu.

Saya blend ESP ngan kurma
Saya campu ESP ngan Oligo

Saya blend ESP ngan buah markisa...fuhh sodap!

Kadang2 saya blend ESP ngan buah epal hijau.Yang selalu saya campur ngan milo jer.

Akhirnya hari bertukar hari...tekak saya mula serasi dengan ESP..jeng..jeng..jeng..berputiklah bunga2 cintaku dengan ESP.

Selepas 2 minggu saya terperasan saya dah dapat result macam testimoni diatas tu..apalagi semakin terpaut la.


Saya dah mula seronok minum ESP tapi saya campur la dengan minuman lain...hehehe..apa2 la janji saya minum dan saya dapat hasilnya.Best...

Banyak lagi khasiat dan manfaat bila kita amalkan ESP ni...nak tahu klik sini.

Ibu hamil dan menyusu pun boleh minum...lagi bagus.

Nak cuba?? pm saya..

 ---------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan  
keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk 
 
di rumah ?  Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee
 

 Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
 
 Sila Like Page   : Annur Falah Solution

















 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution