Social Icons

SENARAI UNGGUL 8 GURU BISNES PILIHAN USAHAWAN MALAYSIA.



Asslamu'alaikum...Hari ni saya nak kongsikan senarai unggul yang saya dapat dari Majalah Niaga.Senarai 8 orang guru bisnes yang menjadi pilihan kebanyakan usahawan di Malaysia.

Asalnya mereka ini adalah insan biasa2,hidup seperti kebanyakan kita,namun usaha ,pengalaman dan ilmu banyak merubah mereka menjadi insan luar biasa.

Hari ini mereka menjadi idola..menjadi mentor,menjadi guru bisnes yang cukup disegani.Mereka mendidik,mereka membentuk,mereka berjaya menghasilkan ramai usahawan2 berjaya seperti mereka.

Siapa mereka??jom kenali mereka... 

Kedudukan di bawah diatur secara rawak, ia tidak menggambarkan siapa lebih hebat atau berpengaruh. Semua guru ada kelebihan masing-masing. 

Kita harus bersyukur kerana taikun, jutawan dan guru bisnes ini sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman mereka demi membangunkan ekonomi ummah melalui jalan perniagaan.

#1 – Dato’ Hussamuddin Yaacob

Dato' Hussamuddin
  • Pemilik Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. – penerbit majalah dan akhbar terbesar di Malaysia.
  • Memiliki anak-anak syarikat yang berbeza fungsi seperti Alaf 21, Prima Sdn. Bhd., Kasya Bestari dan banyak lagi.
  • Menerbitkan 32 akhbar dan majalah yang berpengaruh seperti akhbar Sinar Harian, Mingguan Wanita, Fokus, Sarina, Majalah iRemaja dan lain-lain lagi.
  • Pemilik Ultimate Print Sdn. Bhd. kini – syarikat percetakan komersil terbesar di Malaysia.
Beliau merupakan taikun dalam industri perniagaan media, penerbitan dan percetakan dengan hasil jumlah jualan dagangan sekitar RM400 juta setahun. 

Selain konsisten memandaikan bangsa melalui penerbitan buku-buku dan majalah serta akhbar berkualiti, beliau juga menubuhkan Yayasan Nur Karangkraf – menyalurkan bantuan daripada segi kewangan kepada ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik. 

Dana Pendidikan Karangkraf  juga ditubuhkan untuk menaja 300 pelajar setiap tahun bagi meringankan kesulitan mereka.


Terbaru, beliau dan ahli pasukan menubuhkan RICH Business School (RBS). Ia satu inisiatif di bawah Warisan Ummah Ikhlas yang diasaskan beliau. RICH ialah singkatan kepada Rahsia Insan Cemerlang Hidup. Tujuan utama RBS ialah berkongsi pengalaman dan ilmu dalam dunia bisnes.

Di FB, ada satu ‘group’ tertutup untuk komuniti RBS. Tuan dan puan boleh cari ‘RICH Business School’ dengan menggunakan fungsi ‘search’ di FB.

#2 – Dato’ Maznah Hamid

Dato' Maznah Hamid
  • Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce.
  • Securiforce ialah sebuah syarikat kawalan keselamatan terbesar di Malaysia.
  • Empayar perniagaan berasaskan keselamatan diperluas ke peringkat antarabangsa dengan penubuhan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), serta meluaskan jaringan ke rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah.
  • Securiforce Logistik turut memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.
  • Memilik anak-anak syarikat yang berkembang maju antaranya yang terkenal ialah Danau Lumayan, sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Bandar Tun Razak.
  • Mengasaskan seminar-seminar keusahawanan seperti seminar “Zero To Hero” dan “Awaken The Spirit Of Enterpreneurship/Intrapreneurship”.
Sejarah awal penubuhan syarikat keselamatan Securiforce bermula dengan hanya bermodalkan RM5000. Daripada sebuah entiti yang asing, Securiforce telah mengalami transformasi kepada sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.

Trivia tentang Datuk Dr. Maznah yang tidak akan dilupakan ialah kejayaan beliau menubuhkan kesemua anak syarikat tanpa sebarang bantuan kewangan daripada pihak bank. Wanita yang sinonim dengan jolokan “Iron Lady” Malaysia ini wajar dijadikan contoh dan idola oleh para usahawanita di luar sana.

Beliau kerap berkongsi kata-kata motivasi di laman rasmi FB iaitu https://www.facebook.com/maznahhamid.

#3 – Azizan Osman

Dr Azizan Osman
  • Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks International Sdn Bhd.
  • Diiktiraf oleh Malaysian Book of Record pada tahun 2012  sebagai syarikat terbesar di Malaysia dalam penganjuran seminar dan kursus dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi.
  • Mentor Pemasaran No 1 Asia, penulis, penceramah, usahawan & jurulatih kejayaan.
  • Dianugerahkan “Anugerah Platinum Pengerusi Antarabangsa”, oleh sebuah organisasi terkemuka yang berpusat di London, satu penghormatan tertinggi yang dianugerahkan oleh organisasi tersebut.
  • Pemilik sebuah perniagaan konglomerat multinasional iaitu Richworks Group of Companies dan juga mengasaskan 24 buah syarikat di dalam pelbagai industri. Kumpulan syarikat ini meliputi pelbagai cabang perniagaan termasuk perunding pengiklanan dan pemasaran, reka cipta jenama dan produk, perkhidmatan korporat dan perakaunan, pelaburan hartanah, penerbitan buku, media sosial dan web, kecantikan dan kesihatan serta pengurusan acara.
Pihak media memberi liputan yang meluas terhadap kejayaan Dr. Azizan Osman sebagai seorang Jurulatih Pemasaran No 1 Malaysia. 

Misi beliau membantu pemilik-pemilik perniagaan lain mencapai potensi diri dan mencapai kejayaan dalam industri masing-masing menjadikan beliau sentiasa bersemangat dan bertenaga menganjurkan program-program kejayaan, kekayaaan dan keusahawanan.

Beliau kini sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya, Doctor of Philosophy in Business Administration (PhD) di City University College of Science and Technology. Sejak tahun 2008, beliau telah membantu lebih 400,000 usahawan dan bakal usahawan dalam banyak siri program-program beliau.

Antara program yang mendapat sambutan masyarakat tempatan ialah Intensif Mentor Kejayaan dan Kekayaan (IMKK), Advanced Marketing Power (AMP), Intensif Jutawan Industri (IJI), Master Your Business (MYB) dan Retire Young Retire Rich (RYRR).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program terbaru beliau, para pembaca boleh merujuk laman web www.azizanosman.com dan www.duniausahawan.com.

#4 – Puan Ainon Mohd

AinonMohd
  • Menubuhkan syarikat sendiri bermula tahun 1988 PTS Consultants Sdn Bhd.
  • Memulakan perkhidmatan konsultansi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara yang pernah menjadi pelanggan beliau termasuklah Bank Negara Malaysia, Shell, ESSO, BP, Amway, Malayan Banking, Perwira – Habib Bank, Telekom, Kementerian Pertahanan, Badan Pencegah Rasuah dan banyak lagi.
  • Bertanggungjawab dalam pembangunan perisian penyemak ejaan dan tatabahasa bersama MIMOS dan Microsoft Corp.
  • Telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan.
  •  Antara buku hasil tulisan beliau sendiri dan juga hasil tulisan bersama suami beliau yang terkenal termasuklah Mendorong Kreativiti Kanak-kanak, Pemikiran Lateral, Teori & Teknik Terjemahan, Psikologi Kejayaan, Belajar Berfikir, Teori Motivasi Di Tempat Kerja, Teori & Teknik Kepimpinan, Komunikasi Di Tempat Kerja, Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah dan pelbagai siri kamus bahasa melayu yang merupakan rujukan utama para pelajar dan guru-guru di sekolah.
  • Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu.
Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS ini tanpa perasaan kesal melaburkan simpanan hari tua beliau sebanyak RM 500,000 demi membina dan memperkukuh PTS. 

Hasil keputusan berani dan tegas, Puan Ainon kini boleh berbangga dengan pencapaian jualan tahunan PTS yang mencelah nilai RM 30 juta setiap tahun.

Keteguhan PTS berpegang kepada prinsip-prinsip perniagaan patuh-syariah, bersih-rasuah, bersih-riba dan prinsip bisnes tanpa kontrak menjadikan PTS sebuah organisasi contoh yang wajib dijadikan ‘role-model’ kepada usahawan-usahawan lain. 

Puan Ainon juga sering mengingatkan sahabat-sahabat serta rakan media sosial beliau untuk mempraktik gaya berniaga Nabi Muhammad – konsep perniagaan terbaik sepanjang zaman.

Selain aktif melakukan aktiviti editorial, melalui Ainon Business School (ABS), beliau dan ahli pasukan aktif menganjurkan seminar dan latihan dalam bidang perniagaan yang berteraskan Islam (patuh-syariah). 

 Komuniti besar ABS dikumpulkan di dalam satu secret group FB di mana setiap hari beliau berkongsi tip-tip premium mengenai bisnes secara percuma. 

Para pembaca boleh ‘follow’  FB Puan Ainon di pautan inihttps://www.facebook.com/ainonmohdpts.

Beliau turut bersungguh-sungguh meningkatkan graf saham akhirat beliau dengan melakukan aktiviti amal secara konsisten. Kini beliau terlibat dalam banyak kerja sosial dan kebajikan seperti kerja sosial untuk kaum orang Asli di Janda Baik, Pahang dan terkini sumbangan kepada rakyat Islam Kemboja yang kurang bernasib baik.

#5 – Irfan Khairi

irfankhairi

  • Pakar perniagaan Internet, jutawan siber, seorang ‘speaker’ pakar, penulis buku
  • terlaris dan personaliti TV/Radio.
  • Giat menganjurkan seminar dan sinonim dengan seminar Rahsia Perniagaan Internet, Bengkel Jutawan Internet dan banyak lagi.
  • Antara buku popular yang ditulis termasuklah buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang turut diterjemah ke dalam bahasa Inggeris iaitu Secrets of Internet Millionaires Revealed serta siri buku Nota Jutawan.
Bergelar jutawan pada usia muda, 25 tahun, Irfan Khairi dianggap pencetus fenomena ‘jutawan internet’ apabila kejayaan beliau diberi pendedahan secara meluas oleh media elektronik dan media cetak. 

Berpegang kepada prinsip cara berfikir (mindset) adalah kunci dalam membina kekayaan, Irfan Khairi turut berkongsi ilmu dan pengalaman menerusi seminar-seminar yang dianjurkan beliau.

Usahawan dan bakal usahawan yang berminat untuk mengikuti perkembangan beliau, boleh LIKE laman FB beliau melalui pautan www.fb.com/IrfanKhairi.fb.

#6 – Dr. Wan Shah Razali

DSR
  • Memulakan kerjaya sebagai kakitangan bank dan telah menerima Executive Chairman Award pada tahun 2004.
  • Memiliki Bachelor of Business Administration – 2002 dan Master of Business Administration – 2007.
  • Memiliki Doctor of Business Administration – 2009 dan Honorary Professor of Business Administration – 2011
Menurut profil yang dipetik daripada FB rasmi beliau, Dr Shah Razali ialah seorang jutawan ‘self-made’ kini memiliki 10 buah syarikat yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan sejak 2007. 

Bisnes beliau merudum pada tahun 2008 sebelum berjaya bangkit semula dengan menceburi sektor pembinaan dan pelaburan hartanah.

Beliau terkenal dengan gelaran ‘The Wealth Doctor di mana beliau telah melatih 10,000 pelabur, bakal pelabur, usahawan dan bakal usahawan di dalam siri seminar beliau. 

Beliau dan ahli pasukan Shah Group telah melahirkan lebih 500 orang pelabur hartanah yang telah berjaya.

Pada tahun 2010, beliau mula menerbitkan CD Audio Pertama yang bertajuk “Bahagia Sesudah Derita”. Sebanyak 3000 unit telah terjual. 

Kemudian, beliau muncul dengan buku pertama yang bertajuk ‘Jejak Pelabur Hartanah’ yang dipasarkan di kedai buku terkemuka seperti MPH Bookstore.

Setelah lebih 3 tahun berkongsi dengan masyarakat tentang pentingnya membina pendapatan pasif melalui pelaburan hartanah, DSR telah menerbitkan buku keduanya yang bertajuk Pelabur Hartanah Genius. 

Di dalam buku ini DSR berkongsi perihal untuk menjadi seorang pelabur hartanah kelas pertama.

Walaupun terkenal dengan siri seminar hartanah, beliau juga ada menganjurkan siri seminar khusus untuk ilmu bisnes dan pemasaran. 

Antara program beliau yang mendapat sambutan ramai ialah Advance Formula DSR, Turbo My Business, Ultimate Business Success dan yang terbaru ialah Advance Infiniti RM. 

Walaupun berstatus multi jutawan daripada hasil-hasil bisnes beliau yang lain, beliau masih sanggup turun padang berkorban masa dan tenaga demi kesuksesan anak didik beliau.

Tuan dan cikpuan boleh ikuti perkembangan beliau di laman FB rasmi iaitu www.facebook.com/DSRFan.

#7 – Dato’ Dr Rusly Abdullah (Chef Li)

chefli
  • Memiliki Ph.D dalam bidang kulinari melalui program usaha-sama Asia Pasific Culinary Art Foundation dan University Iowa USA.
  • Pernah bertugas sebagai pegawai bank di D&C Bank, Malayan Banking Berhad dan Bank Islam selama lebih 12 tahun.
  • Pernah bertugas sebagai Penolong Pensyarah USM dan Pengurus Besar sebuah syarikat korporat.
  • Kini usahawan dalam bidang pendidikan dan latihan sepenuh masa.
  • Penulis Buku Best Seller Trilogi “Menjejaki Jutawan Senyap”
Dato’ Dr Hj Rusly Abdullah satu nama yang besar dalam bidang perniagaan, penulisan, pakar masakan dan merupakan Mentor Jutawan. 

Kisah pahit maung beliau sebelum berjaya menempa kejayaan berkait rapat dengan firman Allah s.w.t  yang bermaksud,  “Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sehinggalah ia sendiri mengubah nasibnya”. 

Konsep doa, berusaha dan bertawakal adalah gabungan padu untuk mencari kejayaan.

Dalam kebanyakan siri seminar dan latihan anjuran beliau, pasti soalan ini akan di ajukan kepada para hadirin, “Adakah kesuksesan itu suatu takdir atau sesuatu yang boleh diusahakan?”. 

Beliau yakin dan percaya akan janji Allah kepada hamba-hamba-Nya yang berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Beliau juga yakin setiap individu itu mampu mencapai satu tingkat kejayaan dan kekayaan yang tidak pernah terfikir oleh mereka sehingga mereka mencari-gali kebolehan diri dan mempergunakan kebolehan itu sehabis baik.

Perkembangan beliau boleh diikuti di laman FB ini, https://www.facebook.com/DatukChefLi.

#8 – Tuan Shamsuddin Kadir

sk 2
  • Perunding latihan dan jurulatih utama (trainer) SK Training Academy Sdn Bhd.
  • Jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT/1533.
  • Bendahari Kehormat bagi Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
  • Penulis lebih dari 10 buah buku di Malaysia dan 3 buah buku di Indonesia.
Berdasarkan maklumat daripada laman web rasmi beliau iaitu www.sk.my, sebelum menceburi dunia latihan secara langsung, beliau berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dengan berkhidmat secara langsung di bawah seliaan beberapa CEO terkemuka seperti Mr. Robert McKay, CEO syarikat penerbangan kargo sewa khas dan juga Tuan Yim Choong Chow, Managing Director di salah sebuah syarikat perkapalan terbesar di dunia.

Siri seminar yang dianjurkan beliau banyak menarik perhatian pembaca-pembaca laman FB beliau. Antara kursus terbaru beliau ialah Kursus Wiraniaga Muda 2013. Kursus ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak berusia 9 hingga 16 tahun untuk memulakan bisnes sendiri.

Menurut kenyataan di laman FB beliau, kursus ini memberikan teknik dan ilmu termasuk latihan amali untuk membuka satu lagi cabang kehidupan untuk anak-anak selain dari mengikut sistem pendidikan semasa yang menghasilkan tenaga pekerja.

Selian itu, beliau giat menulis buku-buku cerita bisnes untuk kanak-kanak seperti Biskut Ajaib, Mesin Rumput Ekspres, Garaj Aiman dan Tukang Gunting Terbang. Buku-buku ini sesuai untuk ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak menjadi usahawan dan berjinak-jinak dalam dunia bisnes.

Antara program-program lain untuk masyarakat awam yang dianjurkan syarikat beliau ialah Bengkel Memulakan Bisnes Sendiri, Seminar Wang dan Pelaburan. Bengkel Kuasa Kejayaan dan Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan.

Para pembaca Majalah Niaga disarankan mengikuti tip-tip kewangan, pelaburan dan bisnes yang beliau kongsikan di laman FB. Klik pautan https://www.facebook.com/ShamsuddinKadir.

Sumber: sinarhariansecuriforceirichworksuniversitiptsDSRFan, FB  ShamsuddinKadir

Kredit Foto: patrick_foto, perdasama360, mohe_kptmajalahniaga, pts, mentorzaiaminirfankhairi, sk.my

Artikel penuh boleh baca di sini :http://www.majalahniaga.com/senarai-unggul-8-guru-bisnes-pilihan-usahawan-malaysia.html

SEMOGA KITA SEMUA KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution