Social Icons

MAJLIS KAFA DAERAH YAN

Assalamu'alaikum...

Hari ni jam 7 pagi dah bersiap nak keluar bawa anak pergi Sek Keb Yan Kecil untuk menghadiri Majlis Kokorikulum SPI/KAFA peringkat daerah Yan .

Anak saya yang sulung terlibat dengan pertandingan nasyid.Kakak saya pula salah seorang guru kafa di Sekolah Keb Dulang dimana anak saya belajar,jadi kami pergi sekali la.

Acara bermula lebih kurang jam 8.30 pagi dan dirasmikan oleh Guru Besar Sek Keb Yan Kecil.

Antara pertandingan yang diadakan pada hari ini selain daripada nasyid adalah marhaban,hafazan,tilawah,azan,tulisan khat,bercerita,syarahan dan apa lagi yer...lupe...hehe

Acara2 ni diadakan di beberapa kelas yang berbeza.Ini kerana nak mempercepatkan majlis berakhir sebelum solat jumaat.

Disebabkan anak saya terlibat dengan nasyid,maka saya tentulah nak tengok pertandingan nasyid kan.Jadi saya berada didalam dewan dimana acara nasyid,azan dan marhaban dijalankan.

Antara suasana yang sempat saya rakamkan di persekitaran majlis ini berlangsung.




Untuk peringkat ini(kumpulan B),cuma 2 sekolah jer yang hantar kumpulan nasyid.Sekolah Keb Dulang Kecil  dan Sek Keb Sg Limau..

Tempat Pertama diraih oleh Sek Keb Sg Limau ,bermakna Sek Keb Dulang tempat kedua la...

Yang ni kumpulan nasyid lelaki Sek Keb Dulang

Kumpulan nasyid perempuan Sek Keb Dulang

Kumpulan nasyid lelaki Sek Keb Sg Limau

Kumpulan Nasyid perempuan Sek Keb Sg Limau
Peserta azan

Antara peserta azan

Barisan juri

Sebenarnya bukan kemenangan yang saya harapkan bila anak saya terlibat dalam aktiviti sekolah seperti ini.Tapi kalau menang itu adalah atas usaha mereka..mesti la seronok kan.

Apa yang penting mereka belajar...belajar membiasakan diri dengan suasana,belajar berani menampilkan diri,belajar bergaul dengan rakan2...bila mereka berani,in sha Allah bakat mereka makin terserlah.

Majlis berakhir dengan penyampaian trofi untuk peserta2 yang mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga.




Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya dan selesai dalam 12.30 tengah hari.

Masa yang tepat untuk kaum adam bersiap ke masjid untuk solat jumaat.

Hmmm penat tapi terhibur dengan bakat anak2 bangsa.

Semoga bakat2 mereka lebih menyerlah dibidang agama bila besar nanti.


Aaamin...aamin..aamin.


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution