Social Icons

AL KAYYISU


Assalamu'alaikum....
Apa khabar semua...diharapkan semua sihat sejahtera.Saya doakan kalian semua sentiasa ceria dan bahagia.

Tiba2 teringat kenangan lama semasa mengandungkan anak ke 3 saya.Masa tu saya tinggal di Taman Harapan Nibong Tebal.Setiap hari minggu ada ustaz yang datang di masjid berhampiran untuk membaca kitab dan saya akan hadir jika tiada halangan.

Ada sorang ustaz ni dia membaca satu buku bertajuk AYYUHAL WALAD.Dalam buku ni ada hadis dibawah:

 Rasulullah SAW bersabda:

“Al kayyisu (orang yang bijak/cerdik) ialah siapa yang menghisab dirinya dan beramal dengan untuk bekalan selepas mati Sedangkan al ‘aajizu (orang yang gagal) adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada (pemberian) Allah.” (Sunan Ibn Majah: 4260; Musnan Imam Ahmad: 124).
_______________________________________________________________


4 tahun yang lalu,saya telah memberi nama anak lelaki saya AHMAD KAYYIS.Segalanya bermula ketika saya mendengar seorang ustaz membaca hadis diatas dan hati saya telah melekat pada perkataan AL KAYYISU .

Masa tu saya hamil...terus tergerak hati nak namakan baby saya ngan nama tu.

Sejak itu hanya nama tu melekat di fikiran dan hati saya,itupun kalau baby yang saya kandung ni baby lelaki...bisik hati saya.Satu lagi saya sudah berangan2 nak hantar dia ke sekolah tahfiz bila besar nanti.Semoga impian saya menjadi kenyataan satu hari nanti.

Saya sudah mempunyai 2 anak perempuan,jadi memang saya berharap untuk melahirkan anak lelaki pula.Namun saya tidaklah terlalu mengharap sangat.

Bagi saya lelaki atau perempuan,saya tetap terima dengan bahagia.Itu rezeki saya...yang penting baby saya sihat.Jadi,saya  simpan sekali nama untuk baby perempuan andainya baby yang bakal dilahirkan adalah baby girl.

Ada sorang ustaz lagi turut mengajar di masjid yang sama tapi hari lain.Dia memiliki pusat tahfiz sendiri dan ketika dia mengajar dia akan bawa air mineral yang sudah dibaca ayat2 Alquran oleh pelajar tahfiznya.Dia menjual atas permintaan dengan harga RM1.Saya turut membelinya,nama yang tertulis dilabel botol tu "Kayyis".

Bertambah kuat niat dihati nak namakan anak saya dengan nama ni,makna pun bagus 'orang yang bijak'.Semoga dengan nama ni nanti anak saya akan membesar sebagai orang yang bijak.

Nama juga kan satu doa,apatah lagi dipanggil hari2 dengan panggilan yang betul la..ada orang letak nama anak dah bagus maknanya..tapi bila panggil dah tinggal sekerat la...camna dengan maknanya???camna nak jadi doa kan.

11.1.2010

Alhamdulillah...rezeki saya.Saya selamat melahirkan baby lelaki di Hospital Parit Buntar.Tarikh ni juga adalah harilahir suami saya.Inilah hadiah terindah untuk suami  pada tahun tersebut.

Bahagia terpancar diwajah suami dan anak2 dara saya menyambut kelahiran orang baru dalam famili kami.

Hari ini tahun 2014,dah 4 tahun umur Ahmad Kayyis.Tahun depan dah boleh g sekolah.


Mama doakan semoga semua anak2 mama berjaya dunia dan akhirat...membesar sebagai anak yang soleh dan solehah.

Kalian adalah anugerah terindah buat mama dan abah.


Sayangi anak2,berilah mereka kasih sayang,berdoalah untuk mereka sejak mereka kecil.Didiklah mereka dengan ilmu agama.

Doa anak2 yang soleh amat kita harapkan bila kita sudah tiada nanti.Ajarilah mereka untuk berdoa buat kita walaupun  kita belum pergi.

Anak yang baik akan sentiasa berdoa untuk ibubapanya samaada masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Nak anak2 doakan kita...kita kena la mulakan dulu..berdoalah dari sekarang untuk anak2.Doakan yang terbaik buat mereka.

In sha Allah satu hari nanti mereka juga akan mendoakan kita.

Salam bahagia buat semua.jumpa lagi.




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution