Social Icons

Saat Aku Kehilanganmu...


Julai 2001-Baru sebulan aku diterima bekerja di sebuah syarikat milik anak tempatan berhampiran Pasar Borong Selayang.Aku  bekerja sebagai Kerani Am di SM Venture Sdn Bhd.

Alhamdulillah rezeki aku selepas menghabiskan Kursus IT di Kelantan selama 3 bulan.

Selama bekerja disini aku hanya menumpang dirumah abang kandungku di Batu Caves,aku berulang alik ke tempat kerja menaiki bas,kadang2 dihantar abang.

Mak jatuh sakit
 
Genap sebulan aku bekerja,satu hari selepas maghrib abang terima panggilan dari kampung.Rupanya kakak aku yang call,katanya mak masuk wad...tiba2 jatuh di dapur.Aku cuma mendengar dari jauh sehingga abang selesai bercakap di talifon,abang terus memaklumkan kepada aku.Dengar jer mak sakit,mata aku dah bergenang airmata.Aku memang lemah kalau mendengar berita macam ni,aku tak kuat.

Esoknya aku pergi kerja,sudah niat dihati untuk mohon cuti,tapi aku tak tahu macam mana nak bercakap ngan bos,betul2 sensitif..belum cakap mata dah berair,susahnya aku nak luahkan.

Hari tu aku bekerja sekerat hari,balik kerja abang jemput...selepas zohor kami bertolak balik kampung bertiga sahaja (aku,abang dan anak bongsunya).
Selepas maghrib kami sampai kampung halaman,dah malam so,tak pergi la hospital.

Keesokannya kami pergi ke Hospital Yan,di mana mak ditempatkan.Alhamdulillah tengok mak dah sedar,ok sikit.Tapi menjelang tengahari tiba2 Dr bagitau keadaan mak serius,mak akan dihantar ke Hospital Sg Petani.Kami bermalam di hospital malam tu,kalau boleh tak nak tinggalkan mak walaupun terpaksa bermalam diluar wad.
Kat dalam wad tetap ada yang menemani,kami bergilir2 sesama adik beradik kami.

Keesokannya mak dibawa ke Hospital Sungai Petani,sebenarnya mak dah koma,sebelah daripada tubuh mak lumpuh.Lupa nak bagitau apa yang berlaku kepada mak adalah disebabkan penyakit jantung.Rupanya mak ada sakit jantung selama ni,memang betul la penyakit ni menyerang dalam diam sebab mak tak pernah tunjukkan tanda2 sakit jantung.
Mak tak pernah jatuh sakit sebelum ni,cuma pening2 jer.Ada sekali semasa pemeriksaan sebelum pergi Mekah,mak disahkan menghidap penyakit jantung tetapi sekembalinya dari Mekah dan pergi check up tak der pula.

Lama juga mak ditahan di wad Hospital Sungai Petani,semakin berat hati aku nak balik KL untuk bekerja sedangkan esok abang dah nak balik.Macammana ni...apa yang terlintas dihati aku cuma berhenti kerja...tu ja,aku tak nak balik KL.

Keesokannya di Hospital Sungai Petani,Dr memberitahu harapan untuk mak sembuh adalah tipis,dia suruh kami buat bacaan yassin untuk mak(yang suruh tu Dr cina,muda lagi).Laju jer airmata aku turun...memang tak boleh ditahan2 lagi.
Abang tanya aku "camna?nak balik KL tak?" aku memang tak mampu nak berkata apa lagi,yang aku tahu nangis jer macam baby.
Akhirnya aku cari Public Phone,aku call bos...satu hal lagi nak cakap jer nak nangis..aduhhh masalah la.
"Hello,assalamu'alaikum..."
"Wa'alaikumussalam...sapa ni "
"Nurul ni..."...(dah sebak)
"ha Nurul,mak macammana?"
"ada kat wad Hospital Sungai Petani...makin teruk tuan,saya ingat saya nak cuti lagi,boleh tak ?"
"awak nak cuti sampai bila?"
"ntah la saya pun tak tau..." (senang jer aku cakap ngan bos masa tu)
"ha ok la Nurul,awak cuti dulu nanti awak nak balik kerja awak bagitau..."
"terima kasih tuan.."
"sama-sama.."

Syukur alhamdulillah aku dah dapat lesen untuk aku tinggal lebih lama kat Kedah.Selepas tu aku dan adik beradik yang lain serta ayah aku asyik berulang alik ke Sungai Petani,walaupun jauh setiap masa mesti ada yang menunggu diluar wad,kat dalam pun ada 2 orang lagi.Kami betul2 menjaga mak...bertuah mak punyai anak2 yang ramai (9 orang) dan semuanya ambil berat tentang mak.

Lebih kurang 2 minggu kut (kalau tak silap la,lupa dah)mak ditahan di wad Hospital Sungai Petani,kemudian mak dihantar balik ke Hospital Yan,Seminggu di Hospital Yan,kami diajar cara2 memberi susu kepada mak melalui tiub.Dah pandai...kami boleh bawa mak balik.

Mak dah boleh balik rumah,mak dah sedar...tapi kena minum susu ikut tiub...tak boleh ikut mulut macam biasa ,takut tersedak...bahaya.Aku pun dah mula bekerja semula...tapi lebih kerap balik kampung selepas tu.

Mak makin sihat

Mak makin sihat alhamdulillah,boleh makan dan minum melalui mulut pelan2,ini kes tiub terkeluar dah 2 kali pegi hospital bubuh balik,akhirnya mak tak nak pergi bubuh dah,katanya sakit.Kesian mak...aku tak sanggup nak bayangkan.

Setiap bulan mak akan di bawa  pergi hospital buat pemeriksaan dan ambil ubat.Semakin hari mak semakin sihat nampaknya,separuh badan yang lumpuh masa kat wad dulu dah ok dan mak mula belajar berjalan semula.Alhamdulillah...perubahan yang positif,aku tersenyum melihat mak dengan penuh kasih sayang.

Julai 2002-Genap setahun aku bekerja di SM Venture,akhirnya aku nekad untuk berhenti kerja semata2 nak jaga mak.Walaupun ada kalangan adik beradik aku menghalang niat aku,kasih sayang aku untuk mak melebihi segalanya.Bagi aku kerja aku boleh cari lagi,in sha Allah ada dimana2,tapi mak sorang je, takkan ada lagi penggantinya.

Aku balik kampung dengan hati yang cukup bersemangat untuk menjaga mak.Aku ingat lagi aku menjaga mak macam menjaga seorang anak,walaupun mak dah sihat,tapi perwatakan mak tak sama macam dulu,dia lebih keanak2kan.Kalau dulu mak pandai memendam perasaan,tapi sejak sakit dan sihat semula ni dia lebih berterus terang apa yang dia inginkan.
sayang mak...semoga bahgia ibu disana...


Sejak aku dikampung aku mula blajar membawa mak pergi Hospital Yan setiap bulan untuk pemeriksaan.Aku memandu sendiri walaupun tak cekap memandangkan adik beradik yang lain masing2 bekerja.

Selain daripada aku yang menjaga mak kat kampung, bersama aku seorang  adik lelaki aku turut membantu dan juga seorang kakak yang tinggal bersebelahan rumah.Adik aku yang perempuan pula pergi mengajar di KL sekembalinya aku ke kampung.

Bawa mak jalan-jalan
 
Pernah sekali ayah di bulan puasa mengajak mak pergi jalan2 rumah kakak di Pahang dan rumah abang di KL.Mak setuju dan kami pun pergi berempat.Mak.ayah,aku dan adik lelaki aku sebagai pemandu.Kami bertolak ke Pahang dulu melalui jalan Kelantan-Terengganu-Pahang then KL.

Bermalam 2,3 hari di Pahang,kami ke KL pula,sampai KL petang,malam tu mak sakit dada,terus kami bawa mak pergi klinik,bila bagitau mak ada kes sakit jantung...terus dia transfer mak ke Hospital Selayang.
Ambil masa yang lama untuk pemeriksaan di Hospital Selayang,dah pukul 11 malam baru diberitahu mak kena masuk wad.Nampaknya malam tu kena tidur wad la aku...sapa lagi kan,semua orang kerja esoknya,ni kali pertama aku kat hospital ni,hospital baru ni...kali ni mak sedar,nampak sihat..tak macam dulu,mak koma.

Tinggallah aku bersama mak di wad,ayah ,abang dan kakak ipar aku dah keluar balik tapi datang semula,hantar makanan untuk aku bersahur.
Keesokannya,kakak aku yang kat Pahang turun KL,adik aku masa tu mengajar kat Taman Tun Hussin On pun dah datang,abang pegi ambik dia.Semua terkejut dengar mak masuk wad,semua datang ke Hospital Selayang,kakak yang kat kampung terus jer datang KL.
Kami bergilir kat sini pula menemani mak.

Satu hari mak dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN)untuk pemeriksaan lanjutan,masa tu adik perempuan aku yang menemani mak,so dia sama la ke IJN .

Tak lama lagi dah nak raya,kalau mak tak leh kuar lagi raya KL la tahun tu.Alhamdulillah mak dibenarkan balik tapi kena datang semula pada tarikh yang telah ditetapkan,mak akan menjalani operation kat IJN.

Kami balik kampung,adik beradik yang tak datang KL semua dah menunggu ketibaan kami.Disambut meriah kepulangan mak.
Semua gembira dan bersyukur mak dah keluar wad dan dapat beraya di kampung.

Mak jatuh sakit lagi
 
Januari 2003 - Tahun baru disambut dengan kejutan dari ayah lebih kurang jam 4 pagi.Aku celik mata alamak gelap gelita,napa ni..ayah pula terpaksa meraba dalam kegelapan untuk kejutkan aku,"Da...bangun cepat tengok mak hang...".Aku tanpa banyak soal terus bangun dan mencari lilin untuk dinyalakan,then terus ke bilik mak.

Mak tak bergerak...di panggil tak berjawab.Ayah terus panggil kakak di sebelah rumah dan beberapa jiran terdekat,Alhamdulillah blackout tak lama,suasana dah kembali terang.
Keadaan mak masih sama...cuma jiran2 yang lebih arif cuba mengubah kedudukan mak,masing2 mula mengambil wudhu dan membaca yassin,Ayah mula menghubungi anak2 yang lain,Sekali lagi mak koma.

Jam 8 pagi ambulan sampai untuk menjemput mak ke Hospital Yan.Maka kami berkampung di Hospital Yan pula.Setiap kali mak dimasukkan ke wad,setiap kali kali waktu melawat katil mak la yang paling ramai datang menziarahi.Tak putus2 sanak saudara dan jiran tetangga datang menziarahi.

9 hari berada di Hospital Yan,keadaan mak tetap sama...masih koma.Kami meminta izin untuk bawa mak balik ke rumah.
Di rumah, kami menjaga mak siang dan malam dengan lebih rapi.Kami bergilir bersengkang mata menjaga mak sama seperti di hospital,tapi di rumah kami tidur beramai2 bersama mak.Cukup waktu kami beri mak minum susu melalui tiub,aku ni dah jadi macam misi...bab tu jer la.

Mak pergi selamanya
 
10 Januari 2003-Hari tu hari jumaat...keadaan mak macam biasa ja (bg aku la,aku tak faham pun apa2 tanda)namun ada yang lebih veteran dan lebih mengerti keadaan mak.Mereka dah faham...mak tak lama...

Ayah bersiap untuk ke masjid untuk solat jumaat.Tapi dihalang oleh mak menakan aku katanya tunggu la kejap.Biasanya ayah memang awal kemasjid setiap hari jumaat,12.30 dah pergi.Ayah akur dengan permintaan Mak Ngah untuk lewat sedikit.

Beberapa minit sebelum azan berkumandang,mak terlebih dahulu pergi.Aku berada di sisi mak saat dia pergi,aku pandang wajahnya tapi aku tak sedar pun saat dia tiada.Bila Mak Ngah bagitau mak dah tak dak,apa lagi yang mampu kuucapkan,airmata tak diundang mula membanjiri.

Hidangan tengahari semuanya sudah siap dimasak tapi akhirnya tiada siapa yang berselera menjamahnya.Aku apa lagi perut lapar takku hiraukan,hanya airmata yang menjadi teman sepanjang hari.Surah Yassin sudah beberapa kali ku ulang sambil airmata bercucuran.Alquran pun sudah kami khatam.

Melihat orang yang datang semakin ramai,aku tak kemana2 hanya duduk di satu penjuru.Dari situ aku membaca yasin,sekali sekali menjeling ke arah mayat mak.aku masih seperti mimpi.Sukarnya aku menerima,astaqfirullahal 'azim...aku cuba tenangkan diri sendiri.

Saat mak dimandikan,aku turut berada di dalam bilik mandian.Melihat mak dimandikan...aku menangis lagi.Aku tunggu hingga mak selesai dimandikan.Melihat mak seolah2 mak sedang tidur,...tenang ja,bersih aku lihat muka mak.

Aku lihat mak dikafankan hingga sampai waktu kami adik beradik diminta untuk cium mak buat terakhir kalinya.Sebaknya aku...masa tu yang tak dak di kampung cuma kakak  yang di Pahang dan abang yang berada di Kuala Lumpur.

Aku ikut ke kuburan dan menyaksikan detik2 terakhir mak dikebumikan.Aku tunggu sehingga selesai semuanya.Melangkah longlai meninggalkan tanah perkuburan.Aku pandang rumah yang penuh dengan kenangan...hati aku kacau.

Aku tak ambil tahu langsung sanak saudara yang bertandang,malah ada yang langsung aku tak kenal datang dari jauh dan bermalam di rumah ini,malam ni aku hanya berkurung di bilik tanpa menjamah nasi seharian.Tertidur dalam keadaan airmata yang mengalir...ibarat bayi yang kehilangan ibunya,antara sedar dan tidak aku dapat merasakan kehadiran mak disisi membelai rambutku dengan penuh kasih sayang.Adakah aku bermimpi?ntah la.

Tahun ni genap 11 tahun mak meninggalkan kami semua,namun kenangan bersama mak masih segar diingatan,
Mak...semoga mak tenang di sana...ampunkanlah segala dosa2 anakmu.Hanya doa yang mampu anakmu kirimkan.

Al Fatihah.




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution