Social Icons

PENYAKIT FIBROID


Assalamu'alaikum...Kali ni kita cakap pasal penyakit yang banyak menyerang kaum hawa plak...masalah ketumbuhan  fibroid.
Takut kan..dah la fibroid tumbuh secara senyap,dah tu tanda2nya tak dapat dikenalpasti secara tepat.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Terdapat juga fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan.

Walaupun begitu,fibroid juga berlaku dikalangan wanita yang berkahwin dan sudah mempunyai anak.

Jom kita sama2 berkongi pengetahuan tentang penyakit ini.



 Ketumbuhann fibroid

Ketumbuhann fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim,khususnya pada lapisan otot (myometrium).

Rahim mempunyai 3 lapisan :

1-Lapisan paling luar iaitu lapisan yang paling nipis dipanggil serosa.
2-Lapisan tengah iaitu lapisan otot dipanggil myometrium.Ia boleh mengembang dan membesar ketika wanita hamil.
3-Lapisan paling dalam iaitu endometrium.Lapisan ini berubah2 mengikut pusingan haid.



Punca Ketumbuhan Fibroid

Ketumbuhan fibroid adalah berpunca daripada ketidakseimbangan dalam hormone wanita.
Terdapat dua jenis hormon wanita iaitu:

 1-Estrogen- hormon ini meningkat sejurus selepas haid.
 2-Progesteron -  hormon ini meningkat selepas telur dikeluarkan iaitu dua minggu selepas haid sehingga tempoh haid akan datang.

Gejala

Ketumbuhan fibroid  tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. 

Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung. Wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid.

Kesan Fibroid

1-Gangguan haid
       -Pendarahan yang banyak dan berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan.
      - Boleh menyebabkan kehilangan banyak darah dan menyebabkan anemia.
      -Jika mengalami pendarahan  dan berketul2 sebaiknya diperiksa,jika fibroid..ianya harus di  bedah.

2-Masalah ketidaksuburan atau kemandulan
    -Wanita yang lambat berkahwin atau sudah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak,perlulah mendapat pemeriksaan dari pakar untuk mengesan samada mengalami masalah kesuburan dalam rahim.
Bila seseorang wanita itu hamil,masalah yang timbul akibat fibroid ialah jika ketumbuhan itu besar,boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan,dan kadangkala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tak betul.

3-Fibroid boleh menekan pundi air kencing.
    Bagi wanita hamil,pundi kencing juga tertekan akibat fibroid menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.Ini menjadikan wanita hamil tidak dapat menahan kencing dan juga kerap kencing.

4-Fibroid dan kekenduran rahim.
   Rawatan sewajarnya adalah pembedahan.

Tidak semua fibroid perlu dirawat jika tidak menimbulkan masalah,bagi wanita yang hampir putus haid sekiranya terdapat fibroid yang kecil ianya akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormone estrogen.

Manakala fibroid yang besar dan menimbulkan masalah memerlukan pembedahan.

Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi.


Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.


Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. 

Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian yang saya kutip dari internet tentang Fibroid.Semoga memberi manfaat kepada kita semua.

Shaklee mencadangkan pengambilan supplement GLA sebagai salah satu cara mengatasi masalah ini.
Jadi kepada yang mengalami Fibroid dan Cyst boleh mencubanya.
Baca tentang GLA di sini.

Sekiranya terdapat kesilapan dalam penulisan saya,saya minta maaf.Sebarang komen atau pendapat saya alu-alukan untuk kebaikan kita bersama.
Ok jumpa lagi.byeee


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution