Social Icons

10 sebab mengapa bisnes anda boleh tutup sebelum 6 bulan.


 Assalamu'alaikum :)

Saya pernah berbisnes,dan saya pernah mengundur diri bukan kerana gagal,tapi saya belum berjaya.Saya masih punya impian dan semangat untuk maju dalam bidang ini.In sha Allah saya akan teruskan satu hari nanti.

Sekarang saya tetap berbisnes tetapi tak perlu buka kedai.Cukup sekadar online,modalpun kecil dan saya rasa saya mampu menguruskan bisnes ini bersama2 tugasan sebagai seorang isteri dan juga ibu...juga tugasan sebagai seorang anak (sekarang saya tinggal bersama kedua ibubapa saya).Segalanya hanya saya lakukan dari rumah.

Saya tertarik dengan perkonsian dari Coach Bahar ....jadi saya nak berkongsi dengan semua pembaca Blog Amnurhuda dan secara tak langsung akan menjadi rujukan saya bila2 masa.
Antara kesilapan saya  sebelum ini adalah kurangnya ilmu tentang bisnes.Pengalaman banyak memberi pengajaran.


10 sebab mengapa bisnes anda boleh tutup sebelum 6 bulan.
 

1. Bisnes ikut-ikutan
 

Dengar dengar bisnes itu banyak untung, join. Tapi bila dah masuk baru tahu lebih sudu dari kuah. Jangan....banyak stok je bawah katil nanti.

2. Modal tak cukup

Ada 10 ribu buat bisnes yang bernilai 10 ribu, bila nak pusing duit dah tak boleh, duit dah habis. Kalau boleh ada 30 ribu buat bisnes yang nilainya 10 ribu je.

3. Kurang perancangan yang teliti

Ini kes tak ada ilmu main hentam keromo je. Tak tahu untung berapa rugi berapa. Belajar BMC .

4. Kurang kawalan

Mungkin masalah pekerja, kurang penyeliaan, jauh dari kawalan sendiri. Bisnes baru macam tanam pokok, baru tanam pokok kena selalu siram, selalu kena baja. Faham kan.

5. Masalah pengurusan kewangan

Disamakan antara pendapatan bisnes dengan pendapatan sendiri. Tak boleh tu...bisnes ambil gaji je lah.

6. Ilmu seni bisnes yang kurang.

Bisnes bukan sekadar semangat. Ramai yang buat bisnes nak kaya, tak boleh. Buat bisnes macam kerja je, ambil upah je dulu.

7. Tak pandai menjual.

Ramai orang kita pandai buat gudang, tanam berekar ekar ladang. Tapi barang tak pandai dijual. Belajarlah ilmu menjual.

8. Jati diri tak kuat.

Nak berniaga tak boleh cuba-cuba. Bisnes ada dua je, satu hidup satu mati. Jangan ikut cakap orang lain, perlu belajar berdegil.

9. Bekerja sendiri.

Semua nak dibuat sendiri. Kita ada dua tangan dua kaki. 24 jam sehari 7 hari seminggu. Kita tak boleh buat semua sendiri. Ramai tak pandai mengurus.

10. Tamak

Bisnes perlu fokus.bersabarlah kalau nak terbang pun tunggu kepak tumbuh bulu.

Ini hanya sebahagian punca dan sebab anda tidak bileh lama dalam satu satu bisnes yang anda jalankan. Ubahlah sebelum terlambat .

Coach bahar



Terima kasih Coach kerana banyak berkongsi pengalaman berbisnes.Semoga kita semua dapat manfaat daripada perkongsian beliau.


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution