Social Icons

UJIAN ADALAH TARBIAH DARI ALLAH.


Assalamu'alaikum....semua.Semoga kita semua selalu dalam keberkatan Allah.

Sesungguhnya ujian itu adalah tanda Allah sayangkan kita,Allah uji kita sebab Allah nak angkat darjat kita.Sama la macam kat sekolah,kita di uji setelah sekian tempoh belajar,sebab apa?sebab nak tahu sejauh mana pencapaian kita kan.

Begitu juga dengan hidup ini,Allah sentiasa mendidik kita untuk menjadi khalifah yang lebih baik,Cara Allah menguji hambaNya tidak sama antara satu sama lain.Ada yang diuji dengan kemiskinan,ada yang diuji dengan kekayaan,ada yang diuji memiliki wajah yang cantik,ada yang di uji dengan kesakitan,ada yang diuji dengan anak2 yang bermasalah,pendekkata segala permasalahan dalam hidup kita baik positif ataupun negatif semuanya ujian dari Allah.



Sebenarnya itulah cara Allah mendidik kita.Allah berikan kita pelbagai ujian untuk menjadikan kita lebih kuat,lebih sabar,lebih berdikari,lebih berani,lebih tabah,lebih tenang,lebih redha dan lebih bersyukur.

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri kita lebih dari kita sendiri sebabnya Allah yang menjadikan kita dan Dia lebih berhak keatas kita.

Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu.Allah uji sekadar kemampuan kita.

Jangan kita bersangka buruk dengan apa yang berlaku kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Tak dinafikan apabila Allah memberi satu2 ujian kepada kita contohnya diuji dengan penyakit yang kronik,tentulah kita merasa amat tertekan memikirkan bagaimana untuk sembuh apatah lagi kos rawatan yang di luar kemampuan kita.

Tetapi percayalah Allah ada perancanganNya yang tersendiri.Kita cuma bersabar dan redha  dengan apa yang di tentukan.



Bersangka baiklah denga setiap ujian Allah.Sesungguhnya kita hanya merancang Allah lah yang menentukan segalanya.Dan Dialah yang lebih mengetahui apa sebenarnya yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Wallahu'alam.




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution