Social Icons

TUNJUK LANGIT DAN KHASIATNYA


BUAH TUNJUK LANGIT

Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Hondarus atau Tunjuk Langit adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. 





Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu. 


Buah Tunjuk Langit mempunyai khasiat yang tersendiri.
Dalam biji Mahogani atau Tunjuk Langit  ini terdapat kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. disamping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya. 
 
 
Buah Mahogani atau Tunjuk Langit telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut.
 
Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Tunjuk Langit atau Mahogani mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah di dalam tubuh manusia.
 

BAHAN AKTIF PENTING UNTUK KESIHATAN DALAM BIJI TUNJUK LANGIT
 
Tiga bahan aktif yang utama:
 

1. FLAVONOIDS ...seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.

2. SAPONINS ... seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .

3. BITTER ALKOLOID ....rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan. 




Khasiat yang hebat dari buah Tunjuk Langit.
 Digunakan untuk mengubati penyakit seperti:

-kencing manis
-darah tinggi
-gout/stroke
-asma/resdung
-migrain
-mati pucuk
-insomia
-stress/tension
-keletihan
dan banyak lagi.....



0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution