Social Icons

TRIP KE TANJONG MALIM

Assalamu'alaikum....Salam jumaat yang penuh keberkatan dan kemuliaan.Semoga anda sentiasa didalam rahmat Allah.

Hari ni saya dan family nak ke Tanjong Malim.Kami mula bertolak dari rumah di Sedaka hampir jam 8 pagi.
Hujan rahmat dipagi jumaat ini turun lebih awal lagi membasahi bumi...Alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan hujan sentiasa turun walaupun tidak la lebat,kalau tak, sukar juga kami ...dengan keadaan kereta kami yang kerosakan aircon.Tapi semuanya berjalan dengan sempurna.Walaupun hujan,tapi tak lebat...walaupun tak dak aircon,rasa macam ada aircon jer...sejuk.
 
Jem juga jalan..masa ni hujan berhenti kejap..




Dalam keadaan hujan,macam2 benda yang tak dijangka akan berlaku,jadi kena la berhati-hati.Ada 4 kemalangan di lokasi berlainan di sepanjang perjalanan kami.

Di tepi2 highway kelihatan banyak billboard pelbagai barangan dan jenama.Tiba2 terlintas di hati Shaklee tak der billboard ker?terus tanya suami,dia kata tak der kut...saya diam jer,terus memerhati billboard2 ditepian highway....tup tup..ha abah tengok tu...sambil saya tunjuk kedepan.
Eh eh ada la...billboard Shaklee.Kami dah lama tak naik highway...sebab tu ketinggalan,he he. 



Kami berhenti merehatkan badan sambil makan2 ringan jer kat Hentian Sebelah Taiping.Masa tu lebih kurang jam 10.30 pagi,hujan pun masih turun,jadi kami lepak2 dulu makan buah.


Datang sorang pekerja Gerai Buah Pak Abu menghulurkan buah limau barli...alhamdulillah rezeki.Tadi kami beli buah jambu jer.


Ok perjalanan di teruskan walaupun hujan tetap tak berhenti.Syukur sangat walaupun hujan tak henti2 perjalanan kami begitu baik,tidak ada sebarang masalah.




Kami selamat sampai di rumah abang kepada suami saya pada pukul 1.30 tengahari.Sebenarnya tujuan kami ke sini adalah kerana urusan kereta,pada masa yang sama untuk berziarah la,dah lama sebenarnya tak sampai sini.Kali terakhir kami datang sini masa tu anak sorang.Sekarang dah 3 orang..bertuah betul kami ni kan...bukan tak nak ,tapi keadaan tak mengizinkan,cuma berjumpa kat kampung jer (kelantan).


Kami tak lama kat sini.Pukul 5 kami bertolak balik.Kami singgah solat maghrib dan isya jamaq qasar kat masjid Arrahman,Gopeng.Kami balik ikut jalan lama kali ni..sebab apa? sebab tak nak bayar tol la...haha



Lepas siap solat singgah makan dulu kat Restoran Suharidz & Catering tak jauh dari masjid tadi.



Perut dah kenyang...teruskan perjalanan,mata pun dh mengantuk...asyik terlelap jer.Kesian suami bawa keta terkebil2 sorang..yang lain semua dah sampai mana ntah la.
Kali ni naik highway balik..hehe sebab nak bayar tol plak. 


Sedar2 suami dah berhenti kat hentian mana ntah,nak pegi toilet plak.Kemudian jalan tak berapa lama berhenti lagi,katanya tak tahan mengantuk,nak tidur kejap,waktu tu dah 10.30 malam.Haiii bila nak sampai ni...

Meh sini la saya bawa plak..saya offer nak drive walaupun saya tak penah bawa kereta pada waktu malam.

Kecut perut saya pada mulanya,fuhh..laju2 gila kereta atas highway ni,rasa macam slow jer saya bawa,tekan sikit lagi...tekan sikit lagi...ha ok kut,habiss...suami yang tadi ngantuk tak tahan terus hilang mengantuknya.


Eh eh seronok plak bawa keta atas highway ni kan...tapi saya fokus betul...kawasan gelap sikit saya pun slow sikit.

Sampai la keluar tol Sg Petani Utara,lepas tol suami minta nak bawa.Ok la nah ambik balik stereng ni...hihi,tukar tempat semula.

Kami sampai Sg lalang jam 1.30 pagi,ya Allah ngantuknya,penat ...kat sini rumah kakak.Kami bermalam di sini dulu,besok pagi nak g Kulim plak...nak jumpa mentor bisnes.Kisahnya baca kat sini.

Ok dah.Selamat malam semua.







0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution