Social Icons

TIP MULA BERNIAGA



 Assalamu'alaikum...

Malam  ni saya nak cerita sikit tentang saya dan bisnes.Untuk pengetahuan kalian saya memang tak pernah berniaga,tak pernah termimpi pun untuk berniaga,malah saya telah cop diri saya 'tak layak berniaga'.



Apa sebabnya saya pun tak tahu...mungkin dalam ramai2 adik beradik saya tak dak sorang pun yang berniaga kut.Atau mungkin sebab saya fail matematik kut...tapi semua tu hanyalah alasan kan...tidak ada yang mustahil dalam dunia ini dengan izin Allah.

Saya hanya merancang ,Allah yang tentukan dimana saya dan apa yang terbaik buat saya.

Saya mula jatuh dalam dunia bisnes dalam tahun 2008.Bisnes pertama saya dan suami adalah jual minyak wangi OneDrop,lepas tu jual Kopi dan susu kambing HiGoat.Lepas tu bisnes kedai runcit dan sekarang bisnes Shaklee.Nanti saya ceritakan semua ni dalam entry akan datang yer...




Cuma malam ni saya nak kongsi sedikit tip bisnes.Semoga sama2 kita mendapat manfaatnya.

Tip ni saya dapat dari Coach Baha...

Jika anda mula nak berniaga, kalau boleh elakkan perkara dibawah :-

1. Jangan buat ubahsuai kedai canggih manggih sampai habis beratus ribu sedangkan projek belum bermula.

2. Jangan buat pinjaman yang besar-besar dengan bank, lebih teruk jika pinjam dari adik beradik dan sahabat karib. Takut-takut jika bisnes ada masalah hubungan kekeluargaan juga bermasalah.

3. Jangan buka terlalu banyak cawangan dengan pelbagai perniagaan kerana sukar dikawal selia.

4. Jaga bisnes anda sendiri terutama dalam bab kewangan

5. Jangan dibuat semua keputusan dengan hentam-keromo , tuntutlah ilmu bisnes.

6. Jangan tamak, fokus dengan matlamat anda. 


Ok setakat itu dulu yer...Semoga kita dapat perbaiki bisnes kita menjadi lebih baik dari sebelum ini.

Jom sama2 kita belajar dari kesilapan lalu.

Salam kejayaan buat semua.
Selamat malam.


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution