Social Icons

TERUK SAYA DIKERJAKAN


Assalamu'alaikum...apa khabar semua?saya harap semuanya sihat2 belaka...alhamdulillah.

Hari ni sejak awal pagi lagi saya dah dapat penyakit,penyakit ulang alik ke toilet.Penyakit ni selalunya memenatkan tapi kali ni saya betul2 penat...semuanya Herb Lax punya pasal.

Sebenarnya saya beli Herb Lax untuk ayah saya sebab dah beberapa hari dia mengadu membuang tak puas.Saya terus ingat Herb Lax,jadi saya pun order la Herb Lax tapi  saya tak bagitau dia pun.

Satu hari sebelum  Herb Lax  sampai, dia dah beli ubat sembelit kat farmasi.Nak kata apa kan...dah beli.Biarlah dia makan ubat tu dulu nanti kalau tak menjadi boleh makan Herb Lax pula.


Keesokannya saya tanya la ayah camna ok ker membuang,dia kata ok dah...alhamdulillah.Herb Lax saya simpan la untuk hari2 lain,lagipun saya pun kadang2 sembelit juga.

Dua minggu lepas saya dan suami nak try Herb Lax ni,kami makan sorang 2 bj,keesokannya pakat lawan tanya...camna ok ker,jawapan kami sama jer 'tak rasa nak membuang pun,buang angin banyak la.

Semalam saya nak cuba sekali lagi,niat di hati nak cuci usus ni,nak buang hak lama2.Kali ni saya telan 3 biji.


Jam 4.30 pagi tadi saya terjaga...apasal ni semacam jer rasa,tak rasa memulas tapi memang rasa nak membuang.Lor cepat la pula rasa ni tak sempat siang.
Lepas  tu muntah pula,ya Allah..kenapa ni.

Memang puas hati membuang kali ni,tak tidur dah lepas tu  sampai subuh.Selalunya saya tak tidur dah selepas subuh,tapi kali ni saya tidur,saya tak larat.Saya tak buat sarapan pagi,minta suami tolong belikan.Alhamdulillah hari ni cuti sekolah,jadi tak der la kelam kabut sangat.

Bukan sekali saya ulang alik ke tandas hari ni...tapi dah lebih 6 kali rasanya.Makan dah hilang selera,saya minum air kosong jer.Memang power betul Herb Lax ni,teruk saya dikerjakannya.

Kenapa la saya sampai cirit birit camni,saya buka balik buku nutrisi,Saya baca tentang Herb Lax...

Antara isi kandungan yang saya baca:
"Perhatian!!
      Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan, Manakala di bawah kondisi normal,Herb Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan."

Oooo..kira saya ni lemah sistem penghadaman la kut.Dah la kurus dah...abih la lepas ni boleh terbang la saya.Padan muka saya,sapa suruh kan ambik Herb Lax.

Antara manfaat Herb Lax yang mendorong saya untuk cuba ialah...
Herb Lax merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.

Dah petang dah ni, tak habis lagi ker mencuci usus saya ni...wahai Herb Lax.Kempis dah perut ni..

Jadi sapa2 yang rasa dah tak membuang 3 hari lebih tu,elok la cuba Herb Lax ni..bg dia buat keja sikit.Perut kita ni kalau lebih 3 hari tak membuang dah tak selesa dh,tak sedap perut dah,makan pun mula kontrol sebab tangki dah penuh.
Antara yang terkandung dalam Herb Lax ialah Daun Senna.


Walaupun Herb Lax ni ganas sikit,tapi kerja yang dilakukan lembut jer,in sha Allah lepas ni saya boleh makan banyak2 sebab tangki saya dah kosong.

Ok la,Hari ni saya kena duduk dalam rumah jer,tak leh pergi mana2.Ha sapa yang nak makan Herb Lax malam ni jangan duk plan nak pi jalan mana2 esok...AWAS.
Sebab tu kena makan malam minggu jer.

Herb Lax...herb lax...kau siksa aku hari ni yer,tapi aku maafkan kau sebab kau memang bekerja keras.

Ok..dah la citer pasal Herb Lax,tak larat dah...harap lepas ni,Herb Lax dah selesai tugasnya.


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution