Social Icons

SAYA ANAK KEDAH




Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk menulis.Kali ni saya nak bercerita  secara ringkas perihal saya dan keluarga saya.Saya berasal dari Kedah…memang anak Kedah tulen,mak ayah saya memang asal orang kedah,saya bersekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 6 atas..semuanya di Kedah.

Sebenarnya saya anak ke7 dari 9 adik beradik.Dalam keluarga saya hanya ada 2 orang lelaki iaitu abang sulung saya dan adik selepas saya.Yang lain semua perempuan.


Sekarang semuanya sudah berkeluarga.




Inilah saya dan adik beradik saya bersama ayah dan ibu tiri saya

Bergambar beramai2 di pagi raya...tak cukup lagi ni baru separuh

Kenangan semasa Family Holiday di salah sebuah Homestay.

Pendidikan awal saya bermula di Sekolah Kebangsaan Dulang Kecil ,Yan.Saya seorang pelajar yang kurang aktif terutamanya dalam bersukan.Boleh dikatakan saya tak pernah hadir setiap kali sesi sukan diadakan di sebelah petang.Dalam kelas ,saya seorang yang pendiam,tak banyak bergaul.Itulah saya ketika itu…malu.


Saya tak ingat gambar ni masa darjah berapa.ini pun kawan yang tag.

Kemudian saya sambung pelajaran ke Madrasah Taufikiah Khairiah Al Halimiah (MTKH) Bt16,Padang Lumat,Gurun.Sekolah ni aliran arab,so saya blajar bahasa arab la…dari peralihan sehinggalah saya tingkatan 6 bawah. (1988-1994)







MTKH banyak mengajar saya erti hidup berdikari,saya hidup di asrama.Banyak benda yang saya belajar,banyak kawan yang saya kenal…semuanya dari seluruh pelusuk Malaysia.Sekolah ini dulu lebih dikenali sebagai ‘Pondok Pakya’.Disini juga kenangan pahit saya tercipta..nanti saya ceritakan di lain entri ok.(dah siap dah entri ni...nak baca klik sini )



Semasa di tingkatan 6 bawah,saya mendapat tawaran dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kedah.Disini (1994-1995) saya mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).Bermula pertengahan tahun 1994 di sekolah ini saya tinggal di rumah sewa,dan tahun 1995 baru mendapat tawaran asrama.

SMKAK

Cukuplah secara ringkas saya ceritakan tentang keluarga dan pendidikan saya.Selepas ini saya akan ceritakan tentang kerjaya saya pula ok.


Wassalam.
Salam sayang dari saya buat semua :)


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution