Social Icons

PERTEMUAN DI SUATU HARI

Assalamu'alaikum...
Salam sayang buat semua...semoga anda semua berbahagia dan sihat disamping keluarga tercinta.

Hari ni saya bersama suami dan 3 orang anak saya mengambil kesempatan disaat suami sedang bercuti untuk menghadiri sessi coaching bersama mentor kami dalam bisness.

Sebenarnya hasrat untuk turut bersama2 dalam sessi coaching ini sentiasa ada setiap kali coaching diadakan..tapi faktor pekerjaan suami yang boleh dikatakan tak dak cuti membuatkan hasrat asyik terbantut.

Alhamdulillah hari ni Allah kabulkan doa saya untuk bertemu dengan mentor.Banyak ilmu yang dikongsikan kepada kami...segala kekusutan dan permasalahan diselesaikan bersama...seronok sangat. 

Inilah hebatnya berbisness dalam satu group yang power.Sebarang permasalahan yang timbul kami sama2 cari jalan keluar...hasilnya semua dapat..ilmu dapat,tip2 bisness dapat...pengalaman pun dapat...memang best bila ada mentor sebab kita ada tempat rujukan bila sesuatu masalah timbul.


Antara yang di kongsi adalah syarat mudah untuk berjaya ialah wajib ada matlamat dan juga mentor.

Nak berjaya juga kita mestilah sentiasa berfikiran positif bak kata Dr Azizan..."Apa yang kita fikir.apa yang kita rasa,apa yang kita ingat,apa yang kita cakap,semua tu adalah doa.Dan itulah yang Allah akan berikan kepada kita sebab Allah beri kepada kita berdasarkan sangkaan hambaNya".


d
Menadah ilmu dari mentor

Nak berjaya juga kita kena ada impian.Impian amat penting kerana bila kita ada impian,kita akan selalu fikirkan impian kita .Macamana nak capai impian kita,so...kita akan berusaha kearah impian tersebut.

Apa yang paling penting untuk mencapai kejayaan adalah kuasa tindakan.Impian sebesar manapun...tanpa tindakan...kita takkan berjaya.Tanpa tindakan impian hanyalah  sekadar mimpi,takkan jadi realiti.





Terima kasih mentor kerana sudi berkongsi ilmu,banyak tips dan juga pengalaman.Semua itu cukup bermakna buat kami semua.


Bersama mentor dalam group bisnes  MFMS




Dahla bagi coaching free...pahtu belanja makan nasi arab lagi...sedap tu,terima kasih sekali lagi.




Kepada semua yang hadir,semoga kita kaya dan berjaya dunia dan akhirat agar kita dapat bantu lebih ramai orang lagi.

In sha Allah,bila kita bantu orang lain untuk berjaya,Allah akan bagi kejayaan yang lebih lagi untuk kita.


Kan seronok tu bila ada mentor..barulah tak langgar dinding kan...:)

Oklah setakat ini aje la untuk hari ini.Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda semua.

Wassalam.


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution