Social Icons

JATUH CINTA PANDANG PERTAMA




Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah ...masih diberi kesempatan untuk menulis blog walaupun ianya suatu yang baru dalam hidup saya.

Dulu hari2 saya buka facebook...kadang2 boring gak...tak tau nak buat apa dah selain baca status2 di fb,tapi saya suka baca tentang kisah kejayaan orang lain,jatuh bangun mereka,susah senang mereka,rupanya bukan senang nak senang.

Semakin hari semakin saya berfikir..setiap hari saya mengadap pc,setiap bulan bayar bil internet..apa yang saya boleh dapat daripada aktiviti saya ini???lalu terlintas dihati untuk berbisnes online...tapi bisnes apa yer?Mula tu ingat berminat gak nak buat dropship ,tapi suami x setuju...nak buat camna kan. 

Alhamdulillah melalui  Fb ni banyak yang saya pelajari,banyak yang saya dapat sehinggalah satu hari suami  suruh saya baca satu ebook yang dia telah download.ok...saya pun baca dengan penuh semangat...kisah Maria dan Shaklee.

Anda semua boleh baca sendiri ebook tu kat sini  

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/nurulhudaramli


Habis saja saya baca,terus exited sangat nak join Shaklee sedangkan pada waktu tu saya langsung tak kenal Shaklee apalagi merasainya.Tapi kali ni saya nekad saya betul2 nak berbisnes online.Saya bagitau suami saya tentang niat saya…dalam hati saya berharap sangat dia akan setuju dengan saya kali ini.Alhamdulillah…dia setuju.

Tak sabar rasanya nak contact Maria,nak bagitau hajat saya ni…dan akhirnya saya dah pun jadi sebahagian daripada keluarga Shaklee dan bersama2 dalam satu kumpulan bisnes yang cukup best
.
Bermula saat itu ,saya mula sibuk bila didepan computer,seolah2 kembali menjadi pelajar semula.sibuk study pasal Shaklee,pasal vitamin2,mengikuti info2 yang diberikan dalam kumpulan,ikut cakap mentor(walaupun x penah jumpa lagi),apa yang saya tak faham..ada yang sudi fahamkan.

Sekarang saya dah mula amalkan produk Shaklee sikit2 sekadar yang saya mampu…Alhamdulillah semakin bersemangat .Bila terasa keberkesanannya mulalah nak berkongsi dengan adik beradik..bukan nak jual(kalau nak beli saya jual la hihi) tapi sebagai tanda sayang…saya nak diorang pun sihat macam saya.(Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kita semua agar kita dapat melakukan amal ibadat dengan lebih sempurna…aamin).

Antara produk shaklee yang saya amalkan

Saya makin seronok bersama Shaklee…seolah2 saya dah nampak masa depan saya,Cuma kena berusaha lebih lagi.Saya mengaku saya tak cukup ilmu lagi,bajet nak menuntut ilmu pun kadang2 x cukup.Tapi,saya tetap akan usahakan juga.Semoga Allah permudahkan jalan bagi saya.

Pesan mentor saya…berbisnes ni bukan untuk cepat kaya.Ubah niat dulu,pasang niat berbisnes untuk membantu oranglain ,berbisnes sebab nak menyelesaikan masalah orang…in sha Allah selepas tu kita terpaksa kaya dengan sendirinya.

Pada mulanya memang kekok sikit..ye la memang ada niat nak kaya bila berbisnes …tapi sekarang Alhamdulillah,niat tu bukan yang utama lagi.Memang seronok bila kita dapat bantu orang apatah lagi dapat menyelesaikan sesuatu masalah .Nikmatnya kena la rasa sendiri…

P/s: kepada kawan2 yang selalu mengadap komputer ,rugi la kalau tak buat bisnes online..sambil2 menambah pendapatan,diri sendiri pun dapat faedahnya…orang sekeliling pun terasa tempiasnya.


Semoga setiap apa yang  saya kongsikan di blog ini akan memberi manfaat kepada anda semua.

Wassalam.

AmirNurul.


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution