Social Icons

MENJEMPUT REZEKI


Assalamu'alaikum...cantik pagi ni..kalau kita renungkan alam sekeliling kita,memang kita tak dapat nafikan keindahan ciptaan Allah.Lihat awan saja dah cukup cantik dan dah cukup untuk kita berfikir panjang tentang ciptaanNya.Adakah kita sudah bersyukur hari ini???

Syukur bukan sekadar ucapan alhamdulillah,tetapi juga melibatkan amalan seharian.Solat Dhuha adalah salah satu cara kita bersyukur.Apakah Solat Dhuha?Bagaimana caranya?bila waktunya?apakata hari ni kita blajar amalkan solat dhuha dalam kehidupan harian kita...in sha Allah dengan solat dhuha bertambah murah rezeki kita.


Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki samada dipermudahkan rezeki,rezeki diberkati,kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya.


WAKTU SOLAT DHUHA

Waktu Solat Dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas terbitnya matahari iaitu dalam jam 7.30 pagi manakala waktunya Solat Dhuha akan berakhir sebelum menjelang waktu Zohor iaitu pukul 1 tengahari.
Waktu yang paling afdal menunaikan Solat Dhuha ialah ketika sinar matahari kian panas iaitu antara 10 pagi-1 tengahari.

CARA SOLAT DHUHA

Cara menunaikan solat Dhuha sama seperti solat2 sunat yang lain iaitu 2 rakaat satu salam.
Jumlah rakaat adalah mengikut kemampuan iaitu 2,4,6,8,atau 12 rakaat.

Niat solat Dhuha :



Kemudian setelah selesai solat,bacalah doa ini:

 
Maksud doa:


“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”








Jom Solat Dhuha.


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution