Social Icons

KISAH HIDUPKU 1




Assalamu’alaikum…semoga anda semua sihat sentiasa disamping keluarga tercinta.Hari ini saya nak bercerita lagi.Kali kisah saya dan kerjaya pula.Harap anda tak jemu membaca.

Saya mula keluar dari Kedah sebaik saja tamat sekolah.Saya mula merantau ke tempat orang.Tamat tingkatan 6 atas ,destinasi pertama saya ke Kuala Lumpur dalam tahun 1996.Pekerjaan pertama saya pada waktu adalah Pengasuh Taska merangkap guru la…ajaq budak2..bercerita,bermain.Gaji waktu tu RM300…Alhamdulillah seronok sangat bila dapat gaji,maklumlah baru lepas belajar.


Saya kerja dalam 3 bulan jer,keluar result STPM saya berhenti ,balik Kedah.Dah dapat result…boleh tahan tapi saya gagal memasuki mana2 universiti .

Saya merantau lagi.Kali ni dalam Kedah jer…Kulim.Saya minta keja kilang.Nama kilang tu Asahi Best Base Sdn Bhd .Kat sini saya duduk asrama yang disediakan.Alhamdulillah saya dapat bertahan walaupun gaji kat sini murah jer,saya ingat lagi basic yang saya terima pada bulan pertama iaitu RM 292.00.




Saya tak kisah sangat pasal gaji,yang penting saya kerja.
Saya tak ingat berapa tahun saya kerja kat sini tapi akhirnya saya resign juga.Suka2 saya jer kan,nak keje ker tak nak keje…hehe.Bila saya tak suka saya balik kampong.

MENGANGUR

Dah balik kampong …hmmm..tanam anggur tak berbuah-buah,tu la pasal..jadilah saya pengangur terhormat…makan tido jer.
Masa tu ada sorang kakak saya ni  baru bersalin dan balik berpantang di kampong.Suka lah saya sebab boleh main ngan baby…tolong ngasuh la.Jadilah saya pengasuh baby plak..
Puas betul mengangur kali ni..sehinggalah suatu hari member saya talipon ajak kerja kilang di Pulau Pinang.
Fikir punya fikir,saya pun boring dah duk kat umah ni…nak keja plak.Saya setuju…maka bermulalah merantau lagi…

MERANTAU SEMULA

Kali ni saya merantau ke Pulau Pinang pula.Saya pergi sendiri naik bas sampai jetti Butterworth.Kawan saya Ina tunggu kat situ,risau juga saya takut kalau dia tak datang macammana ngan saya..hari dah petang.



Nampaknya Ina ada menunggu,kami naik feri ke seberang .Then naik bas terus ke rumah sewanya.Keesokannya Ina temankan saya pergi interview dan saya dapat keja tu.
Bermula kerja saya sebagai operator pengeluaran sekali lagi.Kali ini kerja 12 jam,dulu masa kat Kulim keja normal jer,saya tak nak shif.

First time kerja shif terus dapat shif malam.Saya tak kisah pun..saya tak banyak membantah,saya memang pekerja yang baik (haha masuk bakul angkat sendiri..ala bukan selalu pun hihi )saya terima keputusan dan saya cuba lakukan sebaik mungkin.

Alhamdulillah malam pertama saya bekerja shif 12 jam saya tak mengantuk langsung,Cuma sakit tumit kaki jer lama berdiri.

Balik pagi,dah mandi dan sarapan,saya tidur lena sesungguhnya.Begitulah hari-hari yang saya lalui sebagai Operator Kilang.

Yang bestnya kerja kat kilang V8 (saya lupa la nama penuh dia,la ni dah tutup kilang ni)cuti boleh dikatakan sama banyak dengan kerja .Dalam seminggu kalau saya bekerja 4 hari ,maka cuti 3 hari,begitulah sebaliknya.bestkan…balik kampong saja la saya.

Saya seronok kerja kat sini...gaji Alhamdulillah,cukup untuk saya,malah sempat menyimpan lagi tiap kali gaji.Walaupun  tak banyak,saya tetap akan bagi kat ayah ngan mak tiap kali saya balik kampong.Lagipun kerja kat sini tak stress sangat…cuti raya pun panjang..kira tak payah risau la pasal cuti ni.

Saya jenis yang tak suka merayau atau shopping sakan bila gaji.Cukup saya beli apa yang saya perlukan jer.
Lebih kurang setahun setengah saya berkerja di kilang ni,saya resign.Asyik resign jerk an,teruk betul saya ni kan,apa lagi mak ngan ayah saya tak pernah larang…’ikut suka hang la…tak larat kerja,berhenti,balik duk umah’…sayang betul mak kat saya kan hehe..

Baru saya sedar…waktu tu saya tak dak matlamat rupanya.Patut la kejap kerja kejap berhenti,kejap kerja kejap berhenti .Saya tak tahu apa impian saya…saya tak dak hala tuju.Sedih kan,saya dah banyak buang masa dan saya tak sedar pun.

Ok la itu cerita lama,tak mau di ungkit2 lagi,itu pengajaran buat saya dan anda semua.Matlamat itu penting dalam hidup kita,kerana bila kita matlamat apa yang kita fikir dan apa yang kita buat akan menjurus kearah matlamat tersebut.


Pendekkata,setiap apa yang kita buat,kita ada sebab kenapa kita buat dan kenapa kita kena buat.Nampak macam satu paksaan tapi dengan keazaman untuk mencapai matlamat tersebut kita tak akan rasa terpaksa atau tertekan.Malah kita akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapainya.



Semoga kisah saya kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda,sekurang-kurangnya ambil pengajaran jangan jalani hidup macam saya lagi…Hidup tanpa Matlamat.

Jumpa lagi nanti…banyak lagi saya nak bercerita.

Wassalam.


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution