Social Icons

GAGAL SEKALI BUKAN GAGAL SELAMANYA






Alhamdulillah jumpa lagi di entri kali ini..SEMOGA KALIAN KAYA DAN BERJAYA.

Hari ni saya nak bercerita tentang GAGAL.Saya percaya semua orang ada cerita kegagalan yang tersendiri tak kira la dalam hal apa pun.Namun percayalah ramai orang yang berjaya hari ini telah melalui banyak kegagalan dalam hidupnya.



Antara kegagalan  yang pernah saya alami adalah pada tahun 1999,pada waktu tu saya baru nak ambil lesen kereta,kereta jer moto tak nak…alasan sebab moto asyik terbalik jer..sakit lagi…blajar keta senang sikit  kut…hehe…sebenarnya basikal pun tak penah bawa atas jalanraya.

Masa ujian parking saya lulus,naik bukit pun lulus.Bila mai masa ujian memandu di jalanraya,saya gagal…bukan sekali..6 x kut (ingat2lupa dah).Malu saya!terus merajuk tak nak ambik dah,masa tu saya tinggal di Kulim dan bekerja kilang.

Saya gagal sebelum sempat meneruskan perjalanan di jalanraya.Jalan keluar dari tempat ujian kejalan raya org kedah kata kena naik gon sikit…pahtu kena bertahan kat situ,kena pandai imbang antara class ngan minyak.Tapi saya gagal imbang antara keduanya…maka kereta saya turun kebelakang…bukan sekali tapi berulang2 kali…malunya Allah saja yang tau…huhu



Saya lari balik kampong,malu dan serik…saya memang pemalu,pendiam,apatah lagi ujian ni pegawai JPJ duduk di sebelah,memang saya gabra habis.

Kebetulan selepas itu saya berhenti kerja kilang,jadi memang saya nak balik kampong pun.Di kampong guru memandu call,pujuk saya agar balik semula ke kulim untuk ambil ujian semula.Berkali2 diorang kat sekolah memandu call saya minta saya kembali dan hasilnya ternyata saya ni  mudah di pujuk..hehe

Saya kembali ke kulim..ulangkaji memandu semula bersama guru india saya,then lalui semula ujian yang amat mendebarkan saya seolah2 mimpi ngeri..(betul..ketaq tau)akhirnya mimpi ngeri saya berakhir.
 
masa saya belajar kereta kancil lagi.
Agaknya pegawai JPJ dah meluat kut tengok muka saya dh banyak kali kan…maka dia pun bg saya lulus. Ntah la…tak kisah la yang penting saya dah dapat lessen.

Alhamdulillah…syukur sangat..di kampong kereta abang ipar sebelah rumah menjadi mangsa..kih kih..ala sekali skala jer tu pun siap berteman penuh keta…haha,

Masalah saya sekarang kat depan rumah ayah saya ni kena naik gon juga….walaupun saya dah dapat lessen,sebenarnya saya masih gagal.Saya gagal untuk bertahan bila naik gon…kereta pasti undur kebelakang.ishhhhhh…geram tau.
 
lebih kurang macam ni la gon depan umah ayah saya,tapi masa ujian camni saya lulus plak.
Dipendekkan cerita…saya tak pernah bawa kereta dah selepas tu,tapi lesen saya tetap saya renew,saya cukup menghargainya kerana saya tau macammana susahnya saya untuk dapatkannya.
10 tahun berlalu…Pada tahun 2011,saya sudahpun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak,2 orang dh mula kesekolah.

Satu pagi di Pantai Murni…jeng.. jeng.. jeng..tergerak dihati saya untuk bawa kereta.Dengan izin suami, saya cuba bawa dalam kawasan Pantai Murni…pelan2..ok not bad,lagipun pagi2 orang tak ramai.


Selepas itu …bermula lah episode saya membawa kereta dengan lebih yakin dari 10 tahun lepas.saya suka…saya suka…yeaw yeaw   saya dah boleh bawa keta…kali ni lebih seronok auranya sebab saya boleh bawa anak2…diorang mesti la suka sangat3.
Walaupun saya tak pegi jauh2..saya bersyukur sangat sekurang2nya dapat saya berganti dengan suami untuk hantar dan jemput anak2 waktu sekolah.

Yang bestnya..sekarang saya dah berjaya bertahan bila naik gon kat depan rumah ayah saya…Kalau dulu kena ada sorang tunggu kat atas jalan tolong tengok ada kete ker tak..kalau tak dak saya terus naik jer…teruk betul saya kan…hmmm

Sekarang saya sedar,saya yang dulu bukanlah yang sekarang.Dulu saya penakut kini lebih berani.Dulu saya cukup malu tak bertempat,tapi sekarang Alhamdulillah….malu juga tapi bertempat la.

Saya sedar “KEJAYAAN MEMERLUKAN KEBERANIAN” dan saya cuba belajar menjadi semakin berani….

Sebab apa???

SEBAB…SAYA NAK BERJAYA!!!








0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution