Social Icons

BIAR BETUL - BETUL




Assalamu'alaikum salam sejahtera buat anda semua.Rasanya ramai dari kalangan kita dalam usaha menurunkan berat badan,betul tak?


Tak salah nak kurus andai berat anda berlebihan.Kalau macam saya ni nak kurus ...ha tak tau la nak kata pa.Saya tak nak kurus dah ,saya nak tambah  berat saya pula,bagi ideal sikit.Tapi saya ni makan banyak pun tak naik2...hehe

Ehh citer pasal saya plak...sori ek,ok...bagi yang nak turunkan berat badan tu,yg paling penting...disiplin kena kuat.Nak kurus bukan beerti ikat perut sampai masuk hospital...macam tu salah.Dah la salah menyusahkan keluarga pula.Jangan la buat macam tu...sebab tu nak buat apapun kena ada ilmu,tak tau bertanya jangan main redah jer...diri sendiri yang merana.

Ok kat sini saya nak kongsikan sedikit tips  yang saya dapat dari internet.Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda menguruskan badan dengan cara yang betul.


TIPS KURUSKAN BADAN


1. Kawal Pemakanan Anda 
Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!

2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein

Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula. Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.



3.  Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)
Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!


4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein
Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Manakala kafein (cth the dan kopi)pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.


5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari
Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.


6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan
 Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.


7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik

8. Positifkan Diri Anda
Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.

9. Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan.
 
Ternyata ramai yang mengakui keberkesanannya.



Untuk mengetahui tentang Set kurus Shaklee,baca sini.
 
Selamat mencuba...saya doakan anda berjaya menurunkan berat badan kepada berat yang lebih ideal.

Jangan lupa doakan saya sama...bukan turunkan tapi naikkkan,ok jangan salah pula...sian saya.


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution