Social Icons

22 SEPTEMBER DALAM SEJARAH


Assalamu'alaikum...hari ni saya  nak mengimbau kisah silam saya suatu ketika dulu.Kisah yang amat menyentuh hati dan perasaan bukan saja saya tapi seluruh dunia. 

Sudah 25 tahun kisah ini berlaku.Sewaktu itu usia saya baru 13 tahun ...dalam  tingkatan satu.

Kisah ini terjadi ketika saya bersekolah di Madrasah Taufikiah Khairiah Al Halimiah Bt 16,Padang Lumat Gurun Kedah..atau lebih dikenali dengan panggilan Pondok Pakya.
Bangunan sekolah



Pada hari tu 22 September 1989.Saya salah seorang pelajar yang tinggal di salah sebuah asrama  yang telah terbakar pada malam tersebut.
Saya menginap di asrama E bersebelahan bilik yang dikenalpasti sebagai punca bermula kebakaran.
suasana persekitaran asrama


Kebiasaannya kami tidur jam 11 malam,tetapi bagi yang suka study larut malam apalagi hampir dengan tarikh peperiksaan..walaupun jam12 malam kami diwajibkan menutup semua lampu...namun masih ada yang teruskan study dengan hanya bertemankan lilin.
Itulah yang dikenalpasti sebagai punca kebakaran.

Malam tu malam jumaat,jam 1.30 pagi saya dikejutkan oleh kakak dengan teriakan kuat menyuruh  saya bangun,dalam keadaan yang mengantuk saya bangun sambil membawa kain selimut lalu keluar dari bilik,selipar pun tak ingat nak ambil.Nak masuk semula mesti la semua orang larang...disuruh kami semua beredar keluar dari kawasan sekolah.
musnah terbakar


Saya dah mula nampak api membara di atas bumbung asrama...begitu lahapnya dia memakan satu demi satu asrama berhampiran.Saya hanya memerhati saja..saya sendiri tak pasti apa perasaan saya masa tu..mungkin saya masih di awangan lagi,terasa seolah2 dalam mimpi.


Kami mengikut saja arahan yang diberikan.Saya pula sedikit demi sedikit mula tersedar dari mimpi...hmm betul2 terbakar rupanya.Mula lah saya teringat macam2,fikir macam2,mulalah terbayang macamana kalau waktu tu saya terperangkap dalam api tu...na'uzubillah.Tak habis2 saya bayangkan keadaan yang tak sanggup nak dibayangkan.

Kami diarah berkumpul didalam kelas mengikut asrama masing2,mula mengutip senarai nama,mula mencari yang tiada dalam senarai.Kemungkinan mereka balik kampung atau berada di kawasan sekitar sekolah.Pencarian terus giat dijalankan.

Hampir masuk waktu subuh,kami diingatkan oleh pengetua agar bersabar dan semua diminta berwudhu' dan berkumpul diatas surau.Kami solat subuh hanya sehelai sepinggang,sekadar menutup aurat tanpa memakai telekung.
Dalam keadaan darurat macam ni kami tetap menunaikan solat subuh berjamaah.Alhamdulillah.



surau MTKH

Selesai solat subuh kami hanya menunggu diatas surau,kami dilarang untuk berkeliaran kerana kami mungkin dicari dalam keadaan yang kritikal ini.Keadaan dikawasan asrama sudah sesak dengan para waris yang masing2 panik mencari anak mereka.Pihak bomba pula bertungkus lumus mencari mangsa2 yang terkorban.Masyarakat sekeliling pun mula membanjiri kawasan sekolah untuk menyaksikan kejadian sebenar dengan lebih dekat.



Sampai saatnya..pengetua bersedia untuk membaca senarai nama mangsa yang terkorban.Satu demi satu nama disebut dengan linangan airmata.Airmata mula membanjiri surau Taufikiah ini.Jumlah yang terkorban adalah seramai 27 orang.Tak usah ditanya bagaimana saya...tentulah saya juga menangis.
Antara yang terkorban


Salah seorang mangsa adalah dari bilik saya..kak Zu.Manakala yang lain semuanya satu asrama dengan saya,cuma bilik lain2.

Sudah hampir jam 10 pagi,mak ayah datang selepas subuh lagi tapi saya dan kakak belum pun berjumpa mereka.

Hari tu saya pun tak ingat kami semua sarapan ke tak...rasanya tak de sarapan pun,kalau ada pun tiada selera.

Akhirnya kami jumpa juga dengan mak dan ayah.Mereka dah tahu kami selamat walaupun tak tahu dimana kami berada.Ye la orang bukannya sikit..ingat senang mencari dalam keadaan semua orang panik.



Memang sukar untuk menerima kenyataan kan terutama bagi ibubapa yang kehilangan anak mereka.Apakan daya Allah lebih menyayangi mereka..mereka pergi di saat menuntut ilmu...syahid untuk mereka.

Kak Zu adalah satu2nya anak perempuan dalam keluarganya.Memang satu ujian hebat untuk ibubapanya,saya menangis mengenangkan beliau dan bagaimana ibubapanya menghadapi saat ini.

Dah tengahari...saya dan kakak balik kerumah,saya tak ingat balik dengan apa,teksi kut.Yang saya tahu...saya dah penat.
Saya nak berehat.

Itulah kisah sedih yang tak dapat saya lupakan walaupun 25 tahun sudah berlalu.

Semua mangsa terkorban dikebumikan didalam satu liang lahad di tanah perkuburan Bt 16,Padang Lumat.
Saya doakan semua teman2 seperjuangan yang terkorban bahagia di sana.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas mereka.
Di sinilah para syuhada MTKH dikebumikan.


Al fatihah.



6 comments:

  1. Akk mangsa yg masih hidup yg trbkr seluruh bdn tu apa khabarnya skrg? Tumpang sedih dgn berita ni๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk link ni http://syuhadapakya.blogspot.my/

      Kak Maznah namanya, 46% melecur..alhamdulillah, masih hidup hingga update tahun 2011 tu..lepas tahun 2011, tak pasti pula..

      Delete
  2. Allahuakbar. Sedih sgt tiap kali tengok cerita pondok pak ya ni. Kita yg melihat cerita pun sgt sedih, apatah lagi yg alaminya. Alfatihah utk semua para shuhada. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan hambaNya yg soleh

    ReplyDelete
  3. Alfatihah...mangsa yg trbakar pnuh tu m.mn keadaan beliau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk link ni http://syuhadapakya.blogspot.my/

      Kak Maznah namanya, 46% melecur..alhamdulillah, masih hidup hingga update tahun 2011 tu..lepas tahun 2011, tak pasti pula..

      Delete
  4. Assalammualaikum, boleh saya tahu cara untuk menghubungi mangsa yang terselamat semasa kejadian? Saya ingin menemubual mangsa berkaitan kejadian sebagai melengkapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya. Terima kasih.

    ReplyDelete

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution